Tuesday, October 09, 2007

Petang Ini..

Petang ini saya ada perjumpaan.
Layakkah dipanggil perjumpaan.
Mungkin pertemuan lebih layak.
Bersama rakan sekelas di UKM.

Lama, lama sungguh tak berjumpa.
Ada yang boleh kata setiap minggu saya jumpa.
Ada yang sebulan sekali.
Ada yang 3 bulan sekali.
Yang setahun pun ada.
Yang tak berjumpa sejak abih belajar juga ada.

Dalam banyak-banyak kenangan yang dicipta, tercipta,mencipta,
Saya paling suka kenangan di PD.
Itu kenangan akhir yang dicipta beramai-ramai,
Mungkin juga itu yang pertama dapat berhimpun beramai-ramai.
Dan itu yang pertama juga terakhir saya mengenali salah seorang rakan sekelas,

Yang telah meninggal dunia pada Jumaat yang lepas.
Al-Fatihah.

Dengan kehilangannya secara tiba-tiba,
Buat saya tersentak.
Pucuk muda pun boleh gugur tanpa diduga.
Walaupun saya tidak pernah rapat dgn arwah,
Perasaan sayu tetap ada.
Sama seperti saya rasa bila mendengar rakan sekelas semasa sekolah menengah juga rakan seblok di hostel,
Meninggal kerana sakit yang beliau sendiri tidak pernah sedar.
Terakhir saya melihat wajahnya, di bilik CCU dalam keadaan dia sudah koma.
Dan esoknya, beliau pulang ke Rahmatullah.
Al-Fatihah untuk Puteri Dalila.

Ambiklah peluang yang ada untuk menatap wajah-wajah kesayangan selagi masa itu ada.
Bila tiada, keluar air mata darah dah tak berguna.

Saya gembira untuk petang ini.
InsyaAllah, kita berjumpa. ^_^..

Mid Valley, kat mana ya parking yang paling sesuai?hikss...

5 comments:

Noushy Syah said...

Yeap begitulah azalinya...ajal bukan kira tua atau muda...muda2 pun kena sedia woo...

Bulan ada samakah iftar kat Mid Valley tuh..tehehhee,cendul nshy jgn lupa yea!

Happy iftar.

Hajar said...

ye betul tu, hargailah orang2 yang kita sayangi tu selagi mereka masih ada.

*mudah2an masih lagi tergolong dlm org2 yg berpijak di bumi yang nyata :)

chot said...

bagus..mengingat aku pada org yg tersayang utk dihargai...

aku mid valley mmg failed bila bab parking..itu pasal aku baru pergi 2 kali je stakat ni..hehe

ak_0143 said...

banyak jugak dengar pasal kematian yang mengejut ni... buatkan kita sentiasa beringat...

kamal baru je balik kl, cnntion kuat la sket untuk sminggu ni, tu yang boleh komen2 ni... slalunya check blog kak ikut gprs je...

mid? hurm, masuk je la mana2... sbb slalu jadi penumpang je, tak slalu jadi driver kalo g mid...

aria ayumi said...

huhu bile bleh nengok moka akk scara real nih... :D

kak, samat ari raya maaf zahir batin yek. maaf klw ade slh silap diya sblm ni... :)