Monday, April 19, 2010

Takde HIV Test, tak dapat tiket World Cup

Jumaat yang dah lepas,
Saya bercuti dengan enaknya.
Bukan cuti saja-saja.
Cuti demi mendapatkan tiket World Cup.

2.45 Pm,
Sudah terpacak depan pintu KK Gunung Rapat.
Cepat-cepat amik no giliran.
Untuk pastikan saya dan bulan jadi orang yang terawal untuk di test.

Saya : Ini 1st time saya pergi KK kat Ipoh.
Bulan : Awak sombong. Saya pergi sini le kalau problem gigi pun.

Ting! 1025.

Saya : Awak, nape dia panggil 1025, kita 1021.
Bulan : Sabarlah. Orang tu ada appointment dah kot.

Ting!1026

Saya : Awak, ape ni. Nape dia tak panggil no. kita?
Bulan : Sabarlah. Nanti no. kita naik le.

Saya tak boleh sabar.
Jumpa adik kaunter nak suh dia wat penjelasan.
Dia takde penjelasan banyak.
Dia suh saya baca apa kena buat time nak register.
Dengan muka kerek tak hingat.

Saya pandang muka Bulan.
Memang nak kena gigit!!
Bajet macam dah biasa pergi klinik kesihatan,
Tapi taktau kalau register kena letak IC dan isi borang.

Bulan tersengih-sengih.
Kalau saya vampire,
Saya gigit Bulan time tu jugak.

Selepas selesai register,
Muka saya dah masam-masam kelat.
Bajet nak yang paling awal,
Jadi yang paling lambat.
Tapi bukanlah marah sangat kat Bulan.
Lebih pada marah adik kaunter.
Cakap elok-elok tak boleh ke.
Abang yang nak isap darah untuk test tu lagi cool dari adik kaunter.

Nasib baik saya waras saya berada di persekitaran yang ramai orang.
Tak cool kalau nak marah-marah mende remeh temeh.
Jadi saya pendam perasaan marah tapi buat muka nak gigit orang pada Bulan.

Bila dah dapat result,
Saya non reactive.
Bulan jugak.
Maka kami boleh proses hubungan borang seterusnya.

Misi menuju World Cup 2010.
Fuhh..penat.

6 comments:

:: Cikgu Wiween :: said...

wahhhaha zura panggil the big K word tu world cup ek...baru ween perasan. hhhuhuhuhu :P tahniah! result negatif. leh proceed. gagagag :P

Mrs Shyza said...

bdebar tak ms amik ujian tu?hehe
aku wpon dh tau tak penah buat bende2 tak elok,bdebar ble tahan gak time amik ujian..mana la tau,kot silap proses,jd positif...mau pengsan..hehehe

zura lias said...

ween,
ehehehehehe...bebetul arie world cup ween..dah le G2B peminat fanatik bola..

kakak kuza,
berdebar mmg berdebar..aku nie mmg kepantangan part2 spital..jarum..operate..hihihih..lg berdebar kot die amik jarum yg dah lama..org yg mmg ade hiv..x pasal je kene...*aku mmg imaginasi tinggi*..kihkihki

ell.eza said...

kekekeke..nak gelak je..tak nak cakap lebih2..

ell.eza said...

kekekeke..nak gelak je..tak nak cakap lebih2..

zura lias said...

kak meen,
hihihihi..yer la..dh ade experiencekan...