Thursday, February 04, 2010

Miss Sepi - Bila rindu sudah memanggil, angin bayu hantar memori.

Hari Sabtu yang lepas,
Saya lalu tepi SERATA.
Betul-betul tepi blok rumah merah bilik C aka RMBC.
Tempat saya menginap selama 4 tahun.

Bawak kereta slow-slow sambil menikmati pemandangan dari luar SERATA.

Dulu-dulu,
Kalau time cuci longkang besar,
Melepak depan bilik asrama,
Memandang tepi jalan yang saya lalu sekarang adalah satu nikmat.

Saya selalu terpikir,
Apa family saya buat sekarang.
Kenapa saya boleh taktau apa orang lain buat.
Tapi saya tau apa saya buat.
Tensen tau kalau ada unsur-unsur pikiran cenggitu.
Tanda aras saya terlalu rindukan kampung halaman.

Bila malam minggu,
Saya nampak sayup-sayup lampu kereta simpang siur.
Perasaan masa tu macam nak lari dari asrama.
Jalan-jalan pekan Ipoh sambil tengok lampu.
Balik asrama tutup lampu dan tidur.

Tapi apakan daya,
Saya budak hostel.
Tidaklah sejahat mana.
Nakal secuit je yang boleh di kira.

Bila saya sudah berada luar SERATA.
Saya terasa mau masuk semula.
Tapi bukan nak lama sangat.
Cukup untuk saya borak-borak dengan member,
Jumpa cikgu-cikgu,
Pergi dewan makan berjemaah,
Masuk surau semayang jemaah,
Duduk di penta sc tepi tingkap tempat wajib.

Tapi STA laki wujud lagi tak?
:D..

Herm,
Saya rasa perasaan ini timbul lepas saya tengok cikgu-ustazah dalam FB.
Tengok gambar-gambar lama.
Lalu tepi SERATA.
Tengok Dewan SERATA.
Masuk web SERATA.

Saya taktau adakah semua orang berperasaan yang sama,
Ada masa-masa kita rindu zaman sekolah dan mau jumpa semua teman lama.
Tapi itu yang saya rasa sekarang.
Mungkin sudah jadi Miss Sepi.
Bila rindu sudah memanggil, angin bayu hantar memori.

4 comments:

ell.eza said...

sometimes bila terjumpa balik kawan2 lama..mmg itulah yg kita rasa zura..nak kembali ke zaman tu, rindu sgt zaman teenagers yg gila2, kan?

zura lias said...

kak meen,
haaah...mmg rindu..xyah nk pikir pasal problem..huhuhuh

fndrocka said...

nostalgik

zura lias said...

fndrocka,
:D..