Thursday, May 03, 2007

Assignment Minggu Ke Empat

ASSIGNMENT MINGGU KEEMPAT

"Kalau saya pengurus artis kepada Dafi AF5, strategi dan perancangan saya untuk kerjaya seni Dafi supaya beliau akan melangkah dengan gigih dan menjadi seorang artis rakaman yang disegani adalah seperti berikut."
"Entry perlu dilengkapkan dengan gambar -gambar Dafi yang sudah diubahsuaikan/diphotoshopkan (seumpama album cover)."





Kalau saya pengurus artis kepada Dafi AF5, strategi dan perancangan saya untuk kerjaya seni Dafi supaya beliau akan melangkah dengan gigih dan menjadi seorang artis rakaman yang disegani adalah seperti berikut:





1. Saya akan pastikan beliau terus menyambung pengajiannya selepas tamat pengajian di dalam akademi fantasia kerana tempoh masa sesi pembelajaran di dalam Akademi Fantasia tidak cukup untuk Dafi memantapkan dirinya dalam proses menjadi artis yang disegani. Mungkin ada pendapat mengatakan suara Dafi agak terhad. Tetapi jika dilatih dengan baik dan mengamalkan teknik vocal yang bagus, seseorang itu boleh menyanyikan apa sahaja genre lagu. Itu yang mahu saya buktikan kepada mereka yang ada anggapan sebegitu.



Dan juga saya mahu buktikan kepada mereka yang Dafi tidak saja berbekalkan paras rupa untuk menempa nama dalam hiburan tanah air. Saya yakin Dafi boleh kerana sepanjang konsert berlansung, Dafi telah menunjukkan yang ketara. Itu adalah ciri-ciri untuk menjadi artis yang berjaya.



2. Walaupun Dafi mendapat pujian dari juri semasa menyanyikan lagu Pencinta Wanita, Saya mahu Dafi lebih fokus kepada lagu yang rancak dan memerlukan Dafi menari seperti mana yang Dafi lakukan semasa beliau menyanyikan lagu Joget Angan Tak Sudah.



Dafi adalah seorang yang berbadan kecil dan bersuara halus jadi Dafi perlu menonjolkan dirinya di atas pentas yang luas. Dafi harus belajar banyak tentang seni persembahan untuk menjadi penghibur yang berjaya. Dan juga peminat-peminat Dafi kebanyakkannya adalah gadis remaja yang gemarkan lagu yang rancak. Kekuatan Dafi pada senyuman dan matanya. Dafi tahu kekuatannya itu dan dapat diperhatikan, walaupun Dafi tertekan atau kurang keyakinan menyanyikan lagu yang diperolehi sepanjang konsert, Dafi dapat menutup kelemahannya itu dengan kekuatan mata dan senyumannya.



3. Dafi mempunyai sikap yang bagus untuk menjadi artis berjaya seperti rajin berusaha, rendah diri walaupun lahir dari golongan berada dan juga hubungan yang bagus dengan rakan-rakan seperjuangannya di dalam Akademi Fantasia. Sikap Dafi itu akan saya pastikan berterusan jika dia sudah keluar dari Akademi Fantasia dan ditambah dengan ilmu komunikasi untuk berhadapan dengan pihak media dan peminat-peminat Dafi. Ini untuk mengelakkan Dafi dari tertekan kerana perubahan dirinya dari seorang biasa menjadi artis pujaan ramai. Dafi juga akan saya bawa bertemu dengan pihak media supaya hubungan Dafi dan pihak media berjalan lancar. Tanpa media dan peminat, siapalah Dafi.






4. Saya juga akan pastikan Dafi mendapat lagu yang bagus untuk albumnya kerana pengeluaran album pertama adalah penting untuk menentukan halatuju karier Dafi selepas itu. Saya akan cuba menyelitkan Dafi untuk persembahan-persembahan yang dihadiri oleh artis terkenal supaya peminat dapat menilai Dafi mampu seiring dengan artis yang sudah lama bertapak. Jika Dafi menunjukkan kemampuan lebih bagus dari artis lama, itu suatu bonus untuk Dafi terus bertapak dalam industri tanah air.







5. Saya akan pastikan Dafi fokus pada suatu bidang iaitu nyanyian kerana jika kita mahu maju, kita perlu ada fokus. Saya akan tapis terlebih dahulu pihak-pihak yang berminat untuk menjadikan Dafi duta mereka supaya Dafi tidak menjadi artis Duta Product. Saya mahu kembangkan bakat Dafi ke peringkat antarabangsa dan tidak mahu Dafi hanya menjadi pujaan untuk kaum melayu sahaja. Melihat dari percubaan Dafi menyanyikan lagu Qing Fei De Yi, itu adalah suatu cubaan yang bagus dalam melebarkan sayap Dafi supaya kaum lain juga dapat melihat diri Dafi yang berbeza dari artis yang sedia ada.




6. Dan juga satu bonus untuk Dafi kerana beliau adalah pelajar jurusan pereka bunyi dan muzik. Maka dengan itu, saya akan membentuk jadual Dafi agar tidak menganggu pembelajarannya itu. Saya mahu Dafi menjadi artis yang berilmu kerana artis sebegini lebih disanjung tinggi dan dihormati oleh peminat seperti arwah Sudirman. Saya akan galakkan Dafi menggunakan ilmunya dengan sebaik mungkin. Seorang yang mengetahui tentang seni lebih menghormati apa itu seni dan tahu apa yang perlu ada sebagai anak seni. Itu yang mahu saya bekalkan dalam diri Dafi.




7. Dan saya harap, peminat Dafi setia dan terus memberi sokongan kepada Dafi sampai bila-bila. Saya akan pastikan Dafi tidak akan melupakan peminatnya. Dan menjaga Dafi dari terbabit dengan anasir-anasir jahat yang boleh menjatuhkan karier Dafi. Berilah sokongan kepada Dafi.




Baik punya!!!!!



7 comments:

Jie said...

miss manager... moga berjaya!

zura lias said...

erm, x layak kak jie nk jd miss manager artist..x manyak ilmu..hikss..thanks kak jie...

Anonymous said...

erm..i think dafi kene blaja more than wut normal singer should learn becoz he is lain..once ppl c his face..ppl want more even more than what he can do..so, if u r a person who suppose to create him as a star//kene keje kuat lah..hehehe

zura lias said...

anonymous,
believe me,i x akan jd manager dafi..ampun...sy senirik bukan fans dafi..hikss..cume honestnye..sore dafi sesuai utk boy band..bukan solo..

Anonymous said...

Hello! I'm newbie in Internet, can you give me some useful links? I know only about Yahoo [url=http://yahoo.com]Yahoo[/url] http://yahoo.com Yahoo

Anonymous said...

[url=http://altmededu.com/]alternative medicine India[/url]
[url=http://www.altmededu.com/]alternative medicine institute[/url]
[url=http://altmedschool.com/]alternative medicine institute Kolkata[/url]
[url=http://altmededu.com/]courses in alternative medicine[/url]

Anonymous said...

[url=http://altmededu.com/]alternative medicine certificate[/url]
[url=http://altmedschool.com/]alternative medicine diploma[/url]
[url=http://www.altmedschool.com/]alternative medicine institute Kolkata[/url]
[url=http://altmedschool.com/]global institute for alternative medicine[/url]