Sunday, November 01, 2009

PMS = Sensitif Tak Bertempat

"awk pegi mana?"
"ade le..jalan-jalan kat ipoh"
"awak pergi mana?"
"Ada le..jalan-jalan kat ipoh"
Di susuli suara-suara tahan gelak.

"Okies le..bye"

"Kenapa tak angkat telepon?"
"Saya tak dengar"
"Saya nak kuar ni."
"Ok, bye"

"Kenapa awak ni?"
"takde pe"
"Apa yang awak tak puas hati ni, dari semalam lagi"
"Ntah"
"Cakap laa"
"Awak tu, sesekali, awak le plan plak kita nak jumpa kat mana, asyik saya je"
"Erk, kan awak manyak hal. Saya takde problem. Kan selalu pun awak yang plan"
"Taknak, asyik saya je. Saya je yang terhegeh-hegeh. Saya je yang beriya nak jumpa"
"Erk, apa kena awak ni. Tak pernah lak saya pikir camtu."
"Yer le, dah selalu sangat. Saya nak rasa awak plak plan"

Orang sana kira-kira masa.

"Saya tau dah kenapa."
"Kenapa apa?"
"Awak PMS kan?Musim saya nak kena marah. Tetiap bulan mesti ada sehari nak jadi camni"
"Eh, ye ke. Mana de..manade.."
"Abih, Awak marah pe?"
"Erm..marah?Haa..sapa suh awak taknak cakap awak pergi mana semalam?"
"Eh, selalu awak okies je saya memain camtu. Saya potong rambut. Nak surprisekan awak."
"Ohhhhhh.."
*suara dah kendur tahan malu*
"Awak ni memang. Bila dah dekat datang bulan mengambang, mula le start nak marah tanpa sebab..bla..bla..bla"
"Awak, saya nak gie makan ni. Sume orang dah tunggu. Nanti awak sambung membebel time kita jumpa ek"
"Tengok, tengok. Dah malu tu, mula le nak lari."
"eheheh..okies babaiii..."

Episod kedai mamak.

"Tu le sebab saya tak suka plan. Bila saya plan, awak yang lambat"
"Ala, bukannya lambat mana pun"
"Tak lambat mana??Saya dah siap dari pukul 3 tau. Pukul 6.30 baru awak datang"
"Nak wat camne, saya takleh nak redah banjir"
"Alasann..."

Dulu saya rasa saya takde sindrom ni.
Sekarang pun takde.
Tapi orang yang rapat dengan saya sudah menyedari saya ada sindrom ini.
Berdasarkan tahap sensitif dan pemikiran yang tak stabil.
Agaknya,
Makin tua,
Kita makin sensitif.
Nak-nak bila bulan hampir mengambang.

6 comments:

Diya said...

Hehe. Memang bila PMS, kita tak sedar yg kita sensitif dari kebiasaan. Orang lain yg akan sedarkan kita nnt =D

haWa said...

wahahah apasal diorg suke kira?
redza pun taw itu waktu aku sensitif tak bertempat, tapi memang betul pun :)

yOnnA said...

haha comel gile lah akak :p ngeee
selalunya mmg kita tak sedar kan kak?

yonna pun sama lah. sampai kawan ckp gila lah,nak sawan lah haha. rasa nak mengamuk. nak menangis. mcm ape je :p

Puan AA said...

mintak maap la yer en..
sy x tergolong dlm grup nih mcm en..
sy kan cool..lalalalala..

zura lias said...

diya,
haaah..maybe gak faktor persekitaran...tekanan kerja..hahahaha..*nie refer kt akak*

hawa,
tue ar..aku rase sbb kite tensen dgn keje ar..so..bile sampai time cenggitu..jd meningkat hormon sensitif..

yonna,
ahhahaha..tu ar pasal..tp akak..bile dh tua-tua cengginie baru hormon nie meningkat..sebelum nie okies je..ahaha..*ntah2 x sedar*..hhihihih//

azree,
ehehhee..maybe en xde tekanan..so...hormon stabil sokmo..

ell.eza said...

kekekeke..zura..mmg kadang kita tak sedar kita dah berperangai over time PMS..macam akak, stress satu hari kena sakat ngan someone tu..dah menangis banjir2 bagai..dia tanya..period eyh? hahahah..sabar je la