Orang lain tengok Jangan Pandang Belakang, memang tak pandang belakang dah.
Ada plak yang nak masuk bilik air malam-malam pun asik tertoleh ke belakang.
Degil ni, Ahmad Idham kata jangan pandang belakang.
Tapi saya, belum tengok jangan pandang belakang dah rasa sedih.
Kalau sekali sedih takpa, ni 2 kali sedih.
Cerita Cinta pun tak sedih macam ni.
Kali pertama sedih,
Book tiket JPB 5 tiket.
Semangat berkobar-kobar.
Ditambah dengan kata-kata semangat yang sudah menonton, cerita ini memang seram gilerk.
Walaupun ada yang kejap jadi, kejap tak jadi nak ikut.
Tapi semangat menonton masih ada.
Movie pukul 2 lebih atau 3 lebih petang. (tak ingat sebab peristiwa ini cuba dilupakan)
Amik ahli-ahli, siap-siap bagai,
sampai Mines selepas 45 minit sepatutnya tiket booking patut diambil.
Tanya kaunter jaga tiket, "tak boleh amik lg ke?"
kata dia, "tak boleh, sudah lewat laa"
Nak tengok show jam seterusnya semua full.
Sedih, hampa semua rasa secukup rasa.
Nak tengok cite lain dah takde mood.
Sudahnya pulang ke tempat asal masing-masing dengan muka kelat-kelat.
Berjanji pulak dengan rakan pada 26hb,
juga hampa sebab adiknya tiba-tiba datang ke KL dan mau menonton JPB pada tarikh lebih cepat.
(Ko jangan terasa key, aku cerita je..*untuk org tertentu*)
Maka plan 26hb dibatalkan.
Tiba-tiba seorang rakan mengajak menonton JPB malam sebelum Agong ditabalkan.
Tetapi kerana mulut badan binasa,
saya masih ingat kata-katanya, "perempuan yang menonton wayang itu perempuan gedik"
Jadi saya tawar hati.
Bagaimana agaknya dia memandang saya selama ini.
"gedik-gedik pun, ko ajak pompuan-pompuan gedik ni jugak yg tgk wyg bile xde geng"
Nasib baik saya tidak pernah setuju mau menonton wayang bersama dengan dia.
Sungguh, saya kira pemikiran begini sudah tiada.
Masih ada sisa-sisa rupanya.
Pemikirannya,
perempuan mesti duduk dendiam di dalam rumah,
Jangan jd sporty, nanti terkinja-kinja dan terkangkang-kangkang.
Kalau nak dijdkan calon isteri, tak boleh tengok wayang, tapi bakal suami bleh tgk tak kisah dengan laki ke pompuan mana-mana pun.
Huhhh..
(eh, mau cerita kisah sedey JPB melarat pulak cerite hal orang lain..hikss)
Selepas itu, saya sudah tiada hati mau menonton JPB.
Tetapi, bila balik kg,
tiba-tiba rancangan mau menonton JPB datang kembali.
Plan dibuat.
Saya, abang, kakak, mak sedare, bapak sedare n kazen2 mau menonton pada pukul 11.45 malam.
Mau bersiap-siap, abang pulak demam tiba-tiba.
Plan cancel.
Jadi saya tidak mau pandang ke belakang.
Harus pandang ke depan sahaja.
Selepas ini, target menonton Spiderman 3.
No more JPB lagi.
Huhh..
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
5 comments:
In the music industry, we NEVER say "good luck" because it's very bad luck to do so. Instead, we say "break a leg!"
Break a leg!
alahai... byk2 nye aral yg melintang ye kak.... huhu xde rezeki lg kot... ;)
ehem ehem!
duh, sabo ye..
aku pun blm tgk jpb. bukan sbb plan cancel, lambat sampai nak collect ticket, etc, tapi sbb aku mmg penakut.. :p.
tak lama lagi kuar kat astro.. jgn risau, paling2 lambat pun raya nanti..
dah start keje ke blm?
mr manager,
ye, mari patah mematah...thanks 4 visiting my blog..^_^
diya,
tu le pasal..akak ni mmg manyak penghalang kot kalo mende akak sukerk..hikss..
pokcik,
nah ubat kerongkong..
adah,
tp kalo kt umah..tgk sensorg..mmg aku x berani..hahahhaa...
Post a Comment