Saya menonton movie Tokyo Drift.
Saya berkeinginan mau melakukan aksi drift(apungan).
Pagi tadi saya berjaya merealisasikan impian itu.
Walaupun dengan hanya membawa kancil.
Moga-moga gelaran DQ akan jadi milik saya. *senyum*.
Saya mau kasi tips bagaimana mengawal diri anda sewaktu saat-saat kecemasan:-
1)Kosongkan fikiran anda.
2)Cuba berfikir perkara yang menyeronokkan.
3)Selepas itu baru berpusat pada apa yang harus dilakukan sewaktu anda di dalam kecemasan.
4)Untuk tips 2 dan 3, anda harus melakukan dengan seberapa pantas yang boleh. Untuk sessi ini, membuat keputusan pantas amat digalakkan.
5)Paling penting, jangan panik!!
6)Jika anda suka untuk melihat org menolong anda, anda harus membuat muka seberapa gentar walaupun tiada kecederaan.
7)Tapi jika anda suka orang melihat anda gagah perkasa, buat-buat muka toya lalu sesiapa yang ada hasrat mau berhenti pasti membatalkan hasrat mereka.
8)Paling penting, bukak lagu sekuat-kuat hati seolah-olah anda tidak pernah mengalami kecemasan.
Nota tambahan: Jika anda sedang membawa kereta kancil, janganlah membayangkan anda sedang membawa BMW 7 series kerana kancil itu adalah kancil jugak kecuali anda mempunyai duit yang berlebihan untuk menukar enjin kancil.
Teman dan 5 Ekor Lembu
15 years ago
No comments:
Post a Comment