Saturday, September 22, 2007

Tag : Tentang Puasa dan Hari Raya

Sejak bila anda mula berpuasa penuh??
Soalan power rangers ni. Dari pandangan mata kasar, puasa penuh saya bermula darjah 3. Tapi kerana diri ini yang tulus mulus mau membuka rahsia, puasa penuh bermula darjah 6. Eheheh..

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??
Kerana saya adalah seorang yang baik maka jawapannya pernah. Alasannya, sewaktu mengambil wuduk untuk sembahyang atau mengaji quran, apabila sesi perkumuran, saya kira air paip itu seperti air pepsi. Enak sekali. Jadi terbatallah puasa saya bilamana sambil berkumur, sambil meneguk air paip. Sebab tu bulan puasa sangat rajin mandi. Tu dulu ar time sekolah rendah. Sebab tu puasa penuh mula darjah 6. (Dari sudut diri sendiri sebab takde sape tau sebelum ni. Kira pecah lobang ar ni)

Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??
Oh, tu aktiviti rutin masa sekolah rendah. Tapi bunga api ni tak layan sangat. Main mercun lagi gempak. Lagi best kalo campak kat bebudak laki yang nak gie surau. Kes perang dalam bas sekolah melarat sampai kat kawasan rumah. Hahaha..

Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??
Erm,ape ek?apa-apa yang ada, boleh ar taram. Tapi kalo balik kg mesti nk rasa kuih ketayap mak time bulan poser. Ehehe..

Lagu raya manakah yang anda suka??
Suasana hari raya.. Anuar Zain n Elina(kot camni ar nama dia). Comel je suara..hiks..*saya memang suka menda-mende yang comel ni.

Tahun ini anda beraya di mana??
Kompem balik Ipoh. Takkan nak balik uganda kot. Dah mak bapak pun kat Ipoh.

Pernahkah anda bertugas di hari raya??
Tak pernah..Mintak dijauhkan..

Apakah kenangan paling manis di hari raya??
Balik kg..sekarang dah tak raya kat kg..Raya kat umah sendiri je. Balik kg melawat sedara mara je..:(

Sebarkan tag ini kepada 8 orang sahabat yg dah tak sabar2 nak raya.. ihiks!

Khusus pada mereka yang belum membuat tag ini tapi ada link di blog saya.
Sila-sila buka rahsia anda.
Hahahah..

10 comments:

Noushy Syah said...

hehhehe..biarlah rahsia...

Some things are better left unsaid..kan kan..*wink wink*

MZ said...

nakal gak dak juera nih. main perang2 ngan bebudak lelaki dlm perjalanan ke sekolah sampai lah dalam perjalanan ke surau :p

.::{ uMIe }::. said...

Iks.. iks.. nakal+hyperactive sungguh akak nie masak kecik.. ;)) nasib baik dah beso nie nampak ayu jerk..

Beraya kat kampung lagi meriah sya rasa..:)

faisal said...

ish, mane tau wak sok tpt keje anta raya kat uganda ke?hihhi..ske gak lagu raya tu, nak carikla,hihi

zura lias said...

noush,
ehehhe...betui noush..biarlah rahsia..hikss..

pokcik,
bukan nakal..sy pejuang wanita..hakhakhak..

umie,
sib baik le akak masuk skolah taayah mase dh menengah..kot tak mau jd tomboy skarang ni..hahahah..

yup..beraya kt kg lg meriah..:(..tp umah akak pun meriah gak..sume kumpul kt rumah akak je..ehehhee

faisal,
erkk..kalo raye kt uganda, kene le awak poskan duit raya, kuih raya n baju raya kt sy..nk mahal2 tau..hahahaha..haa..carik2..comei wak sore diorg..

chot said...

hahahha lawak la ko ni...ko ke yg create tag ni?

zura lias said...

chot,
ehhehe..sib baik ko dh betulkan ejaan ko..kang ade yg idung kembang x abih kang..hahaha..x ahh..dak umie yg tag aku..ko wat le weiss..

aria ayumi said...

huhu main mercun xpenah tinggal setiap kali raya. sbb ayah diya mmg tokey mercun. ngehh

aria ayumi said...

kak, ni add br diya

http://ariaayumi.blogspot.com/

ak_0143 said...

erk???am i included?