Wednesday, August 18, 2010

Baju dan Raya

Lepas puasa,
Orang sambut Raya.
Walaupun belum tentu puasa tahun depan dapat di sambut,
Tapi kemeriahan raya sudah terasa.

Pergi shopping complex dah boleh dengar lagu raya.
Sana-sini sibuk promosi kuih raya, baju raya, sampul raya dan kad raya.

Saya sudah cakap sama Bulan,
Tahun ni saya nak belikan dia baju melayu.
Ini kali pertama saya belikan baju raya untuk beliau.
Sebelum-sebelum ni,
Encik Bulan je keluar duit untuk baju saya di hari raya.
Hiks...
*Adik-adik perempuan yang sedang bercinta, jangan gemar memberi barang kepada kekasih hati. Berpada-pada semasa bercinta.Dah kahwin, takpe...:D*

Tapi Bulan ni peel lain macam.
Berkeras taknak pakai baju melayu.
Nak pakai je baju apa yang ada.

Saya pulak berkeras nak belikan baju.
Depan dia, saya cakap,

"Ala, biarlah.Dah saya nak belikan."

Belakang dia,

Yang, awak nampak hensem berbaju melayu. First time saya tengok awak pakai baju melayu time nikah,terus
rasa nak nikah cepat-cepat. Kihkihkih..

Cuma masa membeli je belum tau lagi.

Dan saya tau,
soalan biasa yang akan di tanya,

"Camna first time raya dengan suami?"

*smile*..

No comments: