Tuesday, August 29, 2006

Cuti

Saya cuti.
Jadi blog ikut bercuti.
Walaupun saya kehilangan suara yang merdu, tapi saya tetap suka cuti saya.
Saya menonton wayang bersama adik-beradik.
Bermain dengan kucing saya.
Berjalan-jalan sambil makan corn in cup.
Saya pikir, bila saya berjalan dgn kawan-kawan pula,
tentu suara saya yang merdu akan kembali.
Jadi saya dapat menghiburkan semua orang di dalam kereta untuk mendengar nyanyian-lirik-berterabur dari saya.
Saya kecewa.
Sampai di Johor, saya hilang semua suara.
Saya berckp seperti orang bisu.
Semua orang perlukan telinga lebar untuk mendengar suara gemersik saya.
Saya gelak seperti keldai.
Orang gelak bila saya gelak.
Bukan gelak citer lawak tapi gelak dgr bunyi gelak saya.
Tidur di dalam hotel yang sejuk sambil berebut menarik selimut sangat membahagiakan.
Ye, kenangan di Johor saya xkan lupa.
Terima kasih utk mak ayah gie yang melayan dgn sangat baik.
Saya pikir hidangan biasa rupenye satay n nasi ayam bakar yang selalunye saya makan bila ada sesuatu keramaian je.
Melepak di Singgah Sini Selalu jugak sangat seronok. *sini itu ditambah ye*
Saya mencuci mata dengan senang hati.

Selamat Pengantin Baru Along.
Yeay, raya tahun ni ade rumah nk kene attack.

Nota: Kuza, nanti aku upload gambar.

Friday, August 18, 2006

Pelindung

Saya selalu menemankan anak saudara menonton Mask Rider.
Terutama diwaktu abang dan kakak saya ada urusan di luar rumah.
Saya bukan saja-saja menemankan anak sedara.
Ini didorong supaya dia tidak rasa buhsan dan tiba-tiba teringatkan ibu bapanya.

Ada suatu malam,abang saya ada di rumah.
Anak sedara menonton Mask Rider.
Saya menonton Gol N Gincu.

Anak sedare : Maksyu, Jom..Jom tgk Mask Rider. *sambil menarik tgn saya*
Saya : Maksyu nk tgk citer nie. Orang tendang-tendang bola.
Anak sedare : Jom..jom..tgk dengan akmal.."Menjelma"..*sambil gayakan aksi hero mask rider menjelma menjadi pepatung*
Saya : Taknak le..maksyu takut.
Anak sedare : Maksyu takyah takut. Akmal ada. Nanti Akmal big hug maksyu ek.
Saya : Kalo Akmal takut, sape nk big hug Akmal?

Anak sedare tidak menjwb tapi meneruskan aksi "MENJELMA". * Sila tgk Mask Rider jika ingin tahu*


Di suatu petang, balik dari kerja.

Anak sedare : Maksyu makan ape tu?
Saya : Maksyu mkn mee kari. Nak?

Anak sedare geleng kepala.

Saya tersedak. Mungkin ada orang mengumpat.

Anak sedare : Maksyu sakit ek?
Saya : Haa,aaah. Maksyu sakit. Shakit..shakit. Akmal Big Hug maksyu ek.

Anak sedare bolayan lantas meneruskan menonton cartoon network.
Saya terkilan, aksi lakonan tidak menjadi.
Harus pergi menuntut dgn Sharifah Amani.

Nota: Budak berumur 3 tahun juga ada semangat pelindung. OIC takde semangat mau melindung Lubnan?

Wednesday, August 16, 2006

Emo Terlebih Makan Garam

Saya sekarang sedang emo.
Saya umpama paku tekan.
Saya tidak menekan tapi ditekan.
Oh, saya bukan paku tekan tapi dinding yg dilekatkan dengan paku tekan.

Saya manusia biasa.
Ada masa saya gembira.
Ada masa saya sedih.
Saya masih ada lagi liang-liang untuk rasa sedih.
Apa yang pelik jika saya sedih.
Saya mau mengikut jejak langkah Siti, Biarlah Rahsia menjadi Tiada Rahsia.
Saya juga mengikut cara Siti, hanya tabir-tabir bukan terbuka terus.

Saya lebih senang diberi komen terus di dalam blog.
Jika komen melalui telefon atau YM, jangan salahkan saya jika saya sendiri lupa itu entry bile ek.
Sebab dirumah saya banyak semut yang suka masuk dalam bekas air masak saya.
Kalau saya nampak, saya akan buang air itu.
Jika tidak, faham-faham sahaja kenapa saya lupa.

Yang paling penting, INI BLOG SAYA.
Walaupun kerajaan mengambil langkah tegas untuk untuk memantau blog.
Saya tidak menyebut unsur-unsur penghasutan yang boleh menjejaskan perpaduan negara.
Saya mungkin kadang-kadang akan menjentik sahaja.

Bila saya kata ini Blog saya, saya akan kata pula sukati aku ar nak bubuh apa pun.
Selagi tidak melanggar apa yang di larang dan dibenarkan.
Sekali Lagi,
INI BLOG AKU, SUKATI APE AKU NK TULIH!

Tuesday, August 15, 2006

Saya Sedar..

" Memang sakit melihat orang yang kamu cintai sedang berbahagia dengan orang lain tapi lebih sakit lagi kalau orang yang kamu cintai itu tidak berbahagia bersama kamu. Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.Yang paling menyedihkan dalam hidup adalah menemukan seseorang dan jatuh cinta, hanya untuk mengetahui bahwa dia bukan untuk kamu dan kamu sudah menghabiskan banyak waktu untuk orang yang tidak pernah menghargainya. Kalau dia tidak "worth it" sekarang, dia tidak akanpernah "worth it" setahun lagi ataupun 10 tahunlagi. Jadi, biarkan dia pergi...

Dan sekarang, biarkan dia pergi. Jika sememangnya dia untuk kamu, dia akan datang di sisi kamu. Waktu itu kamu akan sedar, Tuhan Maha BerKuasa. Jika tertulis dia adalah jodohmu, dia tetap jodohmu. Cuma panjang, pendeknya jodoh itu yang masih belum kamu tahu.

Semoga saya sedar dengan semua ini.
Semoga saya mendapat tamparan untuk satu ayat yg sgt bermakna.
Semoga saya sentiasa dapat kawan seperti Alang yang sentiasa mau mengingatkan saya.
Semoga, semoga saya dapat melupakan semua-semuanya yang pahit.
Saya mau merasa kemanisan gula walaupun bekalan gula sekarang sgt sukar diperolehi.
Saya tunggu jawapan dari Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Negeri. *salah kementerian, salahkan tgn sy erk, bukan otak sy yg tgh blur2 nie..*

Maafkan Saya..(^_^)

PAKU DI DINDING

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal
kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni
paku."Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah
kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37
batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan
kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul
paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari,dimana pemuda tersebut tidak marah,
walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan
gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua
paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya
dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan
lubang-lubang ditembok batu tersebut,
tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi sepertisebelumnya.
Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah,
ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal
atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada.
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar,
berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di
dinding
hati anda (",)

Monday, August 14, 2006

Tidak Kewl

Tajuk di atas tiada kaitan dengan entry di bawah.

Kadang-Kadang saya ade sipat bergelodak.
Macam Ikan Duyung di dalam laut.
Mahu timbul di darat tapi terhalang pelbagai faktor.
Saya mahu luahkan seboleh-bolehnya perasaan saya di dalam blog.
Tapi tangan saya terhenti untuk menaip.
Saya mau ada langsir yang menutup perasaan saya.
Langsir jarang ala-ala baju tidur pengantin malam pertama.
Hanya bayang-bayang je.(Opss..18SX)

Saya sekarang menunggu masa.
Bila masa sampai, good bye semua.
Tapi taktau bila masa tue sampai.
Kalo masa tue sampai, saya jugak taktau boleh atau tidak say goodbye.
Atau saya macam kanak-kanak 3 tahun, berlari pergi tapi datang kembali sambil nangih-nangih peluk kaki mak.

P/S:
Sila jangan percaya apa saya taip kerana di luar tidak sama dengan di dalam.
Sila jangan tanye apa maksud entry ini sebab saya sendiri pun x paham.

Saturday, August 12, 2006

Nasihat Hari Ini

KECANTIKAN LELAKI

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa
fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang
cantik,adalah:-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk
ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima
racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi
Muhammad
S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang
lelaki.


KEGAGAHAN WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot
badan,tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah, adalah:-

1)Perempuan yang tahan menerima sebuah
kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan
setelah
ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di
penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah
Khadijah
R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang
perempuan.

Friday, August 11, 2006

Eksiden

Saya menonton movie Tokyo Drift.
Saya berkeinginan mau melakukan aksi drift(apungan).
Pagi tadi saya berjaya merealisasikan impian itu.
Walaupun dengan hanya membawa kancil.
Moga-moga gelaran DQ akan jadi milik saya. *senyum*.

Saya mau kasi tips bagaimana mengawal diri anda sewaktu saat-saat kecemasan:-

1)Kosongkan fikiran anda.
2)Cuba berfikir perkara yang menyeronokkan.
3)Selepas itu baru berpusat pada apa yang harus dilakukan sewaktu anda di dalam kecemasan.
4)Untuk tips 2 dan 3, anda harus melakukan dengan seberapa pantas yang boleh. Untuk sessi ini, membuat keputusan pantas amat digalakkan.
5)Paling penting, jangan panik!!
6)Jika anda suka untuk melihat org menolong anda, anda harus membuat muka seberapa gentar walaupun tiada kecederaan.
7)Tapi jika anda suka orang melihat anda gagah perkasa, buat-buat muka toya lalu sesiapa yang ada hasrat mau berhenti pasti membatalkan hasrat mereka.
8)Paling penting, bukak lagu sekuat-kuat hati seolah-olah anda tidak pernah mengalami kecemasan.

Nota tambahan: Jika anda sedang membawa kereta kancil, janganlah membayangkan anda sedang membawa BMW 7 series kerana kancil itu adalah kancil jugak kecuali anda mempunyai duit yang berlebihan untuk menukar enjin kancil.

Monday, August 07, 2006

Demam lagi

Aku demam.
Tapi masih bekerja.
Semata-mata mau mengambil cuti panjang minggu depannya.
Pengorbanan mesti berbaloikan.
Penin pun ada jugak.
Rasa macam nk tumbang.
Lagi penin tgk kerja-kerja yang tak siap.
Semalam dah ada tanda demam.
Asyik sangat bergelak ketawa, lupa mau beli panadol.
Argh, jangan le demam yang teruk.
Aku xmo plan x menjadik.


Kita merancang, Tuhan menentukan segalanya.

Wednesday, August 02, 2006

Xde Mende Best..

Mencintai seseorang bukanlah apa-apa
Dicintai seseorang adalah sesuatu
Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah berarti
Tapi dicintai oleh Sang Pencinta adalah segalanya ...

Ayat nie saya copy paste dari blog sape ntah. Rase best lak nk bubuh kat sinie. Tuan punya blog kalo terperasan, jangan marah ek. Bagus ayat nie.

Semalam saya lepak-lepak bersama kawan. Makan-makan. Minum-minum. Ramainya org kt masjid putrajaya even jam dah pukul 10. Eh, saya xmau cerita ini.

Saya mau cerita mata saya berkelip-kelip sebelah kanan. Itu tanda mau nangih atau diumpat org atau ade org nginduan same gue?hikkss..

Sebenarnye, sebenarnye..saya sangat ngantok. Tangan mau menaip tapi mata besar ini sudah mau tertutup. Tangan menaip dengan mata hampir tertutup mengakibatkan empunya blog tidak paham apa yang mau ditaip tapi mau jugak mengupdate entry.

Ah, mata saya sudah tidak mampu menahan. Mau kasik cucian segar sedikit yerk..:D..

Tuesday, August 01, 2006

Happy Frendship Day

Saya ada kawan.
Saya ada rakan.
Saya ada kenalan.

Andai ada suatu hari, saya hilang kenalan, saya masih ada rakan.
Andai ada suatu hari, saya hilang rakan, saya masih ada kawan.
Andai ada suatu hari, saya hilang kawan, sayalah orang sepi itu.

Masa itu jugak, saya mohon pada Tuhan, jangan diambil ingatan saya kerana yang tinggal hanya kenangan.
Saya masih simpan kenangan itu.
Saya tidak simpan di otak kerana saya seorang yang pelupa.
Saya simpan di dalam hati, jika hati sakit, kenangan jugak jadi sakitkan..

HAPPY FRENDSHIP DAY..
I LUV U FRENDS...MUAHHHHSS...