Friday, November 30, 2007

Harapan

Ada permintaan,
Mintak saya mengulang kembali entry yang pernah saya letak di sini.
Boleh saja klik di link yang sudah lepas-lepas.
Tapi risau orang yang ditujukan malas mau mencari.
Jadi, saya ikutkan permintaan itu memandangkan saya juga kekeringan idea.

Tapi saya cuma letak permulaan entry sahaja.
Mau yang penuh, sila klik di Sini.

Kisah Pemancing dan Ikannya.

Shh.. saya nak tanya satu soalan.
Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau
tak pernah memancing, pernahkah kamu
melihat orang memancing? Kalau tak
pun, bolehkah kamu membayangkan
seseorang sedang memancing? Baiklah,
katakan kamu menemani seseorang yang
asyik memancing. Tiba-tiba mata
kailnya disentap oleh seekor ikan dan
dia segera memutar tali pancing.

Akhirnya ikan itu dapat dinaikkan ke
atas. Terkedik-kedik ia di hujung mata
kail. Kamu lihat pemancing itu
tersenyum lebar. Gembira benar
hatinya. Kamu juga tersenyum bangga
kerana itu bermakna satu kemenangan.

Kamu turut ghairah melihat pemancing
itu cuba membebaskan ikan daripada
mata kailnya.

Tiba -tiba setelah dia melepaskan mata
kail daripada mulut ikan, dia
mencampak ikan itu kembali ke air. Eh,
apa hal? Kamu memandang pemancing itu
dengan seribu tanda tanya, tetapi dia
bersahaja seolah-olah tindakan dia tak
menimbulkan soalan. Dapatkah kamu rasa
apakah dideritai oleh ikan itu?
Bolehkah ia menyambung hidup dengan
mulutnya yang luka atau mungkin isi
perutnya yang sudah robek? Sudah tentu
ia akan mengalami kesakitan sebelum
mati. Dengan mulut terkoyak, sudah
tentu dia tidak dapat mencari makanan,
untuk berenang pun tidak mampu.

Dan cerita selanjutnya di Sini.

Untuk kawan saya,

Kita beri 1 harapan.
1 harapan yang kita beri, di terima dengan 10 harapan.
1 harapan yang kita leburkan, 10 harapan akan jadi berkecai.

Kita beri 1 harapan dengan perasaan simpati,
Bukan kasih.
Setelah kita terjaga dari lena,
Kita leburkan perasaan itu dengan alasan, kita tidak mampu.
Hatiku bukan milikmu.
Alasan yang paling mudah.

Kita lupa untuk simpati yang kita tabur mulanya,
Kita lupa hatiku memang bukan milikmu.
Kita mau mencuba tanpa pikir kesannya lebih mendalam.

Jika simpati bukan kasih,
Undur diri secara awal.
Jika simpati datangnya kasih,
Kita dan dia orang yang berkasih.
Jika simpati tapi belum tentu berkasih,
Undur diri dan katakan,
Jika kita memang berjodoh, akan termaktub kita dan dia akan bertemu.
Mungkin besok,
Mungkin lusa,
Mungkin ada suatu waktu yang memang ditakdirkan,
Kita dan dia adalah suatu jodoh.

Jangan dilukakan hati yang mengharap,
Jika hati sendiri belum tentu mau melabuhkan harapan.

PEACE..^_^

Wednesday, November 28, 2007

??

Kaki sakit-sakit.
Badan lebam-lebam.
Berjalan terhencot-hencot.
Muka nampak penat.

Oleh itu entry setakat ini sahaja.
Otak saya turut penat bila situasi ini berlaku.
Tunggu habis perlawanan saya besok.
Fuhh, cepat lah masa berlalu.

Monday, November 26, 2007

Kelantan dan Ipoh

Minggu yang baru berlalu,
Saya pergi Kelantan.
Kenduri Kawen Suen.
Sambil-sambil meronda di Kelantan,
Juga bergumbira di Lost World.

Kenduri kawin hari Sabtu.
Lost World hari Ahad.
Sabtu di Kelantan.
Ahad di Ipoh.

*Maaf diya, akak terlalu mengejar masa sampai tak sempat nk sms diya.
Lain kali, ada rejeki,kita jumpa ye.*hiks..

Saya macam penat mau bercerita.
Biarlah gambar saja yang bercerita. *tiru ayat chot*..:D..

Gambar 1.



Gambar 2.



Gambar 3.



Gambar 4.



Gambar 5.




Gambar 6.

Thursday, November 22, 2007

Kawan dan kisah klasiknya

Kawan saya cerita.
Satu kisah klasik di masa lalu.
Tiba-tiba timbul kembali.
Hubungan antara lelaki dan perempuan.
Sekolah rendah.
Minat dan suka.
Tapi masih berkawan baik sampai sekarang.

Timbul kembali setelah sama-sama berYM kelmarin. *masa dan waktu agak kabur-kabur memandangkan saya seorang yang pelupa*
Si lelaki tunjuk perilaku berlainan.
(Walau di dalam Yahoo Messenger; kita boleh mengesan kelainan seseorang itu jika kita ada hubungan rapat.)*wink..wink*
Itu teori saya. Hiks..
Si perempuan hairan.
Akhirnya si lelaki buat pengakuan.
Dia sudah putus hubungan dengan kekasihnya.
Tapi ayatnya seperti mahu memulakan hubungan kembali dengan si perempuan ini. *kawan saya*
Cuba mengimbas kenangan lalu.
Si perempuan sudah berbunga.
Mujurlah tidak ditunjukkan sangat.

Akhirnya semalam, semua terungkai.
Apabila si perempuan menunjukkan kerisauan.
Risau lelaki kecewa bangat bila hubungan terputus dengan aweknya.
Dengan kiriman SMS yang tidak berbalas.
Di akhiri dengan panggilan telefon kepada si lelaki.

Si lelaki sebenarnya tidak tahu menahu.
Yang bersembang di dalam YM bukan si lelaki, tapi aweknya yang menggunakan ID si lelaki.
*Untuk sesiapa yang berkapel, berhati-hati jika pasangan anda mempunyai akaun anda*
Yang berpura-pura dia sudah putus.
Berpura-pura memberi harapan kepada kawan saya.
Kononnya si lelaki ada harapan mau menjalin hubungan dengan si perempuan

Nasihat saya kepada kawan,
"Lain kali kalau dia menyamar, ayat-ayatnya diragui, mengajak bersembang masa lalu.
Cerita je yang manis-manis.
Alang-alang dia tidak percaya pada si lelaki, biarkan dia terus meragui.
Alang-alang dia memberi harapan tipu pada si perempuan, biarkan harapannya sendiri terhiris."

Saya memang jahat.
Hahahah..*gelak jahat*

Kalau rasa diri tidak kuat untuk mendengar cerita lalu pasangan masing-masing.
Jangan di ungkit cerita masa lalu.
Past is Past.
Kenapa nak sakitkan hati sendiri sedangkan kita sudah berbahagia dengan apa yang kita ada sekarang.
Biarkan yang berlalu pergi berlalu.
Jangan Pandang Belakang. Hiks...

Monday, November 19, 2007

Hari Sabtu

Bila ada masa bersenang
Akan tiba masa sibuk.
Bila ada masa sibuk,
Maka blog tinggal berabuk.

Itulah situasi saya sekarang.
Tapi pelan-pelan akan menjadi masa bersenang-lenang.
Mungkin dikala saya mengambil cuti panjang untuk menghabiskan cuti tahunan yang ada.
Mungkin.

Ini cerita hari Sabtu yang dah lepas,
Dengan gagah saya memandu ke rumah Kak Ret.
Tiada no telefon.
Hanya map yang dilampirkan bersama kad jemputan ke perkahwinan adiknya.
Saya menyalin map itu.
(Nampak tak saya sangat bersungguh-sungguh mau berjumpa dengan
Kak Ret.) *sengeh*
Peminjaman CD sebagai alasan.
Yang sebetulnya saya memang mau berjumpa Kak Ret.
Saya ada suatu perangai.
Mengikut kata hati.
Jika hati saya cakap mau,
Memang saya mau.
Jika cakap tak mau,
Memang sukar menjadikan mau.

Maka kerana itu saya memohon maaf kepada Hans Isaac kerana telah menolak cintanya.
Semasa itu, hati saya sukar berkata mau.
Walaupun saya ada perasaan suka minat Hans Isaac.
Tapi hati saya tak boleh menerima.
Maka Hans Isaac telah dilukakan oleh "seseorang".

Erk, saya telah menyimpang cerita.
Balik ke landasan yang sebenar.
Kerana kepingin mau berjumpa Kak Ret.
Saya tetap mau pergi ke Sentul ditemani Ana selepas menonton Stardust.
(Sila tonton movie ini, sangat seronok)
*untuk mereka yang mempunyai kepala otak seperti saya*. :D

Saya berani kata,
Sentul adalah tempat yang asing untuk saya.
Cuma map di tangan sebagai panduan.
Maka kerana itu saya berpusing-pusing di sekitar stesen LRT sebanyak 2 kali.
Tapi kerana semangat yang jitu,
Saya tetap meneruskan perjalanan dan akhirnya sampai.
Cari-cari no. 30.
Malangnya semua no. sa-sa belaka.
Kebetulan abang yang sulung menelefon jadi tugas melihat rumah diserahkan kepada Ana.
Rupanya tersalah masuk lorong.
Rumah Kak Ret. di tepi jalan sahaja.

Akhirnya,
saya berjumpa juga dengan Kak Ret.
Mak Kak Ret yang ramah buat saya yang pemalu ini hilang kemaluan. *Sila jangan cuba mensensasikan perkataan ini. Saya tiada idea untuk meletak ayat yang lebih sesuai*
Tapi pertemuan pertama memang ada segan silu.
Bak kata orang, bila berjumpa buah hati kali pertama,
Segala yang buruk semua dalam poket.
Jadi nanti, bila kita berjumpa lagi,
Sila keluarkan yang buruk-buruk itu dalam poket ye.
Hiks.

Akhirul Kalam,
Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Saya datang Lagi.
Beserta pemulangan CD.
Dan jugak,

pss..pss..kak ret,
Ana kata kak ret sweet.
Hikss....

Thursday, November 15, 2007

Dewa 19 - Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Tak pernah ku sangka
Jauh dari kamu
Membuat aku menderita
Sejak pertama bertemu denganmu
Di negara mu yang indah

Aku di sini mengenang kamu
Meski aku tak lagi sendiri
Ku mulai fikir tuk tinggalkan
Kekasihku di Jakarta

*Duhai kekasihku
Cintaku tertinggal di Malaysia
Haruskah ku kembali untuk bersamamu
Duhai kekasihku
Haruskah ku tinggalkan semuanya yang ku miliki
Untuk hidup bersamamu

Mungkinkah kamu cinta terakhirku
Mungkinkah kamu cinta matiku
Ku mulai berfikir untuk tinggalkan
Kekasihku di Jakarta

Repeat *

Untuk ku serahkan hidupku
Untuk ku serahkan matiku

Berilah aku satu
Keyakinan untuk..
Kekuatan untuk..
Kesungguhan untuk..
Bisa tinggalkan semua untukmu..

*Sekarang tengah layan lagu ni plak..

Tuesday, November 13, 2007

Bas

Ini cerita lama.
Cerita sebelum Deepavali.
Dah saya kata, di sini macam mesin masa.
Ada masa ke depan.
Ada masa ke belakang.

Ceritanya pasal bas lagi.
Hari Rabu, sebelum Deepavali.
Sewaktu entry eksen dikeluarkan.
Yang mana saya dibenarkan kerja separuh masa.
Maka saya memang melangkah dengan bergaya, memandang dengan perasaan bangga kepada mereka-mereka yang masih bekerja.

Saya sampai di pudu sekitar pukul 4.
Terus pergi ke kaunter Gunung Raya untuk mengambil no. bas.
Masih boleh tersenyum riang.
Tiba-tiba, abang kaunter menyuruh saya membuat pilihan.
Mahu duit dipulangkan atau mahu menunggu bas sampai pukul 7. *sepatutnya pukul 5*
Kerana bas rosak.
Saya memilih menunggu sebab saya memang tiada pilihan.
Muka yang tersenyum sudah hilang.
Dah kata, Tuhan marah orang membangga diri ni.

Saya berhubung dengan ibu saudara yang juga mahu balik hari itu.
Basnya pukul 5.30.
Dia beri galakan supaya saya menebalkan muka bertanya kepada driver-driver bas samada kosong atau tidak.
Tak perlu tunggu sampai pukul 7.

Dalam 4.30, saya dengar jeritan,
Ipoh,Ipoh.
Hati berbolak-balik.
Ah,lepas ni dia tak kenal saya dah.
Saya pergi kepada pelaung.
"Bang, saya nak balik ipoh, ada kosong lagi tak?"
Dia melihat tiket saya.
Terus membawa saya turun ke bawah.
Berjalan mengikut dia tanpa arah tujuan.
Nampak bas yang sudah mahu keluar dari pudu.
Dia suruh saya duduk di depan sekali.
Tak kisah, janji dapat balik awal.
Sakit telinga saya digelakkan oleh abang saya.
Selepas bas bergerak,
Telefon mak.

"Mak, orang dah naik bas. Dapat bas awal."

Yang penting,
puas hati.
Puas hati akhirnya dapat balik awal.

Yang paling penting,
Malu Bertanya Tak Dapat Le Balik Awal.

Friday, November 09, 2007

Deepavali

Saya mengatur janji bersama rakan-rakan.
Mau ketemu sewaktu semua yang beragama Hindu menyambut Deepavali.
Pertemuan yang sepatutnya berlansung di Air Panas di Simpang Pulai.
Tetapi atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan,
Lalu bertukar di Restoran Salam di Bandar Hijau.

Kami mulakan pergerakan dengan menempah air dan juga makanan.
(kata ganti diri kami digunakan kerana watak yang ramai).
Ada saya, ayu, acu, ude, jiah dan bulan yang ikut serta walaupun cuma menjadi anggota tugas-tugas khas.
Air sudah sampai.
Makanan sudah tersedia.
Kami mula bicara dengan cerita sensasi terlebih dahulu.
Yang mana harus dikongsi bersama.
Yang mana harus digelak bersama.
Yang mana harus dicebik bersama.
Yang penting kita sama-sama gembira.

Kerana gelak ketawa kami dicemburui,
Kipas yang berhampiran di tutup oleh pekerja di Restoran Salam.
Itu penanda kami harus beredar.
Ayu minta ada sesi untuk bergambar.
Dengan bangga mengeluarkan kamera.
Bulan selaku anggota tugas khas mau berdiri memberi khidmat sosial menangkap gambar kami yang comel sebagai tanda kami ada bergossip di sini.
Semua bersedia untuk memberi pose yang paling bagus.
Tiba-tiba,

"sorie le, kamera bateri kong ar"..

ampesh..

Kami beredar mau membayar tanpa ada tanda wujudnya "diskusi" disitu.
Bulan jadi orang pertama membayar.
Dia memang tiada niat mau membelanja kesemuanya.
Tapi kesudian beliau menjadi orang pertama membayar menimbulkan salah faham kepada ayu.
Ditambah dengan gurauan acu, Bulan membelanja semua orang hari ini.
Menyebabkan ayu dengan muka "innoncent" keluar dari restoran tanpa menghulurkan duit kepada mamak bertugas.
Mamak yang memang sudah sedia anti dengan kami yang melepak terlalu lama di kedainya bergegas memanggil Ayu untuk membayar harga minuman.
Tapi Ayu memang Ayu.
Muka slumber bangat.
Saya sudah tidak tertahan menahan gelak.

Sorie Ayu, Bulan jugak mintak maap.
Dia kata, ada rezeki lebih, dia buat "open table".
Eheheh..

Tapi pengajaran yang kami dapat hari itu,
JANGAN MAKAN DI RESTORAN SALAM DI GREENTOWN.
Sangat kerek sehhh..

Wednesday, November 07, 2007

Selamat Bercuti

Esok Deepavali.
Cuti umum untuk rakyat Malaysia.
Yang tak sambut pun boleh bercuti.
Yang sambut apatah lagi.

Saya tidak menyambut.
Jangan gatal-gatal mau memberi ucapan selamat pada saya.
Tapi nak datang beraya boleh lagi.
Pintu rumah masih terbuka kerana kita masih menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Selepas raya, saya tutup rumah.
Hahaha..*Saya bergurau*.
Saya kena letakkan penyata yang saya bergurau.
Takut-takut nanti ada yang nak datang rumah.
Walaupun bukan musim raya,
Berdiri depan pagar rumah kerana risau tuan rumah takmau membuka pintu.
Saya masih melayan.
Belum menutup pintu.
Untuk tidur malam sahaja saya menutup pintu.

Saya juga bercuti esok.
Jumaat, company saya "baik hati".
Diberi cuti juga untuk Jumaat.
Jadi, hari ini saya akan menjadi pengunjung pudu sekali lagi.
Cuci mata sekali lagi.
Naik bas sekali lagi.
Tapi taknak putus kasut sekali lagi.
Serik wooo...
*Kita merancang, Tuhan menentukan*.

Saya sekarang menunggu dengan sabar.
Jarum jam menginjak ke pukul 1.
Selepas itu cha alif ba wau ta.
Oh ya, company saya juga memberi cuti setengah hari, hari ini.
Yeay.
*Company saya, chairmannya seorang melayu yang beragama Islam.*

Selepas pukul 1,
Saya berangkat pulang.
Yang masih bekerja, sila kerja dengan tekun.
Yang sudah cuti, jom cuti-cuti.
Hahahaha..

Tuesday, November 06, 2007

Salam

Kita menyapa orang mengikut tahap mana rapatnya kita dan dia.
Saya menyapa orang dengan berbeza sapaan.
Dengan intro yang berlainan.

Orang yang saya rapat : "weiss", "oitt..", nama dia.

Orang yang biasa-biasa : "hai..", "salam.." , "hello"

Orang yang baru dikenali : "salam.." , "hai.."

Semua itu ada nada yang berlainan.

Yang rapat, dengan nada yang kasar.
Yang biasa-biasa, dengan nada yang biasa.
Yang baru dikenali, dengan nada yang lembut.

Jadi untuk hari ini, saya mulakan dengan ini,

WEISS dan HAI kepada sesiapa yang membaca blog ini untuk hari ini.

Semoga anda sehat hendaknya.

Adios.

Sunday, November 04, 2007

Khas untuk Dia

Saya dedikasikan entry ini khas untuk kawan saya.
Siapa?
Tak perlulah diberitahu, cukup dia saja yang tahu.
Sesudah saya mendapat SMSnya yang berbunga bahagia pada pukul 1.16 pagi.
Ini jawapan saya untuk balasan SMS.
Saya sudah membalas, tapi sengaja mahu meletakkan di sini supaya bunga-bunga itu terus mengembang dan saya dapat bercerita dengan lebih lanjut.

Ini hanya pendapat saya.

Bila kita suka seseorang, itu normal.
Bila kita sayang seseorang, itu normal.
Bila kita cinta seseorang, itu normal.
Bila kita kasih seseorang, itu normal.

Bila kita paksa orang menyukai kita, itu tipu.
Bila kita paksa orang menyayangi kita, itu dusta.
Bila kita paksa orang menyayangi kita, itu palsu.
Bila kita paksa orang mengasihi kita, itu sia-sia.

Yang penting,
Bila kita ada semua rasa itu, kita adalah orang yang normal.
Bila kita cuba memaksa untuk mendapat balasan, kita adalah orang yang diluar normal.

Berbahagialah dengan semua rasa yang kita ada walaupun ia sehala.
Tapi perlu ada pagar-pagar supaya kita tidak tersasar.
Walaupun kita sudah di era y2k,
Tapi kita tetap gadis timur.

Biarlah dia yang mula dengan menanam pokok.
Kita cuma menyediakan tanah.
Jika tanah kita tidak subur,
Maka ia layu.
Jika subur,
Selamat Berbahagia.

Kalau dia memang untuk kita,
Dia akan ada rasa yang sama.
Kalau tidak, Mungkin Tuhan sudah sediakan yang lebih baik dari dia.
Cuma kita perlu berdoa dan menunggu bila sampai masanya.

Saya bahagia bila kawan-kawan meniti alam bahagia.
*senyum*

Ini balasan saya menerusi SMS pula,
Sengaja juga sisipkan disini, *wink..wink*

"x salah kalo ade rase tu, yg slh kite memaksa..kalo kate die x rase, die x slh n kite x slh..tp kite lebey bahagia sbb ade rase tu..so,biar le rase tu mengembang tp dgn ada pagar2, kalo kate kite rase sehala, sekurang-kurangnya kite x tersasar bile dh b'pagar..yg pentin rasa tu xleh kite deny mcm xde..just doa,kalo die mmg utk kite, die akan dtg pd kite dgn sndiri dgn rase yg same..kalo x, Tuhan dh sedia'n yg lebey baik dr tu.."

Selamat Berbahagia kawan..^_^

Saturday, November 03, 2007

Minyak

Sempat membaca utusan online semalam.
Oh, kejatuhan matawang US.
Harga minyak mentah akan meninggi di pasaran.

Terbayang-bayang senyuman tokei-tokei minyak.
Terbayang-bayang kesedihan pengguna minyak.

Mungkinkah harga minyak akan naik lagi tahun hadapan.
Pastinya tahun ini tidak naik.
Tapi tahun depan siapa tau?

Kalau minyak naik harga,
Ayat-ayat yang sama,
Yang sudah sinonim akan bergema di dada-dada akhbar.
Tentunya bukan sebelum pilihan raya.

Minyak naik,
Semua pasti naik.
Minyak turun?
*Mimpi indah mungkin*
Walaupun lif ada turun naik.
Harga minyak belum pernah lagi menurun.
Kalau menurun, Hari Ini Dalam Sejarah.

Saya sinis hari ini.
Mungkin kerana mendung di hari Sabtu.
Saya jugak turut mendung di sini.

Semoga bapak-bapak menteri tidak terpengaruh untuk menaikkan harga minyak.
Malaysia Boleh.
Sometimes u might feel that u will be happier alone
But it's always nice to have someone to laze around with

Someone to think about,
Someone to care about,
And someone to share ur joy,

So take a chance,
U'll never know what u will get
Untill u have really tried,

so if there's somebody you miss...
tell them that you do...
cause there's something only love can do...

Thursday, November 01, 2007

Sekolahku

Curi dari blog Nadzeem. Eh, curi macam jahat. Copy ar, copy dari blog Nadzeem. Tak bagi pun akak tak kira, akak nak jugak..hahahaha..


1. Apakah nama kamu?
- Seperti tertera di bahagia profile blog, dalam kad pengenalan, surat beranak dan lesen memandu.

2 . Manakah anda belajar semasa tingkatan 5?
- Sekolah Menengah Convent Raja (P) Taayah.

3. Tahun apakah anda belajar di tingkatan 5?
- 2006 - 7

4. Siapakah guru bahasa melayu kamu?
- Cikgu Nazri.(Cikgu suka geleng kepala tengok banyak yang tidur dari yang menegak)

5. Siapakah guru bahasa inggeris kamu?
- Cikgu Raja Azah. (cikgu sempoi, suka pakai sport shoes dgn jubah kat sekolah.:D)

6. Siapakah guru pendidikan moral kamu?
- Erk, saya beragama Islam.

7. Siapakah guru matematik kamu?
- Cikgu Norain?Cikgu Rohani?Cikgu Chong?. Oh, tidak. saya hilang ingatan sekejap.

8. Siapakah guru matematik tambahan kamu?
- Cikgu Norain yang penyabar dan menjamu lontong sewaktu kunjungan ke rumahnya. (Buat-buat rajin mentelaah bersamanya nak cover tidur dalam kelas)

9. Siapakah guru fizik kamu?
- Cikgu Chee yang sangat tegas. Menyuruh kumpulan yang tidak berjaya menyelesaikan eksperimen membuat sehingga berjaya. Jika tidak, Jangan Keluar Lab. Kumpulan manakah itu?Eheheh..

10. Siapakah guru kimia kamu?
- Cikgu Chong. Cikgu Yang Bijaksana. ^_^

11. Siapakah guru biologi kamu?
- Cikgu Umi yang memberi markah kasihan kepada saya supaya lulus bio. Terima kasih
cikgu.

12. Siapakah guru sejarah kamu?
- Cikgu Ramlah. Sempoi, Kelakar dan bersemangat.

13. Siapakah guru EST kamu?
- Apakah EST itu?hiks...

14. Siapakah guru geografi kamu?
- Geografi?Apa tu?ahahaha..

15. Siapakah guru sains kamu?
- Form 5 dah takde subjek sains. Dah dipecah-pecahkan.

16. Siapakah guru prinsip akaun kamu?
- Sedih. Tak sempat nak belajar prinsip akaun.:(..

17. Anda pernah dimarah semasa perhimpunan?
- Apa best kena marah. Berdiri depan perhimpunan lagi bagus.

18. Pernah menyanyi lagu sekolah?
- Sekolah takde lagu sekolah. Tiap kali perhimpunan, nyanyi asma'ul husna. ^_^

19. Luaskah sekolah anda?
- Dari pagar utama, boleh berlari dalam masa 20 minit untuk ke hujung sekolah. (Aksi ini berjaya sewaktu sesi makan sahaja).

20. Pukul berapakah anda selalu tiba di sekolah?
- 7.30 hari biasa.
- 8.15 hari Isnin. (Tapi kalau perhimpunan terlama sikit, maka masa yang diambil untuk datang ke sekolah juga bertambah)

21. Hari manakah yang anda paling suka?
- Hari Jumaat. Lebihan-lebihan masa yang ada dihabiskan dibilik membancuh milo atau tea o.

22. Tandas sekolah anda bersih kah?
- Bersih gila. Setiap hari ahad, pasti ada yang jadi tukang basuh toilet. Denda datang lambat.

23. Pernah dipukul oleh pengetua sekolah?
- Tak pernah. Ketua Warden dan HEP pernah. Wakil pengetua.

24. Anda suka subjek PJK kah?
- PJK?Apa tu?Sukaneka tau le. Hahaha..

25. Apakah kelas anda semasa tingkatan 5?
- Penta Science

26. Bersihkah sekolah anda?
- 10/10. Hari-hari kutip sampah. Setiap kelas ada commity masing-masing. (berjaya 10/10 kalau guru bertugas cikgu Wan Z). *angkat kening pada student Taayah.*

27. Tempat manakah yang anda duduk dalam kelas?
- Dari hadapan kelas, baris kiri pertama,lajur ke 2, sebelah tingkap. (Senang nak skodeng abang STAM). *wink..wink*

28. Nombor berapakah kelas anda
- Satu dan tunggal. Takda lagi kelas lain yang namanya kelas sains kecuali 4 sains a k a Tetra Science.

29. Adakah anda rindu kepada kawan anda dalam kelas?
- Tentu sekali. Walaupun ada yang menjengkelkan, tapi itu yang selalu jadi topik utama. Jadi, jika kawan itu tidak wujud, hilanglah seri untuk bergossip bercerita. Acu, Ayang, Alang, Ayu (Yang aktif di dalam blog). Setuju? *ala-ala cikgu Rohani*

30. Apakah perasaan anda sekarang?
- Tidak rindukan sekolah Tapi rindukan kenangan di sekolah. Boleh dikatakan,

Benci Tapi rindu

Aiskrim dan lelaki-lelaki itu.

Saya selalu bercerita tentang aiskrim,
Tapi saya tidak pernah bercerita apa yang saya suka.
Manalah tau, bila pemberitahuan dibuat,
Ada yang sudi membelanja saya aiskrim.
Hiks...

Ini Aiskrim yang saya suka.
Buat masa ini.



Siapa-siapa yang ada duit lebih.
Siapa-siapa yang ada sifat murah hati.
Siapa-siapa yang taktau macam mana nak belanjakan duit.
Bolehlah membelanja saya aiskrim seperti diatas.
Kecil kereta kancil, Soyuz TMA-11 saya tadahkan.
^_^..

Oh, saya lupa.

Semalam bersemangat membeli kasut sukan.
Walaupun badan sudah berat, malas sudah menebal,
Tapi saki-baki semangat bersukan itu masih ada.
Sementara mau menunggu giliran membayar harga kasut.
Saya dan rakan terpandang 3 susuk tubuh.

Kawan saya bilang,
"Eh, tu macam muka muszaphar ar". (taktau nak eja).
Saya balas,
"Haa, aku macam penah tengok le tapi tak ingat kat mana."
Sambil acuh tak acuh memandang.
Kerana orang-orang itu terlalu tinggi.
Dan saya yang rendah comel ini tidak berminat untuk memandang.
Sangat pasti mereka tidak memandang kami pun.

Tiba-tiba rakan saya seperti terkejut,
"Laa, family dia ar ni..tu bapak dia. Aku ingat muka diorang."
Saya pandang balik.
"Haah le, tu bapak dia."

Dan mereka berlalu pergi.
Seorang ayah bersama dua anaknya.
Takziah dan tahniah untuk mereka.