Tuesday, July 11, 2006

Dulu pernah bercerita pengalaman menaiki bas. Bersembang dgn pakcik mengaku abang di entry-ntah-mane. Jumaat yang lepas menaiki bas lagi. Akibat suka bertangguh-tangguh, tiket bas sudah habis. Pelik betul, terlalu ramai ke populasi rakyat Ipoh kt KL nie?
Mau cepat sampai, beli tiket harga RM22. Lebih dari harga asal yg cuma RM13.30. Takpe, janji sampai cepat. *sedapkan hati sendiri*. Abang di kaunter bilang, "cepat dik turun, bas dah sampai." Berlari seperti *erkk, sape ek pelari pecut dunia skarang*..turun-turun tangga di platform, cari bas..
"Bang, mane bas kt ipoh nie plat no. bla..bla..bla".
Abang tue jwb,"Mane tiket adik? Sila tunggu kat depan tue ek, bas dah sampai dah."
Saya x nampak bas, tapi nampak org beratur tunggu bas. Kepala dah rasa mcm berasap.

Ada seorg perempuan india nampak menarik.

Saya : You nak balik ipoh jugak ke?

Perempuan India menarik : Aah, you?

Saya : Same le. Dia ckp bas dah sampai, kenapa kene tunggu kat sinie?Panas plak tue.

Perempuan India menarik : Haa, memang camnie. I dulu dah kene sekali. Beli last minute, bas extra mmg jd camnie. Nanti kalo bas x masuk, kita semua kene jalan kaki sampai kotaraya, naik bas kat situe.

Saya : Alamak, penat ar camnie. I dulu naik bas, beli tiket last minute xde problem.

Perempuan India menarik : Xper, I ade. I dgn U ye.

Saya : Okies. *Sambil wat senyuman semanis mungkin walapun hati sehangat gilerk.*

Memang cakap perempuan itu benar. Berjalan kaki beramai-ramai macam pelancong baru masuk KL sampai Kotaraya. Nampak bas, bas tidak seindah harga. Pertama kali menjadi pekerja kilang yang naik bas penuh langsir ropol-ropol. Cari-cari tempat, tiada tempat yang ada dua tempat duduk kosong. Semuanya lelaki yang ada tempat kosong di sebelah.

Cari lelaki palin ensem sekali. Hahaha, gelak jahat. Duduk di sebelah lelaki sikh. Saya masih belum hilang rasa prejudis terhadap lelaki melayu. Saya mau tidor lena di dalam bas dan orang di sebelah saya, sikit pun tidak tercuit maupun mencuit.

Saya bahagia.

No comments: