Cerita 1,
Semalam saya makan bersama Suen.
Terjumpa seseorang.
Cerita ini cerita 20 tahun yang lampau.
Saya cuma ada kenangan gembira bersama berjalan di tasik perdana.
Tiada kenangan sedih.
Tapi saya sedih.
Alangkah, alangkah baiknya kalau semalam yang saya jumpa itu bersama family 20 tahun yang lepas.
Hasilnya, saya pura-pura tidak bersua.
Semoga saya dimaafkan.
Cerita 2,
Saya jugak sangat susah hati ptg semalam.
Masa semakin suntuk, terlalu banyak hal yg datang.
Disaat saya memerlukan, kawan pulak buat hal.
"Rasa macam nak langgar jer" (Sila ingat dimana dialog ini boleh di dengar)
Akhirnya, kerana kawan jugak saya berjaya.
Syukur pada Tuhan.
Syukur jugak pada Tuhan kerana menggerakkan hati kawan yg membuat hal, memintak maap.
Jika tidak, saya mungkin memendam perasaan dgn kawan saya walaupun itu juga kesalahan saya.
Tapi secara jujurnya, saya sangat terharu dgn persahabatan antara saya dan dia.
Betul, jangan pedulikan orang sekeliling jika kita ada kawan yang baik di depan mata.
Lalu kesimpulannya, saya mau menjarakkan ruang memberi dia peluang tanpa menyusahkan dia.
Cerita 3,
Baca paper.
Tidak mau lagi baca cerita Siti dan datuk K.
Tidak mau lagi baca Mawi dan Ina.
Mata saya tertumpu pada Lebanon.
Malangnya Lebanon.
Malangnya Lebanon kerana Negara Islam yang kaya raya jugak tidak mampu berbuat apa-apa.
Malangnya Lebanon, kerana Amerika itu tidak sedar diri.
Isreal memang pasti bangsa yang tidak boleh dipercayai.
Saya mau mengurangkan makan KFC, McD.
Saya tidak isi minyak di Shell, hanya di Petronas.
Saya mau beli baju jenama tempatan.
Cukup tak dengan cara itu saya memprotes ketidakadilan Lebanon?
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago