Tuesday, May 29, 2007

Lelaki Melayu

Naik lrt dari Plaza Rakyat ke Bandar Tasek Selatan.
Seorang lelaki melayu berimej budaya barat.
Telinga bersubang.
Rambut tegak-tegak.

Seorang lagi lelaki dari kaum yang bukan kaum melayu.
Imej sopan.
Baju sopan.
Muka sopan.

Saya memanah mata pada si sopan.
Saya manusia biasa.
Ada prasangka buruk dalam diri.

Keretapi berhenti di hentian Chan Sow Lim.
Naik seorang tua yang mungkin dalam linkungan umur mak.
Memegang beg besar di tangan.

Saya lihat pada si sopan.
Diam tak berganjak.

Si melayu berbudaya barat bangkit dari kerusi.
Menyuruh orang tua duduk.

Cepat-cepat saya hapuskan prasangka dalam diri.
"don't judge a book by its cover"

Jika penulis surat di ruangan Forum utusan cuba memperlekehkan lelaki bangsa melayu.
Jika dia berada di situasi saya sekarang, persepsi itu pasti terhakis.
Sila baca tentang ini di entry Kak Jie.

Saya bukan pembela lelaki melayu sebab saya sendiri tastenye lebih pada lelaki bermuka cina. (haish, tp x pernah dpt).hahaha..
Cuma saya sedar, ayah saya masih seorang melayu.
Abang-abang saya juga melayu.

Yang saya nampak pada lelaki melayu.
Biarlah seluas mana fikiran.
Jati diri pasti ada sedikit nilai timur.

Mana lelaki melayu ni?
Mari belanja saya minum.
Hiks..

7 comments:

MZ said...

pak cik pun pakai rantai leher, gelang, cincin, bersubang bersuar londeh nampak boxer baju itam comot ... mash kah pak cik leleki melayu? *tak leh nak banjer dak juera la sebab tak sure pak cik nih lelaki melayu ke tak? :D hik hik hik*

zura lias said...

hehh, tapi pakcik keturunan melayukan??haa..jgn tipuuuu..nk ngelat dari nk blanje le tu..huhuhuh..x kire..penat tau backing lelaki melayu..

Noushy Syah said...

huhuhu...

Gayanya munkin kebaratan2, namun hatinya hanya ALlah yang taukan?

AMboii ni mesti nak minta banje free yea? ngeh...

MZ said...

ada kah pak cik lelaki melayu? mungkin kah pak cik lelaki jawa? atau lelaki ciner? *pernah nyonya kondakter bas speaking ciner ngan pak cik. pak cik pun di gelar 'apek' oleh sedara terdekat.*
musykil .. musykil.
atau bleh pak cik ubah skit kepada lelaki menegak? *asik layu jek*

zura lias said...

noush,
yup noush..so..bersihkan atie..ahakzz...mesti le nk suh banje sbb dh backin lelaki melayu..:))

pokcik,
jawa bukan melayu ke?uikss..banjar pun melayukan..minang pun melayukan...hihihih...waah, pakcik chinese look...*muke dh merah2 n mulut dh mule nk senyum*..hikss..

aria ayumi said...

huwiiii akk minat laki moka cina eh??? nak diya tlg carik tak.... kikiki... tapi, bese yg diya jumpa moka lelaki melayu cam cina dh ade org punya... :D

zura lias said...

diya..nak..nak..*dgn sepantas yg boley mengangguk*..tp bile dgr dh ade org punye.."hancur hatiku..berkeping-keping"