Thursday, May 17, 2007

Selamat Hari Guru

Isk, saya terlambat lagi.
Tapi saya ingat pesan mak,
Better Late Than Never..

"Selamat Hari Guru pada semua cikgu-cikgu di Malaysia"

Bila umur sudah meningkat,
Memori dengan guru still dalam ingatan.

Cikgu Bachan Singh,
Mengajar English semasa saya di darjah 1-3,
Kerana saya takut dengan ketinggian dan keseriusan mukanya,
Saya dan rakan-rakan sering menggunakan alasan pergi ke toilet sepanjang kelas berlansung.
Dan sehingga hari ini saya pelik, kenapa beliau tidak pernah melarang atau menghalang kami pergi ke toilet beramai-ramai.
Tapi yang rugi saya.
Hasilnya, bahasa saya sangat teruk. Huhh..

Cikgu Siti Hajar,
Mengajar Bahasa Melayu darjah 4-6.
Juga guru kelas saya.
Cikgu dan orang pertama memanggil saya gadis genit.
Sehingga memaksa saya membuka kamus sesudah balik ke rumah untuk melihat apakah maksud genit itu.
Saya pikir cikgu cuba mengutuk saya.
Mintak maap cikgu.

Cikgu Chong,
Mengajar Alam dan Manusia darjah 4-6.
Suka memasangkan lelaki dan perempuan di dalam kelas.
Kecik-kecik sudah diajar untuk bercinta.
Dulu, saya tak suka cara begini.
Sampai saya tidak mau menegur rakan lelaki saya kerana cikgu suka mengusik dengan beliau.
Mintak maap juga cikgu.

Allahyarham Ustaz Zainal,
Saya ingat ustaz sebab ustaz bapa kepada rakan saya.
Beliau meninggal..erk..*lupe plak*
Tapi yang paling saya ingat, ustaz suka memulas perut budak lelaki yang tak dapat menghafal surah.
Saya suka. hikss...

Cikgu Ros Anita,
Cikgu BM saya semasa tingkatan 1-3 juga guru kelas semasa tingkatan 3.
Lembut, sopan, warak.
Saya ingat pesan cikgu bila memanggil saya ke bilik guru semata-mata result saya yang jatuh merudum.
Saya memang suka bermain-main cikgu.
Bila exam, baru kelam kabut. Hiks..

Ustazah Fatimah,
Ketua warden merangkap guru pendidikan islam semasa tingkatan 5.
Saya pernah ditanya oleh beliau,
" Kamu nak saya rotan lagi?"
Saya jawab
"takmo"
Tapi ustazah rotan jugak, konon-konon mau beri pengajaran.
Waa..*walaupun tak sakit mana pun*..hikss..
Cuma saya malu sebab beliau ada hubungan saudara dengan saya.
Mesti beliau malu sebab ada hubungan saudara dengan pelajar yang ditangkap kerana membawa barangan haram ke sekolah.

Cikgu Umi,
Cikgu bio saya.
Sungguh saya tak minat subjek Bio.
Tapi terima kasih pada cikgu kerana meluluskan saya semasa peperiksaaan akhir tahun tingkatan 4.
Walaupun hakikatnya saya fail.
Sebab cikgu kesihankan saya yang gagal semua pelajaran elektif.
Mesti cikgu kesiankan sayakan.
Dah le dirotan oleh cikgu dan diperhati oleh ustazah Fatimah yang memberi semangat untuk merotan lagi,
Gagal plak semua subjek elektif.
Terima Kasih cikgu.
Tapi masuk matrik, saya tak amik subjek Bio dah sampai sekarang. Ehehe..

Cikgu Nazri,
Saya memang banyak buat salah pada cikgu.
Mintak maap cikgu.
Tingkatan 3, cikgu mengajar Geografi, saya tidur.
Dan hasilnya Geografi saya teruk dikalangan rakan-rakan.
Tingkatan 5 cikgu mengajar BM,
Saya tidur lagi.
Dan hasilnya BM saya juga teruk dikalangan rakan-rakan.
Tapi terima kasih cikgu.
Saya ingat, sewaktu cikgu menjadi warden,
cikgu melepaskan saya walaupun saya tiada tandatangan kebenaran untuk outing.
Mekasey cikgu.
I Luv cikgu walaupun saya suka tidur dalam kelas cikgu.

Banyak lagi cikgu-cikgu yang mengajar saya.
Dengan kenangan-kenangan yang banyak.
Tak tercukup pages kalo saya nak ceritakan semuanya.
Saya memang nakal semasa zaman sekolah.
Tapi saya tidak nakal sehingga tidak menghormati cikgu.
Nakal saya nakal zaman nak membesar.
Tapi sekarang tidak lagi.

Bulan lepas atau 2 bulan yang lepas.
Terjumpa dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya.
Saya ingat cikgu cakap,
" Masa awak tidur dalam kelas, saya biarkan sebab saya tahu bila awak dah besar nanti, awak akan sedar dan sekarang saya tak rasa rugi mengajar awak bila dengar hasil dari pengajaran saya, awak sudah berjaya sekarang."
Tak cikgu.
Saya belum berjaya.
Masih banyak yang saya perlu belajar.
Apa-apa pun,
Sekali lagi,

SELAMAT HARI GURU, CIKGU

3 comments:

MZ said...

pak cik teringat cikgu zaleha ... masa dia pregnant, dia nampak seksi giler. cikgu lelain tak yah sebut aaaa. kisah sedih dan sadis sumer tuh. *pak cik kan terrorist masa sekulah dulu ;)) huhuhu*

aria ayumi said...

huhu samelah ngan diya, kak... pas msk matrik, sampai skang xpenah blaja bio... except ms blaja pbsm, ade ah sket bio nye... tp, xde le sampai membosankan mcm ms blaja kat sekolah dl...

diya ni low profile... xramai cikgu kenal... :p tp, still sume cekgu2 msh dlm ingatan diya... :)

zura lias said...

pokcik,
uiks..org pregnant nampak seksi ke pokcik?camni nk pregnant ar..hahaahhaha..

diya,
haa,subjek bio tu mcm wat akak muntah ijo..wat esei pepanjang..dptnye 5 markah je..*tu pun markah kesian*..
p/s:
akak dari dulu..sampai skarang..mmg low profile..hahahaha