Tuesday, August 12, 2008

Salah Pejabat dan Award

Semalam salah lift.
Hari ini salah pejabat.

Ceritanya:
Berjalan mencari tempat makan.
Tempat yang biasa dibeli makanan tutup semenjak semalam.
Berpusing bangunan.
Naik bangunan.
Akhirnya jumpa nasi ayam di tepi jalan.
Fuh, selamat duit.
Hampir-hampir mau pergi ke Fast Food lagi.
Jika semuanya tiada makanan yang sesuai.

Pulang ke pejabat semula.
Buat-buat pandai.
Walaupun berjalan beramai-ramai,
Tapi kerana saya suka melangkah dengan laju,
Maka saya dihadapan bersama seorang lagi rakan.

Ada satu tangga yang boleh belok ke kiri atau kanan.
Kerana selalunya belok ke kanan.
Maka dengan slumber saya belok ke kanan.

Rakan menarik tangan saya dari belakang.
Jalan sebenar ialah membelok ke arah kiri.
Walaupun sudah seminggu di sini.
Saya masih lupa kedudukan pejabat.
Haruskah saya membeli peta di pejabat.
Supaya tiada kes saya sesat di dalam Giant yang berhampiran pejabat.
Tapi sampai sekarang saya tidak nampak kedudukan Giant.
Walaupun rakan sekerja bilang Giant berhampiran dengan pejabat.

Ah,sebulan nanti biasa le kan.
Alah bisa tegal biasa. *peribahasa yang dihentam keromo(taktau betul ke tak), jangan marah Nik Safiah*


Ini award dari adik yonna.


Tapi sekarang saya sudah rajin update.
Cuma adik yonna saja belum tengok kerajinan saya mengupdate entry. Hiks..
Apa-apa pun, terima kasih dik atas tanda ingatan.




Ini award dari ayang.
Tidaklah sekreatif mana saya.
Tapi ucapan terima kasih atas ingatan.
*Lepas ni boleh bagi award berupa barang makanan atau percutian ke bukit merah pulak, ayang*..hikss..

Pokcik, award untuk kenny rogers takde ke? *wink..wink*

10 comments:

Anonymous said...

Esok salah bawak balik kereta la plak ekk....

zura lias said...

luffy,
eh..lagi bagus..kot2 salah masuk kete bmw..dpt bmw sebijik.. hihihi

:: Wiween :: said...

haik...tersalah bgunan pejabat plak..Giant punyelaa besor cam giant zura x nampak..ni musti kes tingatkan 'bulan' di sana nih.gagagga ;p

Hajar said...

hehe. kenapa x ambil gambar penanda2 sepanjang jalan masa on da way nk gi makan tuh? at least xdela sesat.

ala, lgpun baru lagi kan? klu dh lama x ingat jalan juga mmg ada something wrong somewhere la tuh. :D

Anonymous said...

hehehe. klw tersesat masuk giant tu agak best, kak. boleh sopim2. dh alang2 tersesat kan. hehe.

meen said...

zuraaaa.zuraaa..salah pejabat la plak heheh lawak betul la zura ni

~ jgn tersalah bf plak lepas ni ekk hihi

Jie said...

kan..kakjie dh kata nnt salah opis..kehkehkeh...

esok2 nk dengar dia salah buka pintu kete org lak..kahkahkah

sbb kakjie pun pernah gak mcm tu!

cesss....malu mcm nk digelek muka dgn tayar kete!

AK said...

huhu
esok salah buat keje lak...
dari keje pejabat, jadi drebar bas lak!
hahaha

yonna mmg kejam..
ada ke dia bagi award tuh kan...
kak zura tak update bersebab kan..
dia slalu tak update bila dia dan bulan bersama!
dalam erti kata len 'datang bulan'
ops!!!

hahaha ampoonn!!! beta bawu suka suki blogwalking ni...

errr tak kreatif ek katanya...
so meh beta rampas award tuh!!!
muahahahaha!!!!

take care kak!

Mazza Homemade Cookies said...

hehe...pakailah GPS..tetapkan koordinat yang betul utk opis ...

dan Giant jugak..

IamYonna said...

ahaha!
adehh akak..
ari tu tersadung.
ni tersalah lak nk masuk opis.
err patot kot guna peta :p

biase la.
akak baru lg.

kalo salah bawak balik keta pun ok gak kan?
grr dpt merc ke,bmw ke