Monday, August 31, 2009

Surat untuk mendiang Cikgu Chee - Dari Penta Sc '99


Arrington,
University Of Edinburgh,
Brussel, England.
27 September 2009.

Kehadapan Cikgu Chee yang diingati selalu. Diharapkan agar cikgu sentiasa sihat sejahtera di samping keluarga. Buat diri anakanda di sini sihat, Alhamdulillah. Masih ingatkah cikgu pada saya? Saya salah seorang bekas pelajar Penta Sc '99. Agaknya bagaimana keadaan SERATA sekarang? Saya ada juga terbaca di akhbar mahupun internet tentang sekolah kita. Amboi, seronok dengarnya. SERATA tetap unggul dengan melahirkan para intelektual yang menyeimbangkan antara dunia dan akhirat.

Benar apa yang cikgu katakan dahulu, kehidupan selepas alam persekolahan bukan semudah yang disangkakan. Ia memerlukan ketabahan, kesabaran dan kekuatan iman. Tambahan pula hidup di perantauan, pelbagai onak yang perlu di tempuh dan tribulasi yang perlu dihadapi.

Cikgu Chee yang dikasihi,
Berkat usaha saya dan dorongan cikgu serta orang-orang tersayang, kini saya telah berjaya melangkah ke menara gading. InsyaAllah akhir tahun ini akan pulang ke tanah air dan bergelar seorang doktor pakar. Sepanjang saya di perantauan, banyak perkara yang saya alami, makanan, bahasa, kebudayaan dan pergaulan amat kontra dengan kita di Timur. Sudah 3 lebaran saya terpaksa berkeseorangan dan bergenang air mata. Mungkin inilah yang dikatakan pengorbanan.

Untuk pengetahuan cikgu, baru-baru ini Norahayu ada menghubungi saya melalui internet. Amboi dia sekarang ini sedang berkhidmat di Makmal Perubatan Malaysia (tercanggih di Asia) setelah mengambil course Teknologi Makmal Perubatan di Glasgow. Sekarang dia dibawah Jabatan Pengkajian Mikrobiologi dan Parasitologi. Dialah yang paling sibuk di majlis tu. Eh, terlupa pula saya nak beritahu. Rahayu cadangkan agar kami, bekas pelajar 5 Science '99 berkumpul di padang Ipoh sempena Hari Kebangsaan. Apa lagi untuk tengok kawadlah disamping melepaskan rindu pada kawan-kawan tersayang. Bila dah berkumpul macam ni macam-macam perkara yang dibualkan.
______________________________________________________
First saya jumpa Khadijah Saad. Sekarang dia jadi duta Malaysia ke Arab Saudi. Maklumlah dia memang teror bahasa arab pun. Piala pidato Arab pun siapa yang pegang dulu. Jadi tak hairanlah dia jadi lagu tu. Monitor kelas kami, Alfarizan tak kurang hebatnya. Dia buka farmasi di ibu kota. Cikgu ingat tak, dialah orang kuat Kelab Komputer selain Suraya. So, farmasi dia lengkap dengan komputer yang serba canggih. Suraya pulak dah buka syarikat komputernya sendiri, lebih kurang Cosmopoint.

Nur Farah Farhan yang sering menceriakan kelas pula dah bergelar doktor haiwan. Dia buka klinik dengan Nurul Jamilah. Cikgu ingat tak Jamilah ada membela katak plastik yang diletakkan di atas rak buku sewaktu di kelas dulu?Sedang asyik kami bersembang, muncul pula Nur Fauzani. Yang terkejutnya, dia tak pakai spek lagi. Kalau dulu spek dialah yang paling tebal. Bila ditanya, dia menuding jari ke arah Nor Zameera. Rupanya Zameera telah mencipta alat yang boleh memulihkan mata orang rabun. Sekarang dia berkhidmat sebagai pakar mata di PUSRAWI (Pusat Rawatan Islam). Hebat singgu. Si Fauzani pula bekerja dengan Umi Hani buka syarikat mengendalikan kursus-kursus dalam bidang ukur bangunan dan arkitek untuk graduan-graduan universiti. Syarikat Excellent Consultancy tu merekalah punya.

Lain pula ceritanya dengan Wildawati yang selalu mem'promote' pil susu kambingnya. Amboi, sekarang dia telah menyambung perniagaan familynya di farmasi. Ubat-ubatannya dieksport ke luar negara. Si Nor Aqidah pula bekerja di Pusat Sains Negara bersama Siti Hawa. Asyik berkepit dengan alat-alatan canggih yang kebanyakkannya lebih besar daripada mereka. Sekarang agak sibuk untuk persediaan melawat bulan.

Untuk pengetahuan cikgu, kami datang bukanlah saja-saja. Ada orang support. Pengangkutan, Puteri Dalila yang taja. Mana tidaknya, saya yang berada di sini pun dia bagi tiket. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain. Dia bekerja di bawah salah sebuah agensi perhubungan dan pengangkutan. Makanan pula ditaja oleh Nor Harlinawati. Dia buka Restoran ALJO Sdn Bhd. Makanannya sedap-sedap. Walaupun restoran biasa tapi keenakkannya macam di hotel 5 bintang. Cikgu nak tahu sebab apa? Kerana penasihat di restorannya ialah Nor Aziah. Katanya nak balas dendam pada orang D.M Catering/ (dewan makan) di SERATA dulu. Dia ambil course Sains dan Pemakanan di Ireland. Jadi makanan-makanan mereka bukan sahaja sedap malah berkhasiat.

Manakala Zura dan Mawarni pula membuka Pusat Rawatan Kecantikan Islam khas untuk wanita sahaja. Semuanya berlandaskan Islam seperti membaca doa sebelum memulakan rawatan. Sesekali cikgu jenguklah ke kedai mereka. Yang mengiklankan tempat mereka tu Hasmida dan Adilah. Mereka ni dulu agak pendiam tapi sekarang hebat sungguh. Kebanyakkan iklan di TV merekalah yang buat. Teringat pula pada Noorhayani dan Juanita. Sekarang ni mereka menjadi jurulatih netball negara. Yang respectnya mereka melatih atlet dengan mewajibkan pemain memakai pakaian yang menutup aurat. Tabik spring kat depa. Natijanya netball kebangsaan jadi johan di bawah pimpinan mereka ke peringkat antarabangsa.

Ada lagi berita yang membanggakan. Azwa, Sufina dan Syuhada sekarang ni dah buka syarikat rakaman nasyid di England. Wah...terbeliak mata orang England bila dengar nasyid-nasyid mereka. Saya pun terkejut juga bila dengar suara mereka berkumandang di radio dan televisyen di sini. Ha.. Zuraini pula sekarang ni jadi pensyarah Biologi dan kerapkali muncul di kaca TV membincangkan masalah alam dan penyelidikkannya tentang lapisan ozon. Kenkadang ada juga muncul dalam rancangan Forum Agama macam di sekolah dulu. Begitu juga dengan Fathiah. Dengar khabarnya dia jadi pensyarah bahasa arab di Jordan. Bangganya anak melayu jadi pensyarah B.A di sana. Dia dulu kalau cakap arab cair orang dibuatnya. Inilah untungnya belajar di SERATA. Dunia boleh, akhirat pun boleh.

Hayah pula di Sek. Sukan Bukit Jalil. Kalau dulu tiap-tiap petang dia jogging keliling sekolah. Lepas SPM dia ambil course Sains Kesukanan di universiti tempatan dan melanjutkan pengajian ke University Of Kentucky, USA. Termakbul juga hasratnya nak jadi jurulatih. Hafizah dan Mila pula jadi orang kuat Microsoft Corp. Malaysia. Banyak projek yang mereka buat. Nurul Fiza pun begitu. Hari tu berseri-seri wajah dia. Mana tidaknya, minggu depan akan terima anugerah dari PM kerana kemenangan sajak Bahasa Melayunya di peringkat antarabangsa. Si Siti Rabunah dan Hasmawati pula berkhidmat di LUTH (Lembaga Urusan Tabung Haji). Hebat sungguh.

Siapa lagi yang belum? Haa..inmi pula kisah Azree. Alah komander kawad '98. Terkejut kami bila melihat perubahan dirinya. Suaranya perlahan dan lemah lembut. Rupanya dia dah jadi isteri Datuk Mufti. Khamalia pula buka syarikat penulisan khat. Amboi smapai tak cukup tangan. Maklumlah hasil kerjanya sampai ke peringkat antarabangsa. Katanya dia ingin menobatkan tulisan khat sehingga seantero dunia. Dijah radzi dan Ziha masih study bersama saya di sini tetapi lain jurusan. Mereka bercadang buka klinik bedah sendiri tapi sebelum tu mereka ada MOU dengan IJN (Institut Jantung Negara). So, kena berkhidmat dengan kerajaan dulu.

Begitulah hebatnya anak-anak didik cikgu. Dahulu kelas kami ni banyak menimbulkan kontroversi. Namun berkat usaha kami dan sokongan cikgu semua, alhamdulillah kami berjaya. Terima kasih banyak-banyak cikgu. Sampaikan salam kami buat semua warga SERATA terutama guru-guru yang mengajar kami. Cikgu Umi Maznom, Mr. Chong, Cikgu Nazeri, Ust. Jawahir, Ustz. Fatimah, Cikgu Ramlah, Cikgu Rohani, teacher Raja Azah dan cikgu Norain. Sesungguhnya tanpa doa dan bantuan cikgu semua, kami tidak akan berjaya mencapai cita-cita kami. Maafkan segala keterlanjuran kami selama ini. Buat akhirnya, sambutlah salam sayang di angin lalu dari kami buat guru-guru tercinta di sana.

Salam rindu
Ainiezan
Brussel, England.

________________________________________________

- Surat ini saya cedok dari Majalah sekolah edisi 1999
- Surat ini bercerita kepada cikgu Chee selepas reunion pada 31 Ogos 2009
- Hari ni 31 Ogos 2009.
- SELAMAT HARI MERDEKA !!!!!!

p/s : al-fatihah untuk Puteri Dalila. (1982 - 2003)






8 comments:

kaklong said...

angah, sedih pun ada bila baca surat ni. dh 10 tahun..

Puan AA said...

en, tukor le layout blog en ni..
susah nak bace komen2..

lawak giler surat ni..
dulu mase ayah saye bace, die mati2 percaye, sampei ler bile die bace tang citer saye, baru ler die tau yg sebnornye..eheheh..

rasenye sorg je yg btoi dlm fiksyen sastera ni..wildawati..
yg lelain sume merapu..

meen said...

nukilan yang menyentuh hati..touching dowh..

ayu said...

OMG!terkekeh-kekeh aku gelak...huahuahua...tapi bila dh habis baca,sedih sgt2...aku teringatkan arwah Dalila...teringat dia nazak di hospital...Al fatihah untuk arwah..

zura lias said...

ayang,
yupp..10 tahun...angah mmg plan nk update entry nie time kekunun reunion 31hb 8 2009..td round padang ipoh..tp xde havoc2 kat sane mcm 1999.. poser kan..

en,
ohoo..sy x perasan lak kalo diklik kt title..komen x nampak..hiihih..nnti kalo ade mase sy betulkan..skarang bz bee...tu yg jenjarang leh gie blog org len..nk update link pun x sempat..

tue ar pasal..xde yg mengene..sib baik surat nie publish time 1999..cube kalo 2009 baru dpt..cikgu chee x sempat nk bace.. :(

kak meen,
ermm..tulisan remaja 17 tahun kak meen..tp yg sedey..slh sorg kwn kelas..puteri dalila dah xde..termasuk untuk penerima..cikgu chee pun dah jadi mendiang..

ayu,
yeahh..aku pun teringat..ntah nape ntah..lately aku asik tingat memori time kt taayah..terkenan kot..sbb kes xnak lansung dtg skolah..sbb ustazah patimah jumpe mak aku je..asik tanye-tanye nape aku x ikut skali kalo diorg gie umah ustazah..hiks..

Anonymous said...

Waaa sangat nice surat ni. Dan kelakar. Dan sedih. Huhu. Kreatif betul si penulis. Mati2 diya ingatkan Kak Zura yang tulis. Hehe

umem said...

Assalamualaikum,
Dulu saya di SERATA sampai form 3saja... mungkin u all tak kenal saya... cuma saya agak terkejut apabila dapat tahu P. Dalila dah meninggal... Innalillah...
Seronok baca kisah kawan2 yang dah berjaya...

luna said...

Ayg, Alg touching..serius..touching!
Alang copy paste ye.