Sunday, February 17, 2008

Khas Untuk Mereka Yang Membaca Di Sini.

Terima kasih pada mereka yang memberi ucapan untuk ulang tahun kelahiran blog saya.
Terima kasih kerana membuka mata saya, persahabatan di dunia maya tidaklah sekejam mana.
Terima kasih kerana membuang persepsi buruk saya tentang perhubungan di alam maya.
Terima kasih,terima kasih, terima kasih yang tak terhingga.

Maaf kerana tidak berkesempatan mau menyertai perhimpunan ahli Msjbox di PD.
Ada sedikit masalah yang tidak dapat diceritakan di sini.
Jika ada kelapangan, jika ada jemputan,
Saya akan cuba menghadirinya biarpun sekejap. (InsyaAllah)

Untuk mereka yang memberi Award,
Terima kasih, terima kasih.
Saya tidak letak di entry blog,
Tapi letak di ruang hati, supaya ia terus berpanjangan sampai akhir hayat.
Blog boleh hilang jika server sudah ditutup.
Tapi hati tak boleh hilang selagi saya masih bernyawa.

Untuk

:: *_* ::
, terima kasih untuk entry khas. *wink..wink*

Oh, tiba-tiba rasa terharu,
Seperti ucapan dari pemenang Anugerah Bintang Popular lakunya.

Walaupun saya bukan bintang.
Walaupun saya bukan popular.
Dan walaupun saya tidak pernah menerima hadiah dari Habib Jewels,
Mahupun Naza Ria,

Saya tetap rasa terharu dan berbangga kerana mengenali kawan-kawan di dunia maya.
Sehingga wujudnya entry khas ini.
Khas untuk semua kawan-kawan blog.
Yang kenal atau tidak mengenali.
Yang baca dengan senyap atau terang-terangan.
Siapapun anda,
Kita tetap kawan.

Terima Kasih, Terima Kasih.

14 comments:

Anonymous said...

Tertinggal satu ayat...


"Lihat lah dunia..."

zura lias said...

hahahaa..teringt azean irdawaty le tu..:p

AK said...

sapa kata kwn internet tak kejam???
(sambil buat muke kejam!)

ngeh ngeh ngeh!

hope this 'maya' relationship will last...

Hajar said...

hehe, saya pun nk ucapkan time kasih sbb awak sudi jd kawan saya :)

zura lias said...

kamal,
alamak, kejam ke kamal?akak kene wat2 takut le nie kan?erkk...takutnye...hehhee..

hajar,
sama-sama...:D

Unknown said...

tima kacih jugek.... *hug sket* terharu plak...

nat ditaja oleh suami sendirik...

ekekekek...

Unknown said...

eh lupa lak.. citer korea yg nat tgk tu dah kuar tv lor... MY GIRL tajuk dia.. kat channel 8tv...

MZ said...

timer kaseh tu timer kaseh la juga. ciskek tu jgn la pura2 lupa :p

aria ayumi said...

diya pun terharu n bangga dpt kenal akk... thanks sbb tak penah penat drop kat blog diya,kak... betul diya terharu... *sob sob sob* :)

Acaii Jawe said...

terima kasih juga kepada zura yg sudi menjadi kawan acai ye..:) even tak pernah bersua muka tapi tetap menjadi seorang kawan yg mesra..:) seronok kawan ngan zura tau..:)

Anonymous said...

terima kasih juga krn anggap aku kawan ko...hehehe

Noushy Syah said...

Strangers are out there waiting to be your friend...

Thanks for being one of my great buddy!*hugs*

p/s BTW, my shoutbox terpaksa dilenyapkan for some good reasons,should anything, Zura just drop by @ comment yea...

zura lias said...

kak nat,
*hug* kak nat jugak..untung le kak nat ditaja oleh suami..saya, kedai runcit pun xmo taja..:(..ahaa..my gurl menarik..tu le mula detik saya start minat lee joon ki..yg mane ade part die..sy repeat 5x..hahahhaa

pokcik,
dr kata, untuk mereka yang berumur 30 ke tahun atas, tidak digalakkan makan makanan yang ada kalori lebih...*chiskek manyak kalori tau*..sy ikut pesan dr je...

diya,
akak pun terharu gak nie dik..rase mcm ade adik sendiri...*pss..akak xde adik kandung tau*..:D

acai,
yer,sy pun seronot kawan dgn en acai..kadang2 sies..kadang2 lawak..dgn gambar kt profile yg bertukar..bagus en acai..hikss...

chot,
sama-sama..:D

noush,
*hug jugak*..erkk..tp dpt hug pinggang je..noush tinggi sgt..hahahhaa...frens forever..

p/s:ohoo..okies...drop by comment itu mesti..:D

fysal said...

bagi fysal, fysal lebih senang bersikap neutral bercampur gaul dengan semua kenalan di alam maya ini, tanpa bersikap prejudis dan diskriminasi, biarpun adakalanya diantara mereka yang pernah menyakiti hati ini, fysal tetap akan layan dan jengah ke blog mereka walaupun dengan sepatah ayat, Hai..thanks kak zura kerana kita masih lagi bersahabat, penghargaan ini amat bermakna buat diri ini..semoga kita akan dapat meneruskan persahabatan ini buat selama-lamanya