Disaat friendster di serang.
Hati saya dilanda garuda.
Mungkin ada yang pikir,
Apa ada dengan friendster.
Tapi untuk saya,
Di sini saya dapat berjumpa rakan lama,
Yang berbelas tahun hilang tanpa cerita.
Saya bina pada tahun 2003.
Yang mulanya untuk suka-suka.
Tapi menjadi medium untuk berjumpa kembali dengan rakan-rakan.
Mengetahui perkembangan terbaru rakan.
Melihat gambar rakan yang dulu cantik sekarang semakin molek.
Bila ada yang tak bertanggungjawab.
Menyerang akaun saya.
Bukan saja serang,
Malah menukar user id dan password saya.
Yang paling tidak boleh dimaafkan,
Menukar gambar muka depan.
Yang sepatutnya saya letakkan di ruangan private photo.
Khusus untuk tontonan teman rapat.
Tapi di letakkan di ruang depan,
Untuk tontonan umum.
Juga dengan rajinnya mengedit profile saya,
Dengan kejinya menukar,
Who I want To Meet:
Yang bleh puaskan aku.
Aduh, hinanya manusia begini.
Malah terlebih rajin,
Menyelongkar private message saya.
Meng"copy" "paste" kan mesej-mesej saya dengan si bulan,
Di ruang testimonial/komen.
Agaknya itu perkara yang lucu.
Menyelongkar peribadi orang untuk tatapan umum.
Saya nekad.
Email pada admin friendster.
Mengadu perihal akaun saya yang di serang orang asing.
Beserta maklumat peribadi saya.
Sudahnya,
Akaun saya ditutup sementara.
Saya dan dia(hacker) sama-sama tidak dapat masuk.
Puas hati.
Nanti saya akan dapatkan kembali akaun saya.
Saya biarkan orang yang menggodam meroyan dahulu.
Walaupun,
Kerana friendster saya dimaki oleh kawan yang paling rapat.
Walaupun,
Bulan marah pada orang yang memaki saya.
Walaupun,
Acu marah kerana saya masih memaafkan orang yang memaki.
Saya tetap percaya,
Buat baik dibalas baik.
Dan saya tetap mengakui,
Saya juga termasuk orang yang bersalah kerana menuduh dengan gaya polis.
Tapi,
Saya gembira kerana semuanya sudah selamat.
Bitch ke,
Jalang ke,
PanT*t ke,
Fu*k ke,
Peduli apa saya.
Apa ada pada ungkapan.
Tak luak di telinga saya pun.
Yang penting,
Easy to forgive..Hard to forget..
Itulah saya.
Mungkin termasuk dalam kategori dendam,
Ko buat aku sekarang, aku simpan.Sampai masa, Aku serang habis-habisan.*smile*