Friday, November 09, 2007

Deepavali

Saya mengatur janji bersama rakan-rakan.
Mau ketemu sewaktu semua yang beragama Hindu menyambut Deepavali.
Pertemuan yang sepatutnya berlansung di Air Panas di Simpang Pulai.
Tetapi atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan,
Lalu bertukar di Restoran Salam di Bandar Hijau.

Kami mulakan pergerakan dengan menempah air dan juga makanan.
(kata ganti diri kami digunakan kerana watak yang ramai).
Ada saya, ayu, acu, ude, jiah dan bulan yang ikut serta walaupun cuma menjadi anggota tugas-tugas khas.
Air sudah sampai.
Makanan sudah tersedia.
Kami mula bicara dengan cerita sensasi terlebih dahulu.
Yang mana harus dikongsi bersama.
Yang mana harus digelak bersama.
Yang mana harus dicebik bersama.
Yang penting kita sama-sama gembira.

Kerana gelak ketawa kami dicemburui,
Kipas yang berhampiran di tutup oleh pekerja di Restoran Salam.
Itu penanda kami harus beredar.
Ayu minta ada sesi untuk bergambar.
Dengan bangga mengeluarkan kamera.
Bulan selaku anggota tugas khas mau berdiri memberi khidmat sosial menangkap gambar kami yang comel sebagai tanda kami ada bergossip di sini.
Semua bersedia untuk memberi pose yang paling bagus.
Tiba-tiba,

"sorie le, kamera bateri kong ar"..

ampesh..

Kami beredar mau membayar tanpa ada tanda wujudnya "diskusi" disitu.
Bulan jadi orang pertama membayar.
Dia memang tiada niat mau membelanja kesemuanya.
Tapi kesudian beliau menjadi orang pertama membayar menimbulkan salah faham kepada ayu.
Ditambah dengan gurauan acu, Bulan membelanja semua orang hari ini.
Menyebabkan ayu dengan muka "innoncent" keluar dari restoran tanpa menghulurkan duit kepada mamak bertugas.
Mamak yang memang sudah sedia anti dengan kami yang melepak terlalu lama di kedainya bergegas memanggil Ayu untuk membayar harga minuman.
Tapi Ayu memang Ayu.
Muka slumber bangat.
Saya sudah tidak tertahan menahan gelak.

Sorie Ayu, Bulan jugak mintak maap.
Dia kata, ada rezeki lebih, dia buat "open table".
Eheheh..

Tapi pengajaran yang kami dapat hari itu,
JANGAN MAKAN DI RESTORAN SALAM DI GREENTOWN.
Sangat kerek sehhh..

9 comments:

MZ said...

ha ha ha ha :)) *gelak guling2 nih*
minta maap pada ayu, walopun nama nya ayu dan org nya mungkin ayu, pak cik ngan ikhlas terpaksa gelak ha ha ha ha :)) pak cik gelak lagi sekalik

Noushy Syah said...

wooo, I was thinking eh eh wazzup, tak bole access..amboi2, nak kena report keBulan nih.....

Warna macam chocolate, yum yum,seiras warna rumah kak Long, hehehhe...

Eh eh happy Diwali too, to those that celebrating it termasuklah empunya blog nih ngehhh....Capati ada lagi tak?

It was a bon-fire nite yesterday in UK with thousands of fireworks in the air!! Beautiful..nooo, me just one of the spectators..

Wat about that restaurant?Poor service or disgusting food? Sound familiar=Greentown..emmm

Hajar said...

heheh, kalo lepak kat 'macha' mmg cmtu kot? xleh overlimit. nnt org len xleh dok kedai dia. lagi plak kalau kedai dia mmg limited space :p

zura lias said...

pokcik,
orangnya memang ayu..jgn gelak pokcik..sy pun rase nk gelak gak..hikss..sowie ayu..

noush,
erkk..x celebrate capati..waaa..xmo wish..erm,poor service le..kalo leh halau customer slumber je..dh 2x kene..xleh maap dah..xmo dtg situ dah..hehhe..nnti noush dh kawen dgn syah..kite gie lepak kt dbi yg dekat dgn greentown ek..;))

hajar,
erk..tapi kedai die xde org len masuk pun...manyak lagi ruang kosong..n kitorg x duduk kosong kt situ..siap 2x order air..

dijah said...

ahaks..tak tertahan nak gelak...bila teringat muka ayu yang slambe, mesti tergelak. AYU ROCK! ngehehe

zura lias said...

acu,
hahaha..sampai kt opis angah asik nk gelak je even arie nie sgt stress...hiksss..ketawa penawar duka..

MZ said...

:)) ha ha ha ha. minta maap .. pak cik masih tergelak lagik. :)) ha ha ha ha. tergelak lagik skalik *minta maap lagik skalik pada ayu*

ak_0143 said...

sian itu restoran.. dapat publisiti buruk di sini..,. hehehe

zura lias said...

pokcik,
erkk..iskk..sian ayu pokcik..

kamal,
hahaha..tp mmg teruk service die kamal...