Lama tak menambah entri.
Lama tak tinggal komen kat blog kenkawan.
Tapi selalu pergi menjenguk.
Baca,baca.
Cerita sedih, mood terharu.
Cerita kelakar, mood senyum.
*ikut sunnah nabi* ;)
Sepanjang senyap sunyi,
Macam-macam yang terjadi.
Macam-macam yang berlaku.
Cumanya,
Yang selalu terbayang-bayang,
Kemalangan di depan mata, di belakang kereta sendiri.
Seorang penunggang motosikal,
Yang cuba mencilok kereta saya,
Tapi terbabas melanggar pembahagi jalan.
Kejadian itu,
Saya lihat dari cermin pandang belakang.
Sesudah kereta sudah memecut kehadapan.
Dia,
Penunggang itu,
Saya taktau hidup atau mati.
Yang saya nampak,
Dia melambung 2 kali.
Dari pembahagi jalan,
Ke arah jalan raya.
Kaku.
Tak bergerak.
Alhamdulillah, kereta di hadapan tidak terlanggar.
Tapi helmetnya,
Sudah tercampak sebelum dia terlambung 2 kali.
Saya doakan dia selamat.
Kalau cedera,
Biarlah yang ringan.
Kalau sudah sampai ajalnya.
Al-Fatihah jika beliau seorang penganut Islam.
Tarikh kejadian : 24hb Januari 2009
Tempat kejadian : Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Utara ( Berdekatan Hentian Bukit Merah)
Masa : Dalam anggaran pukul 2.oo++ ptg.
Ciri-ciri si dia : Seorang lelaki berkacamata hitam, berjaket merah hitam (mungkin), menunggang motosikal yang saya tidak tahu apakah jenis dan kuasa enjinnya.
Teman dan 5 Ekor Lembu
15 years ago
8 comments:
zura..tragisnya
kak meen,
erm..sampai skarang terbayang-bayang kak meen..xleh nak patah balik sbb zura dh ke depan..kat highway lak tu..hope die selamat.. tpp..xtau le..kuasa Tuhan..
dari apa yang akak cerita ni, macam boleh terbayang macam mana teruk keadaan dia. sampai melambung2 tu, ya Allah... tak sanggup diya nak tengok.
pengalaman depan mata yg tragis. kalau bai la yg tengok, pasti akan teringat².. pengalaman...
aper nombor plat motor yg ditunggang oleh lelaki berkacamata hitam, berjaket merah hitam (mungkin) ittewww.. uhuhu
wah..ayg tgk anjing kena gilis pun dh nagis 3 hari 3 mlm, inikan pula manusia..wah..x terbayang...
owh!...dapat bayangkan keadaannya..you! drive carefully..
huks..sadisnye..buckle up the helmet!
Post a Comment