Sunday, February 21, 2010

Cuti Memang Best

Saya anak campuran.
Bukan campuran omputeh+melayu.
Campuran = Melaka (Alor Gajah) + Perak (Pattani).
Kira mix le kan.
Walaupun tak berhidung mancung,
Rambut tak perang,
Muka tak cantik.
Tapi saya tetap anak campuran.
*Bajet nak menegaskan diri bukan semua campuran itu cantik*
Hihihih..
Tapi memang kita semua anak campuran.
Campuran antara lelaki+pompuan.
Kalau tak campur,
Lain macam tu bunyinya.
Huhuhh..

Eh, bukan nak cerita pasal anak campuran.
Cerita pasal saya balik kg melaka.
Takde kena mengena dengan intro.
Yang ada - word "Melaka" je.

Lama gila tak tidur kat rumah nenek.
Sejak nenek dah tinggal dengan family saya kat Ipoh,
Dan rumah nenek pun dah ada penunggu baru = ular.

Tapi dengan izin Allah melalui hasil usaha adik beradik mak,
Penunggu baru berjaya dihalau.
Tapi yang tak best,
Tangga tempat main 'one to jus' dah takde.
Tangga batu besar trademark rumah melaka.
Dengan beranda yang takde dinding tapi ada bumbung.
Semua dah kena runtuh sebab dah tak kukuh.

Tangga 1 lagi trademark Melaka cuma ada dekat belah bawah sahaja.
Susah nak terang kalau tak tengok.
Kena datang sendiri baru boleh feel.

First time tidur balik rumah nenek,
Perasaan tu lain macam sikit.
Biasa la untuk orang yang takat tengok cerita congkak pun dah jerit macam nak kena rogol.
Memang perasaan lain macam and bermacam-macam tu wujud sentiasa.
Nak pergi tandas memalam pun kena pastikan ada orang pergi tandas jugak.
Baru rasa bersemangat nak pergi tandas di malam hari.
:D..

Tapi seronok sebab berkumpul sepupu sepapat.
Siap picnic bawah pokok beralaskan tikar getah yang dah tak guna sebab rumah penuh dengan tetamu.
Semua datang nak melawat nenek.

Malam hari lak gi pengkalan balak layan photographer amatur yang excited nak tengok matahari terbenam.
Saya tengok ombak.
Ada satu perasaan jiwang di situ.
Hahahaha.

Malam Selasa lak layan Melaka Cruise.
Boleh ar tahan dengan harga rm10.
Walaupun air terpercik masuk mulut.

CNY kali ni memang penuh dengan aktiviti berjalan.
Sudahnya,
Masuk opis wajah penat lesu lepas habis cuti.
Cuti memang best..
:D..

4 comments:

yonna said...

yonna pun kalau tgk laut sure ada jiwang satu mcm.feeling bercanda dgn pasiran pantai HAHAHHA tak boleh blah!

akak,akak kawen bila?

zura lias said...

yonna,
tu le pasal..yonna lg best..duk penang mmg pantai merata alam..leh feeling selalu..hihihih

kawen bile?ermm..insyaAllah..taun nie..nnti akak kasik kad kalo dh siap..kasik address sesiap ek..senang nk invite birthday party..hikss..

fndrocka said...

lama tak pergi melaka.teringin pula.melaka macam ada satu suasana romantik..sentimental value..betul tak

zura lias said...

fndrocka,
yupp..melaka tang bangunan die yg best..tp pekan ipoh pun best gak..cube le try jalan pekan ipoh dgn jalan kaki..sentimental value tu sampai ke hati..utk org ipoh ar..hahahaha