LONDON - Wanita-wanita yang suka bercakap didapati meluangkan masa lebih daripada empat tahun sepanjang hidup mereka dengan berbual di telefon, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu kajian oleh phonepiggybank.com membuktikan kebanyakan wanita secara purata menerima dan melakukan panggilan telefon sebanyak 288,000 kali iaitu 42,000 jam atau 4.75 tahun dalam seumur hidup berbanding lelaki.
Lelaki didapati membuat 277,000 panggilan sepanjang hidup mereka yang mengambil masa purata selama 28,500 jam atau 3.25 tahun.
Hampir 55 peratus dari panggilan yang dilakukan adalah membabitkan kerja manakala 45 peratus lagi untuk tujuan peribadi.
Namun begitu, tempoh satu panggilan peribadi adalah lebih lama sehingga mencecah selama 10 minit berbanding panggilan kerja yang dilakukan kurang dari lima minit.
Wanita di London dikesan menghabiskan masa selama 14 jam 16 minit seminggu bercakap melalui telefon diikuti dengan gadis Liverpool mencapai 13 jam 48 minit
seminggu manakala wanita di Birmingham bercakap selama 13 jam 27 minit.
"Mudah tersasar dari masa yang ditetapkan ketika bercakap melalui telefon. Wanita lebih cenderung bercakap berbanding lelaki," kata jurucakap phonepiggybank.com. - Agensi
_______________________________________________________
Tipu, tipu.
Bukan pompuan je bercakap lama kat tepon,
Laki jugak.
Contohnya,
Lelaki yang dipanggil Bulan.
Kalo pagi - 1 jam sepanjang perjalanan ke opis.
Pompuan : Awak boleh cakap ke ni?Takpe le kalo awak nak tido.
Bulan : Saya nak cakap tapi dah awak suh tido. Dah taknak cakap dengan saya lagi ke?
Dan seterusnya bla,bla,bla sampailah ke opis.
Kalo petang - 1 jam sepanjang perjalanan pulang.
Pompuan : Tensen kerja, Marah Pemandu lain.
Bulan : Politik, Isu semasa, Aktiviti hari ni, dan bla,bla,bla.
Kalo malam - 2 minit
Pompuan : Sayakan..bla,bla,bla cerita pasal diri sendiri dan masa depan dan terus pikir masa depan sampai besok paginya. zzz...
Bulan : Helo, helo..helo..bangun le awak. Kejap je dah terlelap.
Isk, nape tak angkat ni. Angkat le awak. Dah taknak cakap dengan saya ke?
Contoh-contoh lelaki lagi banyak bercakap dari pompuan.
Sape penulis artikel ni kena bebetul cari fakta ni.
Ahakz..
P/S :
Kepada pihak berkenaan,
Sila ampunkan saya kerana membuat pendedahan di sini.
Ini adalah untuk membuktikan lelaki lagi banyak bercakap di telepon dari pompuan.
Hahaha..
*biase ar, cik pompuan mesti nak backing cik pompuan gak..hiks..
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago