Monday, June 12, 2006

Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana
mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya

Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu
keburukan, Kau akan membencinya

Andai kau ingin sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan
memfitnahnya.
Andai kau ingin seorang teman, Janganlah kerana sifat
cerianya Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin kan
menyalahkannya.
Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan
sempurna Kerana kau juga tidak sempurna.. Tiada yang biasa-biasa Menjadi satu
yang sempurna. Tapi bersahabatlah kerana Allah.

No comments: