Monday, January 19, 2009

Life's A Gamble

Hidup macam berjudi.
Bezanya, judi takde usaha.
Hanya serah pada nasib.
Ade ong, success.
Takde ong, muflis.

Hidup lain.
Hidup kena ada usaha,
Berdoa pada Tuhan,
Dan tawakkal.

Sekarang situasinya saya sedang memperjudikan hidup saya.
Untuk masa hadapan yang terang benderang,
Atau kelam dan suram di kemudian hari.

Memang kita tak mintak kelam dan suram.
Semua orang mahukan terang benderang.
Tapi yakinkah kita tiada istilah kelam di malam hari,
Walaupun kita rasa kita sudah berada di landasan yang betul.

Kita hanya mampu berdoa,
Semoga yang kelam-kelam itu bisa dijauhi.
Semoga yang kelam-kelam itu dapat kita tempuhi.
Semoga yang kelam-kelam itu,
Kalau timbul,
Biarlah sementara,
Sebelum datang cahaya sederhana terang.
Yang buat kita mampu tersenyum,
Untuk meneruskan kehidupan.

Saya rasa,
Seperti ada beban tersangkut di bahu.
Taip dengan tersekat-sekat.
Maksud belum dicapai.
Jadi entry seterusnya bersambung di sini.

6 comments:

Anonymous said...

jangan kelam lama2...

amcek said...

masa hadapan adalah sesuatu yang kita tentukan. bukan sebab ia sudah tertulis begitu tetapi kehidpuan sekarang yang menjadikannya begitu.

nak risau ape. ini pilihan kita. kamu pilih satu jalan. dan kamu tentukan apa yang kamu mahu dalam jalan yang kamu lalui. kalau mahu duri, letakkan duri. kalau mahu api, letakkan api. kalau mahu bahagia. usaha!

Khadijah said...

Acu doakan semuanya akan baik2 saje ngah. Amin

AK said...

moga hidup anda terang benderang
n.. jgn men judi ok!
=p

zura lias said...

jejakalkindi,
nanti sy amik lampu suluh ek..hihihh

amcek,
masa hadapan bukan kite yg menentukan..kite cume merancang supaya A akan jadi A tapi kuasa Tuhan, kenkdg A boleh jadi O..itu namanye qada' dan qadar..
Kadang-kdg kita rase itu jalan bahagia yang kita pilih..Tapi belum tentu 10 tahun lagi, kite boleh tau..jalan itu masih elok atau sudah berlubang yang tak dapat diselamatkan lagi..yang penting..berdoa, kita ade kekuatan camne pun yang terjadi pada masa sekarang atau masa hadapan..

zura lias said...

acu,
aminn..mekasey acu.. *peluk acu*

kamal,
mekasey..sila belikan lampu kalimantang ye.. ;)