1) Hari-hari terakhir naik ketapi sebelum poser memang berliku-liku.
- Suruh bulan belikan tiket. Dia cuma dapat beli tiket hala ke KL sahaja. Sistem KTM down katanya.
- Bulan terlupa nak cakap semua seat wajib tepi tingkap. Maka tiket pagi Jumaat bukan tepi tingkap. Bulan pergi tukar, tiket ekonomi semua dah habis. Demi tingkap, amik tiket second class.
-Hari Isnin, saya lewat masuk opis demi mendapatkan tiket hala ke Ipoh di KL Sentral.
-Hari Selasa petang, baru perasan tiket yang patut hala ke Ipoh sudah tertukar hala ke KL. Kelam kabut keluar opis. Demi mendapatkan tiket pulang ke Ipoh. Ekonomi habis. Second Class sahaja yang tinggal.
-Tiket idaman pagi Jumaat tepi tingkap tu bukanlah tepi tingkap. Cis, tertipu. Tapi uncle yang baik hati tetap bagi saya duduk seat sebelah tingkap. Cumanya..
-Uncle tu terlalu comel sampai montotnya masuk kawasan saya. Kesudahannya saya duduk tersepit di celah tingkap. Saya dapat lihat Bulan terkekeh-kekeh gelak tepi tingkap luar. Dia cakap,
"Tu le, dosa taknak dengar cakap suami. Orang cakap tak payah tukar, nak tukar jugak"
-Petang hari hala ke Ipoh, saya duduk sebelah uncle lagi. Uncle ni tak secomel uncle pagi hari. Cuma kawasan saya tetap sempit.
-Sampai Ipoh, bantai makan Secret Recipe angkara duduk tersepit celah tingkap. Takde kaitankan. Tapi saya suka.
2) Hari ni saya drive kete dari Cyberjaya ke Opis.
-Mulai minggu ni dan minggu-minggu berpuasa, saya akan duduk di rumah Abang di Putrajaya.Penat sih nak berulang time poser. PJJ dipercepatkan sebab saya ada training minggu ni.
-Bulan merajuk sebab dia kata saya tak tepon die time makan malam. Saya sedap makan tapi dia kelaparan. Manja sungguh. Suami sape ni.
-Baru dia nak mula skill merajuk, kereta saya stuck tengah jalan. Jalan yang jem teruk. Saya control macho. Cuba hidupkan enjin tapi tetap tak beridup.
-Terpaksa call tow-truck mintak bantuan dan terima kasih pada abang-abang motor yang tolakkan kereta saya ke tepi.
-Bulan terpaksa cepatkan perjalanan ke Kuala Lumpur demi bini tersayang. *Aiseh..syiok sendiri*. Tapi meeting tetap meeting. :(..
-Saya rasa macam nak letak sticker kat kereta, "SAGA BLM baru setahun lebih tapi dah dapat problem Crank Angle Sencor!"
-Tapi orang kat service centre baik-baik belaka. Jadi saya batalkan niat dan datang ke sana dengan muka tersenyum.
-Saya rasa ini ada kaitan dengan ayat di depan cermin pagi tadi, "Aku tak pernah EL tahun ni." Dan saya EL hari ni. Ataupun
- Ayat semalam, " Yang, saya nak makan dengan kenkawan kat Saba' Restaurant. Best yang. Sedapnya"
Bulan "Huhh..makan sedap-sedap tak ingat saya". Dan hasilnya Saba' Restauran hanya tinggal kenangan angkara kereta rosak pagi ni. Dosa berlagak dengan suami kot. Hiks..ampung yang.
No comments:
Post a Comment