Saya baru balik dr kg. Di kg byk tohmahan hingga buat saya yang single ini boleh terancam kedudukan selaku status masih single n available. Semua mau mempertikai status saya. Penat beri jawapan dan alasan, saya berdiam diri lantas buat-buat sibuk.
Saya mula menggunakan simix saya yg sudah berkurun tidak boleh diguna. Bukan kerana masalah tidak membayar bil tapi sesetengah masalah yang tidak dapat diberitahu di sini. Saya merayau membaca blog-blog yang sudah lama saya tinggalkan kerana komitmen saya pada kerja-kerja di pejabat. Sayakan pekerja berdedikasi. * Jelir lidah untuk diri senirik*.
Saya merayau dan merayau sehingga saya terjumpa suatu blog yang menarik perhatian saya lantas saya jugak mau membuat entry yang sama, cinta atau persahabatan?
Di Blog itu, dia bilang tiada persahabatan antara laki dan perempuan kerana ia pasti membenihkan cinta, perempuan dan lelaki tidak boleh bersahabat baik, katanya. Die merujuk pada dirinya sendiri. Ibu saya jugak bilang, tiada persahabatan antara lelaki dan perempuan. Jugak merujuk pada diri sendiri yang dulu berkawan baik dengan ayah saya lantas membenihkan cinta. Tiba-tiba abang saya jugak mau menyampuk. Dia jugak berkawan baik dengan kakak ipar saya lantas lama-lama melekat katanya.
Saya ada kawan. Dia jugak sudah menjadi kawan baik saya kerana saya senang bercerita dengannya. Bila ada masalah, dia sudi mau tadah telinga. Bila ada susah, dia sudi mau hulur pertolongan. Kerana dia, topik cinta atau persahabatan berbangkit di kalangan family saya. Family saya bilang, saya dan dia ada sesuatu. Kawan-kawan saya syak, saya dan dia ada sesuatu.
Saya, "saya dan dia hanya kawan. Kami kawan baik."
Saya berpendapat, salahkah saya berkawan baik dengan berlainan jantina jika itu lebih membahagiakan saya. Saya tidak lupa kawan-kawan sejantina. Saya bahagia mempunyai dua pendapat yang berlainan dari sudut otak berbeza dan jantina yang berlainan. Mungkin selama ini saya hanya memandang dari sudut pandangan sebagai seorang perempuan, cth pd kes Mawi, tetapi bila ada kawan baik berlainan jantina, saya boleh jugak mempertimbangkan dari sudut pandangan lelaki. Otak saya akan seimbang, cergas dan bertenaga. *Hahaha..xde kene mengene..*
Saya tetap mau jadi saya. Tidak peduli apa orang kata. Tidak peduli apa orang bilang. Yang penting Tuhan, saya dan dia tau.
Saya jugak tidak berani mau angkuh, jika memang tersurat dia adalah jodoh saya. Kawan baik adalah jodoh saya, saya redha. Jika sesiapa jugak yang menjadi jodoh saya, siapa saya mau melawan kuasa Tuhan. Yang penting, saya bahagia dengan hidup sekarang. Ada keluarga yang selalu mengambil berat, ada rakan yang mau sentiasa menolong, ada kawan yang rela menghabiskan duit bersama-sama.Hahaha..
Apa-apa pun, saya bukannya artis yang sentiasa rela menerima gossip. Tetapi saya selalu tersenyum dengan andaian yang bukan-bukan. Senyum bukan sebarang senyum ek..
Senyum Sokmo walaupun bukan peminat Faizal
Teman dan 5 Ekor Lembu
15 years ago
No comments:
Post a Comment