Ramadhan datang lagi.
Sebelum ni berpuasa bersama family abang.
Tahun ni pun sama.
Cuma status je bertukar.
Dari bujang kepada bini orang.
Mungkin hari minggu je boleh rasa.
Puasa sebagai bini orang.
Tapi sahur pagi tadi dapat le merasa sahur bersama.
Dek sebab Bulan jatuh sakit.
Bulan hantar saya ke KL.
Dia memang dah mengadu bagitau dia rasa macam tak larat.
Saya urut, saya pijak.
Dia cakap okies.
Tiba hari Isnin malam,
Sakitnya datang lagi.
Patut-patut dia balik malam tu,
Saya tahan dulu bila tengok dia berdiri pun tak stabil.
Dengan muntahnya, dengan lembik badannya.
Pagi Selasa ingat dah stabil.
Sama je tak berubah.
Saya ajak ke klinik pagi tu.
Sebab ada simptom-simptom nak dapat hypertension.
Saya EL,
Dia pun cuti.
Dr bilang dia dapat vertigo symptom.
Kena injek nak bagi tahan sakit.
BP pun dah border.
Dan dapatlah nasihat percuma kurangkan merokok dari puan Azura.
Bila dah kahwin,
Baru rasa berjauhan itu perit.
Elok-elok tidur bersama,
Tetiba kena tidur sensorang.
Cuma yang bagusnya,
Saya tak payah bangun sahur hari kerja.
Cukup minum air je.
Hiksss...
*jangan marah yang..*
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment