Wednesday, January 14, 2009

Ini entry lepas geram. Tiada berkaitan dengan anda dan anda

Disebabkan kebuhsanan tahap gaban,
Kemalasan tahap ultraman,
Kemengantukan tahap cipan,
Kefokusan tahap kosong,
Saya updatekan entry ini tatkala jam belum pun menunjukkan angka 5 dan 40 minit.

Mood hari ini betul-betul mengecewakan.
Dek sejuk-opis-panas-luar punya simptom.
Tahap kepeningan bertambah.
Tahap terkinja-kinja nak balik rumah,
Sudah mencapai 100 darjah celcius.

User yang membuat panggilan,
Untuk bertanya kefahaman tentang sistem yang sudah diupdate,
Buat saya jelak,
Apakah?
Manual sudah diberi.
Notis juga sudah diberi.
"SISTEM INI HANYA BERFUNGSI PADA 15hb JANUARI."

Tapi masih ada juga yang rindu mau mendengar suara saya,
Mau bikin saya panas hati.
User bertanya,
Kenapa sistem ini belum berfungsi?

Hari ini belum 15hb kan?
Masih 14hb kan?
Atau patut saya sertakan bersama tarikh bulan Islam.

Saya meroyan melepaskan geram di blog.
Saya taknak marah user.
Tak baik kita marah orang yang tak reti nak paham-paham.
Atau lagi senang nak cakap,
MALAS NAK MEMBACA DENGAN TELITI!

4 comments:

Hajar said...

alahai. kesiannye awak. mmg kdg bleh jd meroyan ngn org yg x 'reti bahasa' nih. huhu.

xpe, just look at the +ve side. mungkin diorg rindu nk dgr sore awk yg lemak merdu tuh. hehe.. :)

diya said...

comel je cara akak lepaskan geram... hehehe. user tu rasanya lebih kurang mcm diya kot. baca sekali imbas je. hihi

fiezabaiduri said...

terlepas ke tidak geram tu.
bila baca rasa macam tak lepas je.hehe..
terbayang seorang wanita yang sangat ayu.
nak marah pon macam tak marah.hehe..

nice blog!

ak_0143 said...

errr
masa ni dah activate kan komen blog ni...
mana la tau, komen tersalah masa activate!
ops!