Saya pun dah selamat meninggalkan title cik.
Mula-mula memang agak janggal bila orang memanggil dengan gelaran puan.
Saya terasa seperti Cik Puan Muda.
Tapi saya sedar,
Saya hanya berkahwin dengan seorang Mior,
Bukan Sultan atau Agong.
Jadi Cik itu patut dibuang.
Yang tinggal Puan Muda sebab saya muda.
Kihkihkih..
Perasaan sentiasa muda tu memang tak pernah hilang.
Lepas jadi puan,
Banyak perubahan secara perlahan atau pantas sudah di ubah.
Kalau time cik-cik,
Setakat berjauhan dengan Bulan sebulan-dua masih boleh bertahan.
Lepas jadi puan,
Bulan main badminton pun dah rasa macam guling sana, guling sini.
Sebab takde orang saya boleh cucuk perut atau geletek kaki.
Kerana tak boleh rasa berjauhan,
Saya tabahkan hati berulang-alik Ipoh - KL tetiap hari.
Mungkin yang tak biasa cakap saya buat kerja gila.
Tapi yang paham akan cakap,
Itu kasih seorang isteri.
Aiseh..kihkihkih..
Orang tanya,
"Tak Penat ke?"
Memang tak penat sebab dalam keretapi saya bantai tidur sepanjang perjalanan.
Sesambil mencari peluang balik kerja di Ipoh.
Sebab saya yakin,
Kalau kita tabah, kita sabar, kita doa,
Tuhan akan tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita.
Sebab setiap perkara pasti ada hikmah di sebaliknya.
Cuma sekarang ada rasa resah gelisah.
Bulan nak pergi Johor dalam baper hari.
Perasaan tidur seorang dah jadi macam tak best.
Sape nak urut belakang,
Nak urut kaki,
Nak jadi pendengar setia cerita-cerita kat opis.
Tetiba jadi macam sepi seorang perindu.
Hihihi..
Hai hati..
Bertabahlah..
Dulu-dulu boleh,
Tetiba sekarang tak boleh.
Lempang Kang...
Hiks..
4 comments:
eh? akak ulang alikkkkkkkk?? T__________T naik ape kak? KTM ke? wahhhh sebak pulak rasa akak sanggup ulang alik :( agak jauh kan?
mintak2 akak cpat2 dapat keje kat Ipoh. senang sikit :)
hiks....aku dpt rase...tp at least ko ada parent tuk teman ko wpun x sama kan....at least ada gak...aku dlu sensorg jek kalu mad outstation...but skrg dah ada afni so ok la sket...tu la namanye hidup berumahtangga yer PUAN ZURA
angah, bertabahlah!!!
zura..kalau akak jadi zura pun terpaksa bertabah hati ulang alik..2 ke 3 jam eh zura dr ipoh ke kl? ok jgk naik train, boleh tido n rest dlm perjalanan, kalau drive tak sanggup rasanya kan..huhu
Post a Comment