Thursday, August 27, 2009

Tempat Nikmat Bulan Puasa

Bulan puasa,
Time kecik-kecik dulu,
Masuk bilik air tempat paling nikmat.
Suruh mandi 5 minit sekali pun takpe.

Sambil mandi,
Sambil air masuk dalam mulut.
Fuh, lega.
Hilang penat.
5 minit lagi,
Amik air semayang,
Kumur-kumur,
Opss,termasuk dalam perut.
Tak sengaja.
Tapi nikmat.

Bila kat sekolah,
Ustazah tanya sapa yang puasa penuh.
Bangga gila angkat tangan.
Dapatle hadiah sejadah, tupperware.
Paling tak boleh blah,
Ustazah kasik pokok apa ntah.
Tanam hari ni.
Besok dah mati.
Tangan ni ada aura kuat sangat.
:D..

Rutin masuk bilik air lebih kerap time bulan poser terhenti sampai saya darjah 4.
Agaknya keinsafan timbul dalam diri.

So,
Bila ustaz tanya sapa poser penuh.
Angkat tangan dengan bangga.
Itu memang satu kewajaran yang patut diberi perhatian.

Tapi kalau sekarang tengok saya masuk bilik air selalu,
Bukan tanda mengelat ya.
Pundi ini terlalu kecil nak tampung air yang banyak.
Hiks..

3 comments:

shu said...

hahaha same la cam aku kecik2 dulu.. suka sgt p cuci muka la hape la.

isk isk isk tak senonoh sungguh.

kanak2 le katekan.

ayu said...

zura,
aku dulu darjah 3,makan asam masin pastu dah makan simpan bijinya dalam poket baju sekolah...kantoi ler bila Pah tengok poket baju merah-merah....hua hua hua...skrg Pah dah takde...rindu kat arwah Pah..

Kak Long Mawar Merah said...

Puasa budak-budak...
Nasib baik darjah 4 dah insaf ya..
Selamat berpuasa dan menghayati keindahan berpuasa.