Friday, April 18, 2008

Pengalaman Balik Kampung

Saya baru balik dari kampung tercinta.
Ada berita gembira yang biarlah rahsia.
Jangan nak buat spekulasi saya bertunang pulak.
Di pejabat, saya sudah penat mau berkata, saya bukan cuti untuk bertunang.
Dan yang membuat gossip adalah lelaki-lelaki di pejabat saya.
Perempuan tidak.
Maka, yang suka bergossip adalah lelaki bukan perempuan ye adik-adik,kakak-kakak dan abang-abang.

Saya balik dari kampung menaiki bas Transnasional.
Balik ke kampung juga menaiki bas yang sama.
Dan dua kali saya terkena benda yang sama.
Semasa balik kg,
Patut-patut naik bas pukul 8.30 malam,
Bas tiba lambat dan hanya muncul pukul 9.30 malam.
Muka memang dah tak boleh senyum.
Tapi keliru kenapa masih ada yang rajin bertanya saya dimana naik bas itu, di mana mau beli itu,dimana mau beli ini.
Agaknya saya ada pemanis muka kot, muka sudah masam seribu tapi ada jugak yang tak peduli dengan kemasaman saya.
Tapi saya jawab dengan seikhlas hati.
Yang penting, ikhlaskan. :D..
Tapi saya selamat tiba di kampung.
Alhamdulillah.

Kelmarin, mau pulang ke KL.
Situasi yang sama terjadi.
Bas pukul 6.00 petang sudah jadi 7.00 malam.
Saya beli tiket bas lain pukul 6.30 petang dan jual tiket 6.00 petang di kaunter.

Saya duduk di sebelah lelaki yang saya agak muda dari saya.
Memang tekaan saya tepat.
Dia muda 2 tahun dari saya setelah dia menegur dan bersembang dengan saya.
Mata yang mulanya mengantok terus jadi segar.
Bukan sebab seronok bersembang,
Sebab dia cakap, tadi saya tidur terlentok-lentok.
Aiseh, bikin malu seh.
Lalu saya cakap, saya memang nak tidur,
Dan terus buat-buat pejamkan mata sampai KL.
Adik ini memang peramah.
Sampai saya tak terlarat nak melayan.
Sudahnya, baik pura-purakan dari saya cakap kat dia,
"Dik, rentikan le cakap, akak penat dik nak dengar"..hikss..

Sampai pudu, naik LRT ke arah Bandar Tasek Selatan.
Dari BTS, saya naik erl menghala ke Putrajaya.
Di papan tanda menunjukkan, train saya akan sampai dalam masa 2 minit.
Saya terkocoh-kocoh beli tiket dan memasukkan gear untuk merempit sambil membawak 2 biji beg.
Ada seorang lelaki tak perasan agaknya saya sedang kelam kabut memasukkan gear.
Dia bersikap ramah tamah bertanya, di mana arah dia patut pergi untuk naik erl menghala Putrajaya.
Saya cuma tunjuk dengan tangan dan saya sudah masuk gear 1.
Sempat dia buat lawak yang tak mampu saya gelak,
"Kalau lintas tak payah naik tangga boleh tak?"
Saya jawab sambil berlari,
"Boleh, kalau nak mati cepat."
Saya terus berlari tanpa menoleh ke belakang.
Dia mengejar dan bertanya kenapa kena lari.
Saya jerit, train dah nak sampai.
Dia pun ikut berlari sama.
Maka, pada pukul 9 lebih malam,
Ada 2 orang manusia sedang buat larian obor.
Selalu orang bawak obor,
Tapi kitorang bawak barang.
Bukan berlari anak.
Tapi berlari sekuat hati.

Sampai di stesen menghala Putrajaya,
Ada 1 minit lagi,train akan sampai.
Saya berjaya berlari naik tangga,turun tangga dengan hanya 1 minit.
Mau turun 5kg ni.

Saya dan dia sudah termengah-mengah bila sampai.
Dia bilang, "ala, lambat lagi la."
Saya balas, "kita exercise malam-malam,okies pe."
Dia jawab, "Semput ar.."

Kemudian train sampai.
Dia cakap lagi, "Eh,nasib baik kita larikan,kalau tak, tak sempat."
Saya sudah kepenatan dan hanya mampu menjawab, "tau takpe."
Masuk train dan bergegas cari tempat yang saya boleh duduk sorang-sorang melepaskan kepenatan.
Tidak peduli dengan mata lelaki itu yang memandang dari jauh.
*Sebab saya duduk bersebelahan dengannya. Di kerusi seberang sana.*

Saya pikir balik,
Bila sudah terdesak, memang malu sudah tiada.
Pedulik ar nak berlari-lari di tengah malam.
Eh, tiba-tiba rasa badan saya sudah ringan.
Hikss..

18 comments:

aria ayumi said...

huhu. akk naek bas trans eh. akk kira okeh agi kena tunggu sejam jerk. diya penah kena skalik, lagik lama. dua jam dok melanguk tepi jalan baru bas sampai. Tuhan jelah yg tahu. huhu.

ahaks. tak tau nak imagine camne akk larik2... msti kiut. eheh :p

zura lias said...

diya,
haah,akak suke naik bas tu..selesa..2 jam??akak penah tunggu bas yang tak sampai-sampai..time raya haji..geram betul..hihhi..sakitkan bila jadi penunggu..

ehhehe..kiut??erk..tp akak bawak 1 beg galas..1 lagi beg yg tali sebelah tu...x kiut diya..dh mcm org lari dari rumah..:D

MZ said...

jom aaaaa kita dua lari sama2 plak. :p

AK said...

skali citer hindustan la plak... berlari2 bagai... slamat tak guling2 je... hehe

kak zura mmg kan, ske amik kesempatan... bukan tido sgt pown kan... saja je wat2 nak letak pala kat owg... ish gatal! hahahaha

bila baca tadi mmg nak gosipkan kak zura kawin pown! huhu

zura lias said...

pokcik,
erm..lari same2..ekk..ermm..nnti kalo pokcik termengah-mengah camne..sy x tanggung...hikss..

kamal,
erk,kalo terguling,kompem akak berlakon pengsan lak..dh alang2 dh malu..biar malu terus..hhahhahaa...

erkkk,kalo sebelah tu,encem ala2 lee joon ki,x lentok pun akak saje2 wat lentok..x tido pun,asal bas gerak ke kanan je,akak lentok lebey sikit..hahahaha....

erk..kawen?isk..isk..aminnnnn...

Anonymous said...

ada je peristiwa bila ko naik bas kan..hehee

aria ayumi said...

hahaha. gelak sakan diya baca komen akk kat kamal. adehhh. dh alang2 malu, biar malu terus. hehe. klw diya ade lah time akk guling2 + buat2 pengsan tu, agaknya diya larik jauh2 sket kot... hehe.

MZ said...

apa lak tak tanggung? juera kasi kendong aaaaaaaa :p

Anonymous said...

O0o00 ari tu yang terkejar2 tu ko ke?

Witty Angel said...

haha betol2..kalau terdesak sume mende sanggup bwat.. ngeeeee

Anonymous said...

hahaha.asalhidup ko macam penuh drama jer nie..leh jd pelakon cmnie.huhu


tra

:: Wiween :: said...

wahahahah sabo jela.muke pemanis ek.hihi :p

Mazza Homemade Cookies said...

ahaks..best citer ni..ada sikit2 citer korea....hmm..sib baik saya bukan sorang yang peramah jugak..

Noushy Syah said...

hehhehe...I love reading your entry Zura..compact,tersenyum2 plak imagining how you race with the 'handsome guy' tuh..lolz!

p/s Ada dimple tu yg masam pun tetap manis hehhehehe...

Eh eh engagement is a closer steps for the big day kan kan kan..Ameen!

Anonymous said...

zura..teringat plak insiden berlari2 mengejar komuter pagi2 buta nak ke kelas 2 bulan lepas..sampaikan duit baki pun tak ingat nak ambik..hahah mmg terus rasa ringan je lepas tu kan zura..

zura lias said...

chot,
idup aku mmg dramatik..jumaat ni aku naik bas lg..tgk ek kalo ade cerite lg.hahaha

diya,
hihihi..diya lari jauh-jauh,akak wat aksi dramatik..pegang kaki diya lak..sambil pengsan..:D

pokcik,
erk..berat sy lom capai tahap piawai leh kendong org..hihihi

penerockers,
eh..ko watak yg mane?watak lelaki menegur,abang kaunter?tak mungkin mat salleh sbb ko leh ckp melayu..:D

witty angel,
betul..betul..malu sume tolak tepi..

tra,
ade tak memane director nk invite aku berlakon?eh..aku lupe..aku pemalu..:D

wiween,
tp sies tak penah kene hurung semut..belum cukup manis le tu..:D

myfisol,
citer korea manyak effect kat sy...dh addicted belum?:D...peramah boleh,tapi jgn terlebey peramah..:D

noush,
handsome guy?hiihihi..boleh ar...*wink..wink*..
erk..tp dimple tu dh tenggelam bile muke masam pp mengelembung..hahhahaa

yup noush...aminnnn..:D

kak meen,
isk..rugi kak meen..lepas tu gie kaunter tu,tuntut balik tak?:D..mmg rase ringan tp lepas dh sampai umah,zura bantai mkn nasi 2x tambah...so,leh imagine mkn nasi kul 11 malam..pathetic sungguh..:D

arsaili said...

lelaki bergossip ek?

zura lias said...

arsaili,
lelaki di opis saya..:D