Wednesday, April 23, 2008

10 yang bukan 10

10 Reasons why i blog?
10 Sebab kenapa saya membuat blog.

Ini tag dari Noush

Saya takde banyak sebab.
Tapi saya buat dalam bentuk cerita. Nampak panjang sikitkan. Hikss..
Sebelum ni pun saya pernah cakap kenapa saya berblog. Tapi nak cerita jugak lagi sekali.

Saya suka membaca.
Gemar membaca di blog-blog yang dibuat oleh rakan-rakan dan orang-orang yang tidak saya kenali.
Dengan kesunyian yang melanda.
Kesunyian sebab ditinggalkan.
Aisehh..hikss..
Abah yang sakit tiba-tiba.
Menolong sama-sama mengatur kenduri perkahwinan abang tanpa mak dan abah.
Tidak bekerja sehingga abah sihat.
Semuanya memberi tekanan sedikit.
Tapi susah mau diluahkan.

Mula memasuki laman sembang yang sudah berkurun saya tinggalkan.
Mau bercerita dengan orang yang tidak saya kenali.
Dan pasti,takkan berjumpa.
Bercerita,bercerita.
Bila ada sesi mau kenal lebih dekat.
Saya buhsan.
Perlahan-perlahan keluar dari laman sembang.
Ia tak membantu.
Lagi mengusutkan fikiran saya melayan orang yang ntah-pape.

Bersembang dengan rakan di YM.
Dia cadang saya membina blog.
Ada seorang lagi mencabar saya membina.
Jangan hanya mau membaca sahaja.

Saya sahut cabaran.
Mula membina blog.
Merangkak-rangkak.

Pada mulanya hanya untuk tatapan sendiri.
Dan rakan-rakan.
Banyaknya cuma cerita sedih.
Buhsan sih..
*Jangan baca entry saya terdahulu*
:D..

Perlahan-lahan,
Membina hubungan.
Dengan rakan-rakan yang tidak saya kenali.
Tapi diyakini hati budinya baik hati.
Semakin bersemangat menambah entry baru setiap hari.
Kerana mau jalinan persahabatan jadi kekal.

Bila saya tidak bercerita di blog,
Ada sesuatu yang tertinggal.
Blog sudah jadi sebati.
Tidak peduli katanya blogger itu sampah.
Blogger kuat merapu kalau katanya hanya buat sesi meluahkan perasaan.
Lain orang, lain citarasa.

Dengan berblog,
Saya cuba menjatidirikan kemelayuan saya.
Cuba tidak mahu merojakkan bahasa.
Saya cuba.
Tidaklah sepenuhnya, tapi masih mencuba.

Walaupun ada sesetengah perkataan,tiada dalam kamus bahasa melayu.
Takmau la skema sangat.
Opss, maaf DBP.
Sebab kawan-kawan yang kenal saya,
Mereka baca blog saya, mereka rasa itu bukan saya.
Nak-nak saya rujuk kata ganti diri dari aku kepada saya.
Atau dengan lebih tepat,
Mereka kata saya terlalu sopan di dalam blog.
Cis..
*Penat letak di profile, pendiam,pemalu dan bersopan santun.*
Hikss..

Kesimpulannya, kenapa saya berblog?

1. Luahan perasaan.
2. Jalinan persahabatan.
3. Minat pada penulisan. *Dulu pernah bercita-cita mau jadi reporter*. :D
4. Memperkasakan bahasa melayu. *Yang ini saya sedang mencuba*.

Sorry Noush, tak cukup 10.
*Senyum*

10 comments:

Anonymous said...

zura..blog umpama diari atau jurnal peribadi..yg mana ia boleh dikongsi dengan org yg tak dikenali..dan dengan blog juga..kita makin dekat kan? Walau tak pernah bertemu di alam nyata..tapi terasa ikatan itu ada...

keep on blogging ya..

MZ said...

meh pak cik tambah lagi enam faktor .. nak? nak tak? :D

Noushy Syah said...

Salam Zura..

Thanks for being sporting doing the tag and yes,now I knew most of the reasons why you blogging...:)

The second reason that makes our friendship remains and hope for good- here and in reality...thus,keep blogging my dear,your writing is one hell of fabulous Bahasa! I love it...

Big hugs*

Anonymous said...

mampos la sape nak cakap blog sampah...teruskan usahakan kau memblog...

AK said...

kene tag gak ngn noushy... tapi nak wat nanti... haha

SisHoney said...

salam zuera,
alahai ini tag dr nshy ek.sis dah hutang die banyak tag.nntlah satu hari akan bayar semuanya :).bagus betul zura sbb ingin memperkasakan bahasa melayu.tak macam sis yg tunggang langgang :p

zura lias said...

kak meen,
yupp...yang jauh didekatkan..yang dekat semakin mesra...hihihi..konsep blog..tq kak meen..

pokcik,
6 factor?baik pokcik kasik x-factor kt blog nie..hahahhaa

noush,
tq gak tag zura..hope our friendship remains forever...:D..

penerockers,
opss,mampus xleh..mcm doakan tu..hihihi..mekasey..

kamal,
ceh..nk tunggu sume org abih buat le tu..jgn mennatasha hudsonkan tauuu...hakhakhak...

sishoney,
hehhehe,zura takut nnti dh time bz, nk update entry biase-biase pun tak sempat..tu update dulu tag noush nie..:D..
sebab bahasa zura tunggang-langgang le try nk okieskan balik..:D..xpe sis,bahasa tunggang-langgang..janji org paham..ehehe..

aria ayumi said...

hehe. suka jwpan akk no 3 & 4

cita2 akk nak jadi reporter ke? klw tak silap, reporter pun ade termasuk dlm senarai list cita2 diya dulu. tapi, tak tau sbb ape diya nak jadi reporter.. :p

Anonymous said...

hai!...salam perkenalan..

setuju...blogging boleh menjalinkan persahabatan..

dan tujuan saya jg berblog juga untuk berkongsi cerita bersama kawan2 lama..dan Alhamdulillah ramai kawan yg mula2 jadi stalkers sekarang dah menonjolkan diri dan menghubungi semula...

halym said...

kagum dengan rentak dan gaya penulisan Zura,

kenapa aku takleh menulis mcm kau..aku hanya pandai merapu pabila menulis..mencikk