Thursday, May 29, 2008

Tulang Ikan

Kalau saya tensen,
Saya kuat makan.
Sikap ini berlarutan hingga minggu ini.

Tengahari tadi,
Saya makan dengan seronok.
Ikan goreng kerisi bersama nasi yang digaul dengan sambal belacan.
Fuh, masyuk.

Makan sambil mengumpat bersembang.
Di akhir sesi,
Saya terasa ganjil di tekak.
Oh tidak,
Saya tercekik tulang ikan.
Mungkin salah satu dari tulang yang saya gigit sudah terselit di celah-celah tulang tekak.
*Saya ingat beginilah mau istilahkan bentuk tulang di tekak. Ampun kalau salah panggilan*

Cuba dengan minum air.
Tidak berjalan.
Mintak pelayan kedai letakkan nasi ketul-ketul di pinggan dan menelan.
Juga tidak jalan.
Ditambah dengan cerita opismate saya,
Ada saudaranya yang meninggal kerana tercekik tulang ikan.

Saya hendak bercakap pun sudah tidak selesa.
Bayar-bayar.
Pergi cari pisang.
Jumpa seikat pisang.
Saya tanya opismate,
"Pisang ni pun kena telan ke kunyah dahulu? Kang ada kes tertelan pisang lak"
Dia cakap, mana-mana pun boleh.
Kalau mampu telan,telanlah. Selepas itu gelak-gelakkan saya.
Haish, perli sungguh.

Makan dua biji pisang.
Bersama sengkuang.
Akhirnya tulang terlurut dari selitan.
Alhamdulillah.
Tapi bekas-bekas masih terasa.
Mungkin luka di situ.

Moralnya : SILA JANGAN MENGUMPAT SEMASA MAKAN. :D

Wednesday, May 28, 2008

Tips melupakan "bekas-bekas"

Ada orang tanya saya,
Bagaimanakah cara melupakan "bekas-bekas" tak kira tunang atau kekasih hati?
Tapi dia tak tanya bagaimana untuk melupakan bekas suami.
Mungkin sebab saya belum berkahwin, dikhuatiri tips yang diberi boleh menjadi tips diluar tabiie.

Tips melupakan "bekas-bekas"?

- Hapuskan namanya dari buku telefon anda.
Tidak kira di telefon atau buku telefon, hapuskan terlebih dahulu.

- Buat-buat sibuk dengan aktiviti yang dicipta sendiri.
Jangan duduk termenung meratapi nasib dibimbangi anda meroyan seorang diri.

-Jangan tengok atau dengar cerita atau lagu yang berunsur perpisahan atau sedih-sedih.
Menangis tengok dan dengar satu hal. Menangis sebab ditinggalkan satu hal.

-Jangan mengingat kembali apa perkara negatif yang telah dia lakukan pada anda.
Neutral ok. Semakin kita melupakan, semakin kita tidak ambil pusing tentang si dia.

-Jika dia mempunyai teman baru,jangan membandingkan dengan diri anda.
Jika kita rasa kita lagi cantik dari teman barunya, kita juga yang akan stress kerana memikirkan kenapa dia beralih arah sedangkan kita lebih baik dari teman barunya.

-Tanamkan tekad di dalam hati,semua yang terjadi ada hikmah.
Tidak perlu memikirkan perkara buruk tentang si dia atau kita. Seperti dibilang tadi, semakin kita berfikir, semakin kita teringat. Jangan ambil pusing baik yang jahat mahupun baik.

-Berkawanlah seperti biasa dengannya.
Ini kalau mampu. Anggaplah dia rakan anda. Jika bersembang, jangan libatkan hati dan perasaan. Anggap dia seperti rakan-rakan anda yang lain. Semakin rasa itu tertanam, semakin lupus ingatan, dia ada sebagai sebahagian orang teristimewa dalam hidup anda.

- Jika tidak mampu lagi untuk melupakannya, putuskan sebarang komunikasi antara anda dan dia.
Hapuskan semua sekali perkara-perkara yang boleh buat anda teringatkannya. Contoh;gambar,hadiah,kad dll. Selepas rasa telah pulih, buat ujikaji dengan menatap gambar terbarunya bersama teman baru. Adakah anda terasa sesuatu. Jika ada, jangan buat sebarang hubungan komunikasi. Jika tiada, anggaplah dia seperti teman anda yang biasa-biasa.

-Yang penting, kesimpulan untuk semua, Jangan Berdendam.
Semakin berdendam, semakin ingatan itu kuat. Seperti tips di atas, normal sahaja. Lupakan perkara yang buruk-buruk.

p/s: Tips ini adalah dari cara saya sendiri. Sebarang penghasilan bergantung pada norma tuan badan sendiri.
Huarghh, sebenarnya takde idea nak update entry. Maka merepek sesekali sangatlah sedap.
:D

Tuesday, May 27, 2008

Isu pemakaian baju sekolah.
Dr Mahathir keluar UMNO.
Melayu sudah berpecah belah.
Melayu dalam bahaya.
Pulau Batu Putih jatuh ke Singapura.

Isu-isu yang hot sekarang.
Eh, sebelum-sebelum ni kot.
Saya macam terpisah dengan dunia luar pulak.
Orang lain dah diam.
Hiks..

Saya cakap secara rambanglah pendapat saya.
Sebab ada segelintir orang vetereran gundah.
Jika generasi zaman sekarang tidak endah dengan nasib negara.
Apakah nasib negara pada zaman hadapan.

Generasi sekarang lebih minat pada hiburan.
Itu sayalah tu.
Orang lain mungkin tidak.
Jadi saya letakkan pendapat.
Tanda saya ada minat isu semasa.

Isu Pemakaian Baju Sekolah:-

Bukan pada warna kerana putih itu suci.
Tapi cara pemakainya.
Ketatkan undang-undang sekolah.
Berikan kuasa menghukum untuk guru-guru.

Dr Mahathir Keluar UMNO

Keluar??Keluarlah.
Bukan pertama kali bekas pemimpin paling atas keluar UMNO.
Orang yang mengasaskan UMNO juga sudah keluar.
Lagipun UMNO yang ada sekarang bukan UMNO Dato' On.
UMNO yang ada sekarang UMNO Baru namanya.
Pengasasnya Dr Mahathir.
Tak hairanlah kalau beliau pun nak keluar.
Sejarah kembali berulang.

Melayu Sudah Berpecah Belah:-

Ah, dah lama dah.
Isu timbul bila kuasa yang dah lama bertapak,
Dah goyah sedikit.
Mulalah timbul isu.
Saya cuma berharap,
Bila sudah goyah,
Adalah sedikit kesedaran tuntutan rakyat.
Tapi nampak macam semakin kebudak-budakan pulak.
Main salah sana, salah sini.

Pulau Batu Putih Jatuh Ke Tangan Singapura:-

Sayangnya.
Itu sahaja yang mampu.
Dah kalah,
Bukan boleh merayu pun.
Peguam-peguam, Kita tak boleh merayu di Mahkamah Antarabangsakan.
Betulkah?

Monday, May 26, 2008

Perempuan

Akhirnya,
Misi selesai.
Tapi pertengahan bulan 6 belum selesai.
Maka saya harus bersiap-sedia dengan mental yang di injek doksin kuat.

Sekarang mau bersiap sedia untuk perkara lain.
Bersedia untuk menonton cerita korea kembali.
Semalam tonton 2 movie.
1 gembira.
1 buat saya menangis teresak-esak.
Oh,sungguh lembut hatiku ini.
Hikss...

Tapi perempuan memang begitu.

Kena marah menangis.
Gembira menangis.
Ketawa menangis. *itu saya*
Marah orang menangis.

Senang cerita,
Senjata perempuan adalah air mata.
Maka gunakanlah senjata itu pada tempat yang betul.
Contohnya;

1) Memohon cuti dari boss anda walaupun permohonan tidak di layan.
2) Kehilangan barang berharga. *Orang tersayang pasti belas hati*.
3) Mengelak dari kena bebel.

Cukup-cukuplah dengan tiga tips.
Banyak-banyak nanti, nak aplikasikan pada orang tersayang susah pulak.
*Dah tau tektik* (wink..wink)

p/s: Setelah lama tidak berupdate, nak berceriti pun sudah terbantut.

Friday, May 16, 2008

BZ

Ribut kerja melanda.
Tidak ribut sahaja,
Juga tekanan jiwa.

Sampai Ahad,
Mungkin Selasa rumah sini tiada orang.
Nak datang,datanglah.
Tapi semua komen, semua mesej,
Akan dibalas kemudian.

Dengan ertikata yang lain,

AKU BZ SEKARANG..

Tuesday, May 13, 2008

Tag De Lima - Dari Acu

Saya sambung sesi tag lagi.

*Maaf untuk yang tag terlebih dahulu,buat masa ini saya mau letak entry yang boleh difikir secara spontan kerana kekangan masa*

5 hadiah yg diimpikan & alasan2 utk hadiah tersebut:

1. Suami - *macam acu gak. Adakah kita sudah gatal acu?*..eheheheh..
Saya mau suami. Boleh jadi pelindung saya. Jadi Wolverine saya. Spiderman saya. Juga batman saya. (Sungguh saya terpengaruh dengan superhero dari barat)

2. 1 Almari yang penuh dengan buku-buku - Saya suka membaca. Kalau buhsan, saya akan baca kembali novel-novel yang sudah 4-5 kali saya baca. Kesiankan. Maka hadiahkan lah saya satu gudang buku untuk jangkamasa setahun. Saya akan duduk diam di dalam bilik, makan buku,tidur buku. Eh, bagi buku novel,biografi,motivasi atau sejarah sahaja. Jangan buku cerita tentang sains dan politik yang boleh buat saya pening kepala.

3. Laptop - Saya mau tukar versi makan bola,tidur bola.
Saya mau makan laptop,tidur laptop. Tapi beli sendiri tiada keperluan(cukuplah dengan pc yang ada). Orang bagi suka. *sengeh*

4. Digi-Cam - Selalu berkira-kira kalau mau beli. Terdetik di hati mau beli, pasti ada bisikan lain yang bilang, "ala,duit tu ko boleh simpan untuk buat benda lagi berfaedah." Maka saya akan meletakkan kembali kamera itu sambil tersengeh-sengeh kepada penjual tanda batal. Tapi kalau ada yang beri sebagai hadiah, tanpa ragu-ragu saya terima dengan hati yang lapang. Jadi kita akan bergambar bersama-sama.

5. Benda-benda comel - Contohnya seperti saya. Hahaha, gurau okies. Takpe,saya masih sedar diri. Saya suka benda comel seperti teddy bear, frame yang comel, selipar toilet yang comel, bantal-bantal yang comel. Dulu masa menengah, tidur saya ditemani sang garfield dan bantal besar yang nyaman. Masa di U, ada pooh yang setia menemani. Masa sekarang, ada spounge bob yang sedap dipeluk semasa tidur.

p/s: penat cerita, tak reti-reti nak adiahkan ke?hahaha..

5 impresi terhadap orang yg diminati:

1. Kewl *tapi kenkadang kelam kabut gak*
2. Kelakar
3. Sabar
4. Separa matang
5. Senyuman yang manis.
(Kena tambah sebab baru nampak sesuatu)
6. Kuat perasan. *Hahahah*

Perkara yg paling hebat pernah dilakukannya utk anda:
Meminati saya. Hahahaha..

5 ciptaan plg disukai (x semestinya melibatkan teknologi maju)

1. Internet - Hidupku begitu bermakna
2. Wayang - Bila tiada tempat mau dituju
3. Buku - Mengisi masa-masa lapang
4. Handphone - Memudahkan komunikasi
5. PC - Tanpa pc, hidup sunyi.

Perkara yang paling dibenci:
- Kerja patut leh settle cepat, kena tunggu lama sebab nak dapat approve banyak pihak.
- Kerja sambil lewa.
- Orang menyombong. *Maka saya akan menyombong balik*
- Orang kedekut. *Saya akan kedekut juga*
- Orang yang marah orang lain depan orang ramai.

5 org yg anda mahu tag:

Ayang
Noush
Diya
Kamal
Ween.

Monday, May 12, 2008

Kehidupan

Saya sentiasa berlegar-legar di sini.
Sentiasa baca komen yang diberi.
Sentiasa lihat mesej yang ditinggalkan.
Cuma masa itu emas.

Saya sempat membaca.
Tapi belum sempat membalas.
Saya beri tumpuan,
Untuk tinggalkan tapak di blog kawan-kawan.
Sebagai tanda,

Walau masa membataskan saya,
Tapi kawan-kawan tetap dalam ingatan. *Fuh,ayat masyuk*

Ingat hari ni mau cerita panjang-panjang.
Memandangkan boss saya EL.
Malangnya beliau tetap tidak lupakan saya walau dimana beliau berada.
Inilah bahananya jika berteknologi. :D..

Sementara menunggu file siap dipindahkan dari server,
Saya cepat-cepat letak entry yang saya musykil apakah motif saya publish jugak.
Argh, tak kiralah.
Janji ada.
Dari orang ingat saya sudah berhenti berblogging.
Hahaha.

Ops,file sudah habis dipindahkan.
Saya mula bekerja ya.
Nanti-nanti tambah cerita lagi.

Fuh,inilah kehidupan.

Tuesday, May 06, 2008

Takut

Anak saudara baru keluar hospital.
Keadaannya baik walaupun masih tidak seperti selalu.

Tapi yang buat saya "suspen" bila dia jadi takut-takut.
Takut mau duduk seorang kat ruang atas.

Semalam saya tinggal seorang.
Saya pulak yang jadi takut.
Maklumlah saya memang penakut lemah semangat orangnya.

Untuk hilangkan kegundahan,
Saya bercakap-cakap dengan bulan.
Sampai saya tidak sedar sampai mana saya bercakap.
*Kes tertidur*

Bangun,
Salin baju.
Tidur kembali.
Bercakap kembali.
Pun tidak sedar bila saya berhenti bercakap.
Bangun-bangun telefon sudah di hujung katil.

Rasanya saya tidak tidur berdengkur.
Maka tidaklah malu sangat.
Hiks..

Monday, May 05, 2008

Rojak

Hari Sabtu kelmarin,
Saya ada buat entry panjang berjela.
Kenapa saya lama tidak berblog.
Apakah saya sudah di ambang dewasa. *baru masuk 18 kan*..:D
Apa itu PMS.

Sudahnya,
Habis menaip,
Internet DC.
Saya refresh, yang keluar hanya page blogger.com yang masih belum di taip apa-apa.

Saya geram.
Nak taip kembali memang dah takde idea mood.
Sudahnya saya mengemas kain baju.
Mengangkat kain di jemuran.
Bersiap-siap pergi kembali ke rumah mak saudara di Cheras.

Saya cuma simpulkan apa yang saya taip kelmarin;

1)Saya di ambang dewasa.
- Saya bilang di pejabat, saya setakat ini tidak pernah rasa sakit tumbuh gigi geraham termasuk gigi bongsu.
- Tapi dr bilang gigi bongsu saya harus di cabut. * tumbuh tak betul*
- Gigi bongsu saya hanya yang bawah baru timbul.
- Lalu rakan di pejabat musykil, berapakah umur saya sebenarnya.
- Kerana mereka sudah lama tumbuh atas dan bawah.
- Jadi saya pasti, saya seorang gadis yang masih berumur 18 tahun.

2) Tidak berblog jangka masa yang lama.
- Saya tidak bermalam di Putrajaya.
- Malam awal di Pulau Meranti.
- Malam kemudian di Cheras.
- Sepupu mahu berkahwin.
- Hari pekerja di Pahang.
- Rombongan dari pengantin lelaki. * saya termasuk*

3) Apa itu PMS.
- Malas dah nak terangkan.
- Dulu saya tidak percaya.
- Sekarang saya mengalaminya.
- Ia hanya pengaruh psikologi di dalam fikiran.
- Tapi sukar mau membuang.
- Yang jadi mangsa, orang yang paling rapat.
- Ampun, ampun. *senyum*

Besok-besok saya sambung entry yang betul-betul entry.
Tag.bila-bilalah saya sambung.
Sindrom malas sekarang.
Duh, mengantuknya datang pejabat hari ini.
zzzz...