Monday, April 26, 2010

Bersenam Di Nilai 3 sempena World Cup

Semalam exercise kat Nilai 3.
Memula ala-ala nak exercise jalan kaki round abih kedai kat Nilai 3.
Bila round 5-6 kedai,
Semangat tu dah hilang bila nampak jarak antara kedai boleh buat makan nasi 5 kali tambah.

Amik kereta,
Hidup enjin dan mula meliarkan mata pandang kedai-kedai yang boleh diterjah.
Best gila exercise duduk dalam air cond ni.
Nyaman, Nikmat dan Segar.

Dalam banyak-banyak kedai yang kena terjah.
Semua tak jual dah mende yang saya nak.
Mungkin ar orang kata old scool.
Tapi saya tetap suka dengan mende alah ni.
Taktau pesal.
Sampai saya cakap kat kawan,
"Ini last kedai, kalau tak jumpa gak, aku beli kat Ipoh je le"

Dan kedai yang terakhir tu memang betul-betul kedai yang terakhir.
Sebab kat situlah saya jumpa barang idaman.
Abih sume saya beli kat situ.
Siap kawan saya nak ingat bebetul kedai tu.
Senang,
Kalau lepas ni turn dia World Cup,
Terus pergi kedai ni je.
Eh,
Turn dia tak boleh World Cup.
Lama tu.

Berbaloi-baloi le jelajah Nilai 3 semalam.
Walaupun nak balik tu sesat sampai ikut jalan Bangi lama.

Saya memang camtu.
Nak pergi terror.
Nak balik ampesh.

Lepas ni cuma pikir barang nak naik selera tengok World Cup.

Tapi saya semakin selera nak makan McD.
Nyum..nyum..

*Imaginasi McD hilang bila Bulan datang cekak pinggang*

"tak reti-reti nak diet ke??"

Hampa..

Saturday, April 24, 2010

Kita Celebrate Bachelor Party Sebelum World Cup..

Saya bukan tergolong dalam orang yang suka makan bermacam benda makan.
Tapi saya kuat makan pada benda yang saya suka dan boleh makan.
Kalau kenal diriku ini,
Dan kita pernah makan bersama,
Mungkin kamu akan kata, saya salah seorang alien yang terlepas ke bumi.
Cuma kamu akan bercakap di dalam hati,
Atau direct di depan saya.

Jangan risau,
Saya tak pernah amik hati dengan ketidakpuasan hati orang sekeliling yang runsing,
Kenapa saya tak pernah makan itu,
Taknak makan ini.
Tapi terlebih suka makan itu ini.

Ada pikir saya suka berpantang.
Ye, saya memang pantang.
Pantang nampak benda yang saya suka makan,
Saya akan sebat dengan sepenuh hati terutama di saat perut berkondisi zero.

Ada kata saya mengada-ngada.
Perut kamukah yang kamu runsing sangat?
Bukan kan,
Perut saya..
Kalau saya lapar pun,
Perut saya.
Bukan perut kamu atau yang sewaktu dengannya.
Maka saya tidak peduli kutukan begitu.
Tak mati dek keji.

Sebab makan jugak,
Saya happy hari ni.
Menunggu masa tik tok..tik tok..
Cuba kosongkan perut sedaya upaya,
Supaya saya boleh melantak sehabis daya.

Oh Sunway,
Tunggu kami.
Hari ini kita celebrate Bachelor Party.
Hanya acara makan-makan.
Tapi yang tu buat saya happy.
Bukannya acara mari mencucuk langit.
Runsing ok.
*Bajet macam pernah je mencucuk langit*
Kihkihkih..

Tak sabar..tak sabar..

Thursday, April 22, 2010

Facebook Bagus untuk Silaturahim Tapi bukan untuk Cerita masalah rumahtangga

Semalam sesi test jersey.
Oh tidak,
Badanku semakin kembang.
Ikut nasihat pengurus,
Saya harus buat sesuatu.
Ikut nasihat partner World Cup,
Hahhh..makan lagi fast food bebanyak.

Bila sampai rumah,
Saya tetap mau berfacebooking walaupun jam dah pukul 12.30 malam.
Sekarang memang trend facebook.
Semua mende nak cerita kat facebook.
Ala-ala mengharap kasih sayang bila buat status ade plak yang sudi komen bagai.
Hiks..saya jugak begitu.

Tapi yang saya kurang gemar,
Bila yang dah kahwin sibuk jaja problem rumahtangga kat facebook.
Tolonglah,
Rahsia rumahtanggamu tetap rahsia rumahtanggamu jugak.
Janganlah nak berumahtangga bersama kenkawan yang lain kat facebook.

Kalau kamu perlukan pandangan orang luar dari kehidupan berdua,
Sila pastikan orang itu boleh dipercayai.
Bukannya bercerita pada satu dunia dan membuka ruang fitnah pada dirimu.

Apa kamu pikir,
Dengan bercerita kat facebook,
Segala masalah akan selesai??

Teknologi memang bagus.
Tapi teknologi jadi tak bagus kalau sudah disalah guna.

Jika tiba-tiba,
Suatu hari nanti,
Saya buat perkara yang sama.
Menjaja cerita rumahtangga pada dunia.
Sila ingatkan saya.
Sila tegur saya.
Tapi saya tetap berdoa saya tidak termasuk dalam golongan sedemikian.

Monday, April 19, 2010

Takde HIV Test, tak dapat tiket World Cup

Jumaat yang dah lepas,
Saya bercuti dengan enaknya.
Bukan cuti saja-saja.
Cuti demi mendapatkan tiket World Cup.

2.45 Pm,
Sudah terpacak depan pintu KK Gunung Rapat.
Cepat-cepat amik no giliran.
Untuk pastikan saya dan bulan jadi orang yang terawal untuk di test.

Saya : Ini 1st time saya pergi KK kat Ipoh.
Bulan : Awak sombong. Saya pergi sini le kalau problem gigi pun.

Ting! 1025.

Saya : Awak, nape dia panggil 1025, kita 1021.
Bulan : Sabarlah. Orang tu ada appointment dah kot.

Ting!1026

Saya : Awak, ape ni. Nape dia tak panggil no. kita?
Bulan : Sabarlah. Nanti no. kita naik le.

Saya tak boleh sabar.
Jumpa adik kaunter nak suh dia wat penjelasan.
Dia takde penjelasan banyak.
Dia suh saya baca apa kena buat time nak register.
Dengan muka kerek tak hingat.

Saya pandang muka Bulan.
Memang nak kena gigit!!
Bajet macam dah biasa pergi klinik kesihatan,
Tapi taktau kalau register kena letak IC dan isi borang.

Bulan tersengih-sengih.
Kalau saya vampire,
Saya gigit Bulan time tu jugak.

Selepas selesai register,
Muka saya dah masam-masam kelat.
Bajet nak yang paling awal,
Jadi yang paling lambat.
Tapi bukanlah marah sangat kat Bulan.
Lebih pada marah adik kaunter.
Cakap elok-elok tak boleh ke.
Abang yang nak isap darah untuk test tu lagi cool dari adik kaunter.

Nasib baik saya waras saya berada di persekitaran yang ramai orang.
Tak cool kalau nak marah-marah mende remeh temeh.
Jadi saya pendam perasaan marah tapi buat muka nak gigit orang pada Bulan.

Bila dah dapat result,
Saya non reactive.
Bulan jugak.
Maka kami boleh proses hubungan borang seterusnya.

Misi menuju World Cup 2010.
Fuhh..penat.

Wednesday, April 14, 2010

Persediaan World Cup..

World Cup Makin hampir.
Persediaan menjelang World Cup 2010 :

1) Jersey Japan - Dah tempah tapi lom siap lagi. InsyaAllah awal bulan 5.
2) Jersey Argentina - Dah book. Tapi lom bayar.
3)Jersey England - Dalam pemerhatian

- Sekarang misi untuk dapat tiket. Yeay, Jumaat cuti. Aouchhh..*takut kena cucuk*
- Tapi cuti untuk World Cup lom apply lagi. :((..

Tak pernah saya semangat menjelang World Cup.
Selalunya,
Bola..Bola..Bola..Buhsan ahhh..

Tahun ni je semangat lain macam sikit.
Semangat bola-bola api.
Tapi berdebar tu tetap ada.
Kenkadang pikir,
"Aiyak..saya kecik lagi ar, mana leh World Cup..World Cup ni"
Tapi realitinya,
18+10.

Takpe ar,
Cincai kira,
Mawi tetap World walaupun kalah ABP2010. Hiks..
Mawi World <> World Cup okies..
Tapi Lee Joon Ki tetap World sebab Korea leh main World Cup 2010.
Tak kisah ar korea mana.
Janji Ejaan K.O.R.E.A.

World Cup..World Cup.
Leh wat saya jadi fenin.

Gambor semangat menjelang World Cup saya buh kat sini.
Supaya semua orang semangat World Cup walaupun tak semangat tengok muka saya. ^_^







Saturday, April 03, 2010

World Cup 1

World Cup semakin hampir..

Dup dap..dup dap..
Tapi ada manyak menda saya tak buat lagi.
Termasuklah mintak cuti.

Isi borang pun belum.
Test-test sume belum di buat.

Tapi World Cup Makin hampir.
Dup dap..dup dap..

Bila dup..dap..dup..dap..
Saya makan lagi ke lagi.
Takut plak jersey tak muat.
Dup..dap..dup..dap..

Ini semua penangan World Cup..
Memang World arr..

Daisypath Wedding tickers