Friday, August 13, 2010

Cabaran Berbuka Puasa

Berbuka puasa sorang-sorang memang tidak enak.
Jadi saya ambil keputusan mahu berbuka bersama rakan.
Walaupun sampai rumah,
Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 ptg.

Sembahyang asar,
Mandi.
Dan pergi bazaar ramadhan.

Menunggu ayam percik siap di bakar amat menguji keimanan.
Ditambah beratur menunggu giliran.
Kesabaran tinggi melangit amat diperlukan.

Sampai rumah kawan,
Jam sudah 7.15.
Yang saya musykil,
Baru 2 bulan saya tidak berkunjung flat precint 5, Putrajaya,
Kereta-kereta meriah di kiri kanan parking.

Saya naik parking berbumbung walaupun tak pernah tau kewujudannya sebelum ni.
Parking dan kunci kereta.
Naik lif masuk tingkat 7.

Saya jalan dan jalan sampai depan rumah rakan.
Tapi pelik ada kasut laki merata-rata.
Bila pulak kawan izinkan lelaki masuk rumah.

Call kawan dan confirmnya saya sudah salah rumah dan salah blok.
Jam sudah 7.20
Bergegas turun ke tempat saya parking kereta.

Bawak badan ikut arahan kawan.
Cari dan cari.
Akhirnya saya sampai tempat di tuju.

Alhamdulillah,
Elok duduk bawak pinggan,
Azan maghrib pun berkumandang.
Selesai sudah satu hari berpuasa.

4 comments:

kaklong said...

kenapa kes2 sesat angah kebanyakannya sama dgn ayang? kekekeke

zura lias said...

sbb kite Pisces ayang...hahahah..pastu cepat kelam kabut...angah tgh try nak belajar bertenang nie...hikks..

yonna said...

hahahhaa dah la nak dekat bukak puasa,boleh pulak salah rumah T____T nasib akak tak ketuk jugak kan haha

zura lias said...

yonna,
tu ar pasal..kalo akak ketuk, harus akak bukak poser terus kat rumah tu..cover malu..kihkihkih..