Saya menonton AC Disini dalam keadaan panas berbahang di dalam rumah.
Haish, kalau masa sekolah dulu, cakap je panas-panas,
mesti ada suara-suara nakal yang cakap,
"banyak dosa le tu"..
Saya bukan nak cakap dosa atau panas.
Cuma,
Saya dengar Aishah menyanyi lagu Pulanglah di dalam AC Di Sini.
Lagu ni pernah jadi peberet di musim-musim dulu.
Tapi kalau melayan lagu sedih, emosi turut terpengaruh.
Jangan biarkan diri anda dipengaruhi emosi.
Hikkss..
Besok bertolak ke kampung lagi.
*Kena tambah lagi sebab setiap minggu balik kg*
Saya tidak peduli dilabel anak manja,tak boleh berenggang,apa-apa sajalah.
Yang penting saya balik.
Saya ada family.
Kita tidak tahu sampai bila kita menongkat langit.
Gunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya.
Setiap detik itu amat berharga dipenuhi dengan rasa gembira.
Tipu kalau kata tak pernah sedih.
Tipu kalau kata tak pernah menangis.
Cuma jangan dilayan jika emosi sudah terlebih.
Tuhan tidak pernah menduga hamba-Nya dengan ujian yang hamba-Nya tidak mampu.
Selagi diuji, selagi itu bersyukurlah kerana kita termasuk dalam yang diberi perhatian.
Erk, saya tiba-tiba menjadi serius.
Mungkin mood hari ni yang agak kurang baik.
Tapi saya cuba untuk tersenyum sebab saya tahu,
Orang lain tidak tahu mood saya tidak baik.
Kenapa saya mesti nak heret orang lain dalam kondisi saya sekarang.
Paling koman, mood saya kembali stabil bila saya cuba tersenyum.
Senyum adalah perkara yang paling senang dibuat untuk suatu permulaan hubungan.
Senyum sebanyak mana pun,
sekurang-kurangnya bahu kanan yang ringan kerana mengumpat sudah terisi dengan sedekah dari senyuman. Hikss..
:)
P/S: Aishah antara penyanyi yang saya suka suara dan lagunya.
Kagum gue..hiks..
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago