Bila baca blog sahabat tentang kehilangan anak di dalam kandungan,
Hati ini tersentuh.
Walaupun belum pernah merasa apa itu zuriat sendiri,
Tapi kepedihan itu boleh dikongsi bersama,
Kerana wordnya adalah kehilangan.
Baru saya sedar saya sudah kehilangan,
Dua blog yang dulunya adalah bahan bacaan rutin setiap hari.
Tidak kenal tuan blog.
Tidak pernah meninggalkan jejak.
Tapi sayalah silent reader yang terunggul.
Cerita mereka berbeza.
Blog yang pertama tempat berkongsi perasaan sedih.
Blog yang ke dua adalah motivasi buat saya.
Blog yang pertama memang sudah lama saya abaikan.
Saya tidak mahu hidup dalam kesedihan.
Terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan,
Dari bersedih meratapi masa silam.
Blog yang ke dua adalah inspirasi.
Bila saya sedih,
Saya ingat cerita tuan blog,
Saya cepat-cepat sedar,
Ada orang lebih bersedih dari kita.
Bila saya susah,
Baca blog ke dua,
Ada orang sudah rasa kesusahan yang kita sendiri tak tertanggung.
Dek kerana word kehilangan,
Saya jejak kembali blog pertama.
Masih utuh walaupun semakin jarang mengupdate entry.
Dia adalah otai blogger,
Berblog dari tahun 2000.
Saya jejak blog ke -2.
Sudah tiada rumah.
Yang ada hanya tapak.
Ini memang kehilangan.
Saya sudah kehilangan jejak,
Kerana kealpaan saya melakukan rutin harian.
Tapi entrynya sentiasa dalam ingatan.
Bila kita kehilangan kekasih,
Ada orang sudah kehilangan keluarga.
Bila kita kehilangan kucing,
Ada orang sudah kehilangan anak sendiri.
Dan tragiknya kehidupan,
Koma kerana kemalangan,
Sedar-sedar,
Sudah kehilangan orang tersayang.
Yang tak mungkin kembali buat selamanya.
Dan tuan blog itu,
Boleh bangkit walaupun kepayahan.
Ini yang amat saya banggakan.
Saya berdoa,
Saya tidak dilanda musibah yang saya sendiri tak tertanggung.
Dan bila Tuhan turunkan juga ujian,
Biarlah saya menjadi orang tabah yang sentiasa redha dengan qada' dan qadar.
Sepertimana tuan blog ke -2.
Tapi,
Kehilangan itu memang menyakitkan.
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
3 comments:
=(
Walaupun rasanya tak penah terbaca blog yg akak maksudkan tu, tapi diya pun bleh rasa sedih mcm yg akak rasa. Kesian nya dia ... Msti org nya sgt tabah kan. Kadang2, ada sesetengah blog ni walaupun kita tak kenal dia, dan dia tak kenal kita, tapi cerita dia terasa sangat dekat dengan diri kita.
kehilangan mmg sentiasa menyakitkan zura..walaupun hilang seekor kucing apatah lagi seorang anak atau org yg kita sayang...nak tak nak..kita semua akan melaluinya jugak..
betulckp diya.tak pernah kenal tuan blog tp kadang2 entry2 dia tu lah yang menyedarkan kita ttg kehidupan T__T
mmg sakit kehilangan tu.dalam bentuk apa sekali pon..
Post a Comment