Saya ada 3 cerita.
Cerita pertama:
Sekarang musim bola. Saya bukan fanatik bola tapi saya boleh menonton bola untuk mengisi masa lapang. Sejak musim bola, saya bukan sahaja terpaksa menonton bola malah menjadi jam loceng untuk mengejutkan orang bekerja yg menonton bola lewat malam atau awal pagi supaya tidak ketingggalan pergi ke tempat kerja seperti mana mereka tidak ketinggalan menonton France Vs Swiss.
Cerita Ke dua:
Musim bola serentak dgn AF 4. Saya tidak lagi terkinja-kinja menghabiskan dinner atau memecut kereta pulang ke rumah semata-mata untuk menonton diari. Jika saya tidak sempat melihat diari pukul 9 malam, saya tidak sanggup bersengkang mata menunggu ulangan pada pukul 11.30 malam. Saya lebih rela tidur di atas katil sambil bermimpi saya menjadi bidadari..*hikkss..*. Bukankah itu tanda positif yang demam saya sudah kebah. Ya, tagline AF ialah, " Dah Demam?"..saya akan menjawab, " sekarang tidak lagi. " Dalam demam tak demam, saya sudah tau semua nama pelajar AF tapi jika suruh saya bercerita siapa yang suke menangis, siapa yang lebih gedik, siapa yang pendiam..saya tidak mampu menjawab sbb saya hanya menonton jika ada masa yang lapang atau tiada siaran lansung perlawanan bola atau RTM ada menyiarkan siaran lansung bola. Kalau semua tidak berkaitan, saya hanya boleh bercerita siapa yang menang dan siapa yang kecewa seperti Ukraine yang kecewa berlawan dgn Spain. Wah, saya menonton hingga habis Spain Vs Ukraine dan tiba-tiba saya jadi suka pada Raul, David Villa. Tidak Ronaldinho sahaja. Eh, kenapa saya masih bercerita tentang bola??
Cerita Ke Tiga:
Saya membuat kesalahan lalu lintas 2 minggu yang sudah. Walaupun saya ini pemandu yang tegar, pemandu yang suke memecut kereta 110km/j jika papan tanda menunjukkan 80km/j; Saya tetap rase saya pemandu yang berhemah kerana saya tidak menyusahkan orang lain. Tapi untuk 2 minggu yang sudah, saya melanggar lampu isyarat di area jalan di Stesen Monorel Dato Maharajalela. Apabila saya melepasi garisan putih, terlihat ade cahaya putih seperti paparazzi mengekori Angelina Jolie untuk melihat anak yang baru dilahirkan. Ah, saya terkena lintasan kamera lampu isyarat yang bererti saya harus membayar kompaun RM200. Terbayang-bayang duit melayang. Bila balik ke rumah, abang saya menenangkan saya dgn memberi jaminan, jika nasib saya baik, lampu itu tiada filem. Jika tidak, bersedia mengeluarkan duit.
Balik ke Ipoh, saya terus memberitahu mak. Saya bercerita sambil membayangkan saya tidak bersalah melanggar lampu isyarat. Saya terpaksa kerana ada kereta di belakang yang saya risau akan menghentam kereta saya. Alasan ini selalu saya berikan apabila melanggar lampu isyarat kerana emak bilang, jika lampu dr hijau ke kuning dan ada kereta sedang memecut, langgar sahaja lampu isyarat itu kerana menunggu insuran mensetelkan kereta kita lagi perit dari membayar saman.
Jadi emak cuma berkata, xper..kita tunggu sahaja surat. Tujuan saya bercerita dengan emak untuk memastikan emak menyimpan surat saman tanpa diketahui abah atau emak akan membacking saya sementara menunggu saya pulang ke rumah untuk mengadap leteran abah.
Kalau kereta itu atas nama saya, sudah tentu saya tidak risau. Tapi kerana kereta atas nama abah dan abah memang seorang yang perisau untuk kesalahan-kesalahan tidak bermoral ini maka saya harus risau. Risau menunggu leteran dari abah sambil menghulurkan RM200.
SELAMAT HARI BAPA, ABAH.
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment