Shh.. saya nak tanya satu soalan.
Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau
tak pernah memancing, pernahkah kamu
melihat orang memancing? Kalau tak
pun, bolehkah kamu membayangkan
seseorang sedang memancing? Baiklah,
katakan kamu menemani seseorang yang
asyik memancing. Tiba-tiba mata
kailnya disentap oleh seekor ikan dan
dia segera memutar tali pancing.
Akhi rnya ikan itu dapat dinaikkan ke
atas. Terkedik-kedik ia di hujung mata
kail. Kamu lihat pemancing itu
tersenyum lebar. Gembira benar
hatinya. Kamu juga tersenyum bangga
kerana itu bermakna satu kemenangan.
Kamu turut ghairah melihat pemancing
itu cuba membebaskan ikan daripada
mata kailnya.
Tiba -tiba setelah dia melepaskan mata
kail daripada mulut ikan, dia
mencampak ikan itu kembali ke air. Eh,
apa hal? Kamu memandang pemancing itu
dengan seribu tanda tanya, tetapi dia
bersahaja seolah-olah tindakan dia tak
menimbulkan soalan. Dapatkah kamu rasa
apakah dideritai oleh ikan itu?
Bolehkah ia menyambung hidup dengan
mulutnya yang luka atau mungkin isi
perutnya yang sudah robek? Sudah tentu
ia akan mengalami kesakitan sebelum
mati. Dengan mulut terkoyak, sudah
tentu dia tidak dapat mencari makanan,
untuk berenang pun tidak mampu.
Begitu lah juga, setelah kamu memberi
banyak pengharapan kepada seseorang,
setelah dia mula menyayangi kamu, maka
hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan
sesekali terus meninggalkan begitu
sahaja, sebab dia akan terluka oleh
kenangan bersama kamu dan mungkin
tidak dapat melupakan segalanya selagi
dia mengingati kamu.
Sebab itu, apabila kamu merelakan hati
kamu untuk bercinta, seriuslah dalam
tindakan dan keputusan kamu itu sebab
jika kamu hanya main-main, akan ada
pihak yang menangis.
Tentu kamu dapat bayangkan betapa
sakit dan deritanya ikan menjalani
hidupnya setelah dilemparkan kembali
ke air. Begitulah, alangkah sakitnya
hidup bersama hati yang terluka kerana
mengingati seseorang.
Cinta adalah fitrah manusia. Tuhan
menjadikan cinta untuk memberi
kebahagia an kepada hamba-hambaNya,
m enjalani hidup mereka, tapi tahukah
kamu, lebih ramai orang menderita
kerana cinta daripada yang berbahagia
kerana cinta? Kenapa jadi begitu?
Jika kamu sedang bercinta, peliharalah
hatinya dan rencahilah cinta kamu
dengan kejujuran, kesucian dan
keikhlasan serta dasarkan cinta kamu
itu kerana ALLAH TAALA. Hanya cinta
begini akan kekal, selainnya pasti
menempuh jalan berliku dan akhirnya
menumpahkan air mata kesedihan.
Maka itu, jika kamu belum bersedia
untuk berlaku jujur, jangan bercinta
dahulu. Jika belum bersedia untuk
setia jangan cuba-cuba untuk memberi
hati kepada orang lain. Perbuatan yang
begini akan hanya menghabiskan masa
dan membazirkan air mata.
Jika kamu memancing, teruskan ambil
ikan itu dan bawa pulang. Kerana itu
lebih baik daripada kamu memasukkannya
kem bali ke dalam air kerana perbuatan
itu memulakan satu penderitaan…
p/s: saya copy dari friendster..bukan ayat saya okies...
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago