Friday, July 07, 2006

Kawan saya

Saya tak patut menaip entry ini kerana kerja saya sedang bertimbun. Tapi salah satu cara saya mau menghilangkan stress adalah dgn membuat karangan bodoh atau melukis gambar ntah-hape.

Saya merayau di blog kawan saya. Die letak lagu sekolah rendah saya disitu. Wah, terase seperti kanak-kanak-baik bila menyanyikan kembali lagu sekolah rendah saya.

Di sekolah rendah saya belajar berkawan dgn bkn melayu dan anti lelaki melayu.Hahaha..saya bukan perkauman, tapi terlebih perkauman. Peringkat permulaan saya belajar di sekolah, orang yang menjadi guru,kawan dan musuh adalah seorang lelaki cina yang sekarang mesti sudah berumur 24 tahun. Dia guru saya bila dia mengajar saya subjek Matematik. Dia guru saya bila dia menolong saya meniru tugasan yang saya tidak nampak di papan hitam kerana "kecomelan" saya. Hihihih....Mungkin guru kelas saya sedar fungsi Dia sebagai guru yang menolong saya mencatit tugasan yang saya tidak dapat lihat di papan hitam lantas cikgu Rama mau dia duduk di sebelah saya. Lalu dia jugak menjadi musuh saya kerana sering duduk di tempat saya bila saya pergi merayau-rayau ke tempat rakan yang lain hingga buat saya berang lantas menangis. Saya rasa saya menangis bukan kerana saya sayangkan kerusi saya tetapi kerana saya tidak boleh menerima guru saya membuli saya.
Dia jugak kawan saya apabila dia menolong saya merampas kembali kamus English-BM, hadiah dari ibu bapa saya yang dilarikan oleh rakan sekelas saya. Dia Herokukan?
Sampai sekarang saya tetap ingt pada matanya yang sepet dan rambut yang tegak-tegak. Dia berpindah dari sekolah semasa saya belajar peringkat tiga. Saya sedih jugak tetapi peringkat sedih semasa itu cukup dengan,"bye,bye..moga kita akan berjumpa lagi". Selepas itu, tiada perasaan. Dia hilang tanpa berita.
Saya kepingin mau berjumpa dia lagi. Mau berjumpa dalam bentuk sudah dewasa. Mau membilang sudah berapa anaknya. Mau mengira sudah berapa bininya. Opps..
Mungkin Tuhan mau saya mengenal dia dalam jangka masa yang singkat supaya saya tidak terus ada perasaan tidak suka pada lelaki melayu walaupun abang saya melayu, ayah saya melayu. Sekarang saya sudah menerima, lelaki melayu jugak bagus-bagus belaka.
Cuma Dahulu, saya melalui peringkat budak lelaki melayu yang tidak tau beretika melayu. Jadi saya ade perasaan kurang senang dengan budak lelaki melayu. Itu dulukan? Sekarang tidak lagi..:D..

No comments: