Wednesday, September 24, 2008

Salam Lebaran

Saya dalam proses :-

Hembus nafas.
Tarik nafas.
Hembus nafas.
Tarik nafas.

Kalau ada blog yang ditinggal komen.
Ada yang tidak.
Itu bukan tanda pilih kasih.
Itu tanda masa saya tersekat-sekat.

Bila free,
Saya melangkah.
Bila sibuk,
Berhenti.

Berhenti bukan kejap.
Lama-lama sikit.
Kadang-kadang jadi bukit.
Tapi saya takmau tutup blog.
Jadi maafkan saya jika ada sawang yang tak sempat nak bersih.

Bila nafas sudah teratur,
Saya gerak kembali aktiviti.
Untuk ucapan selamat hari raya yang dikirim,
Melalui pejabat pos,
Friendster,
SMS,
Blog,

Terima Kasih Daun Keladi.
Ada Masa saya cuba send kembali.
Kalau tidak,
Ucapannya disini,

Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Dan Batin.

Untuk kata-kata tak terjangkau dek akal,
Untuk janji-janji yang belum tertunai,
Untuk segala segi yang terjangkit di hati,
Ribuan ampun dipohoni,
Semoga Ramadhan bertaut dihati,
Syawal menjadi hari yang diberkati.

Salam Lebaran.

Wednesday, September 17, 2008

Selamat Menyambut Hari Penurunan Al-Quran

Semalam tidur awal.
Pagi ni liat mau bangun.
Kelmarin tidur lewat.
Semalam, senang mau bangun.

Ajaib sungguh.

Bagi saya ajaib la.
Bagi orang lain,
Orang lain la punya pendapat.

Saya tetap rasa ajaib.

Dan lagi ajaib,
Keluar lambat pagi ini,
Sampai awal "gilerk" di opis.
Jalan clear.
Tiada jem.
Tiada kerunsingan diri,
Atau caci maki di dalam hati.

Untuk orang bekerja di Selangor,
Cuti-cutilah selalu ye.
Saya happy anda cuti. (Read:Dengki)


Selamat Menyambut Hari Nuzul Quran.

Tuesday, September 16, 2008

Kereta Ganti Peruntukan Raya Yang Lebur

Musim perayaan,
Selalu orang gantikan dengan langsir baru.
Perabot baru.
Baju baru.
Kuih baru.
Kasut baru.

Saya,
Gantikan dengan alatan kereta baru.
Yang sungguh mendebarkan jiwa rasa.
Demi memastikan kereta selamat dibawa pulang ke kampung.

Tapi.
Masih ada saki-baki sakit yang tertinggal.
Harus bertemu kembali dengan tok pawang.

Apa gerangan,
Sakit yang tiada tiba-tiba ada.
Sungguh penasaran.

Monday, September 15, 2008

Saya dan Pemanis Muka

Minggu lepas,
Saya balik ke Ipoh lagi.
See, saya memang menolong pengusaha bas mengkayakan kampeni memasing.

Saya turun dari ERL.
Ada makcik yang saya pikir kakak berjalan di depan saya.
Saya mau bergegas ke stesen LRT untuk mengambil LRT ke plaza rakyat.
Kakak aka makcik itu berjalan terlalu lemah lembut.
Atau saya yang melangkah besar?

Sampai di stesen,
Melepaskan lelah sambil minum air Mcd.
Oh, adegan ini berlaku sewaktu azan maghrib sudah berlalu ye.

Makcik yang saya pikir kakak duduk di sebelah saya.
Agaknya saya ini ada pemanis muka.
*ayat tak boleh blah* hahahah..
Dia tegur-tegur.
Lantas dia ajak sembang.
Dan kepantangan saya adalah,
Jika sedang buhsan,
Ada yang mengajak bersembang,
Tiba-tiba,
Secara drastiknya saya akan menjadi seperti menantu idaman makcik-makcik.
Ramah tamah bersembang seperti sudah kenal lama.
Padahal,
Hakikatnya,
Saya masih gadis pendiam,berbudi bahasa.

Makcik itu sama-sama mau pergi ke Plaza Rakyat.
Dia ragu-ragu kerana sebelum ini ada sang anak menemani selalu.
Saya selaku manusia bertanggungjawab,
Cuba menjadi penunjuk arah tak bertauliah.

Masuk dalam LRT,
Kelihatan tiada tempat duduk yang kosong.
Saya jumpa tempat berdiri yang selesa.
Yang boleh saya sandar sambil tunjuk gaya macho.

Saya beri ruang pada makcik untuk bersandar sama.
Sembang-sembang lagi.
Tanya itu.
Tanya ini.

Sampai stesen BTR,
Ada tempat kosong berdekatan.
Saya suruh makcik duduk di situ.
Kerana saya lebih selesa berdiri.
Makcik menggelengkan kepala.
Dia mau berdiri bersama dengan saya.
Mungkin makcik baru tau,
Berdiri di dalam LRT sambil mendengar walkman itu macho.

Sampai Plaza Rakyat,
Makcik teruskan bersembang.
Tapi saya tidak boleh meneruskan lagi penyembangan.
Tandas sudah melambai-lambai.
Saya mintak izin mau menunaikan hajat sebentar.
Mungkin makcik kecewa tidak dapat meneruskan sesi suai kenal.
Tapi saya lebih kecewa kalau saya tidak sempat ke toilet.

Bila sudah selesai semuanya,
Pergi semula ke arah makcik.
Tapi bas saya sudah tiba.
Saya terpaksa beredar dulu.
Bersalam-salaman dengan makcik.
Ada masa kita jumpa lagi.
(Entah bila le tu..)

Tapi kesimpulannya yang saya dapat di sini,
Mereka yang sudah tua rajin menegur saya.

i)Samada saya ada pemanis muka?
ii)Atau saya seperti orang tua?

Saya lebih suka yang no. (i).
Sila jangan bangkang.

p/s:
makcik tu cakap saya student.
Dan sampai sekarang saya termimpi-mimpi memakai beg sekolah,
Naik basikal macam errot pajirot n awie graseka.
:D

Thursday, September 11, 2008

Malas

Malas.

Saya ada perasaan malas sekarang.
Malas mahu online.
Bila YM di malam hari,
Saya sepikan diri dengan status "invisible".

Malas.

Maaf kawan-kawan.
Saya masih malas mau meninggalkan jejak di blog masing-masing.
Tapi saya masih pengunjung yang setia.
Tunggu saya basuh tapak kaki saya bersih-bersih.
Baru boleh jejak kaki rumah orang.

Malas.

Rupanya saya masih belum berhijrah.
Dari sifat malas kepada rajin.
Malas itu masih tertinggal.
Untuk perkara tertentu.
Dan yang paling ketara sekarang,
Malas mahu online.

Malas.

Saya begitu malas mahu mengadap komputer.
Mungkin sudah terlalu muak.
Dari 2000 hinggalah sekarang,
Hidup saya banyaknya di depan komputer.
Jadi malas itu makin menebal.
Bila saya memandang komputer.
Walaupun kerjaya saya menuntut,
Saya memandang komputer hingga tembus.

Malas.

Arghhhhh..
Malas..malas...malas...
Tapi saya masih rajin untuk update blog.
*wink..wink*
Sekurang-kurangnya masih ada rajin yang tertinggal.
:D

Monday, September 08, 2008

Kebaikan Hijrah

Entry ini tidak sesuai untuk mereka yang berumur 17 tahun ke bawah.
Entry ini tidak sesuai untuk mereka yang :-

1) Sedang belajar di mana-mana institut pengajian di Malaysia.
2) Sedang menunggu peluang pekerjaan.
3) Baru masuk dalam dunia kerjaya.

Saya sudah beri amaran.
Terpulang mahu ikut atau tidak.
Seperti iklan rokok.
"Merokok membahayakan kesihatan"
Berapa ramai yang hisap rokok mau amik peduli.
Jadi saya tidak peduli,
Mau ikut atau tidak larangan saya.
Yang penting amaran sudah diletakkan.
*Begitulah agaknya kata hati pengusaha rokok di Malaysia"
:D

Bermulalah kisah.
Bukan kisah.
Luahan hati.
Perasaan terpendam.

Dulu,
Company lama.
Selepas solat zuhur,
Saya akan meluangkan masa dalam 15 minit untuk tidur di surau.
Kadang-kadang terlajak jadi 30 minit.
*Situasi ini terjadi jika saya memang tiada kerja*
Tidur dengan aman.
Beralaskan sejadah yang empuk.

Kalau bulan puasa,
Surau penuh dengan mereka yang sedang bertafakur di lantai surau.
Dengan mata terpejam.
Juga beralaskan sejadah di kepala.
Harus bergegas ke surau untuk merebut tempat yang selesa.

Sekarang,
Di pejabat baru.
Surau sebelah office.
Nyaman beraircond.
Saya cuba juga untuk meluangkan masa seberapa ketika.
Tapi hanya seketika.
Suhu yang melampau sejuk buat saya lebih rela duduk di office.

Surau memang menjadi tempat solat.
Bukan lagi tempat rehat sementara.
Dengan kerja yang tak pernah tak ada.
Makanya aktiviti saya dahulu sudah terhenti.

Moralnya:
Mungkin hijrah membantu bukan saja membuka minda, menambah pengetahuan malah membantu menjadi pekerja berdedikasi.
:D

Tuesday, September 02, 2008

Kereta Meragam

Patutnya entry ini sebelum entry puasa.
Tapi kerana mau mengucapkan selamat berpuasa dahulu kepada rakan-rakan,
Saya dulukan yang mana dulu.

Masih berkisar tentang tempat kerja.

Saya bergegas keluar dari ofis untuk mengambil anak sedara di nursery.
Punyalah jalan macam lipas kudung.
Tiket parking sudah dibayar.
Saya menghidupkan enjin kereta.

Pusing,pusing,
Tidak berfungsi.
Pusing,pusing,
Dia masih buat bodoh.
Ah,sudah kereta ni.

Saya telefon Pusat Khidmat Persendirian.
Untuk pertanyaan kenapa kereta saya dingin pada tuannya.
Dia bilang, mungkin saya lupa menutup lampu,
Lantas bateri sudah kong.
Saya agak terperasan, sebelum menghidupkan enjin,
Saya ada menggagau sudut lampu.
Dengan pantas membalikkan ke normal.
Tapi saya pikir itu hanya ilusi.
Lebih kurang macam in denial saya dikategorikan manusia cuai.
Kepala sudah pusing bagaimana mau meminta bantuan.

Bila panik,
Saya jadi hilang malu walaupun kelihatannya saya ini pemalu orangnya.
*Sape lagi nak puji diri sendirikan* hikss..
Saya mintak tolong cina hensem tolong tolakkan kereta saya.
Sambil saya menghidupkan suis kereta.
Sebenar-sebenarnya,
Saya tiada pengalaman dari sudut tolakkan kereta ini.
Saya menggunakan gear 1.
Dia cuba menolak.
Tapi tidak berjaya.
Lantas dia suruh saya masukkan 'free gear',
Supaya senang dia menolak.
Hasilnya, nan ado.

Akhirnya,
Dia menyerah.
Letakkan kereta saya di tepi pondok guard.
Sekali lagi,
Tanpa malu,
Saya bertanya pada guard bertugas.
Tentang kondisi kereta saya.
Mana tau, dia ada jumper yang boleh memberikan tenaga kembali kepada kereta saya.

Rupanya sudah lama dia lihat lampu kereta saya terpasang.
Mahu dihubungi tapi tidak tau bagaimana mau menghubungi.
Dia sudah bersedia.
Dengan situasi kereta bateri kong.

Hasil bantuan guard-guard bertugas,
Kereta saya berjaya dihidupkan.
Mujurlah selama ini saya tidak pernah menjeling mereka bila mereka mengusik di jalanan.
Saya hanya tersenyum kerana mereka hanyalah taraf adik-adik pada saya.

Akhirnya,
Terima Kasih guard-guard kerana kereta saya berjaya dihidupkan.
Budimu ku kenang dengan membayar harga parking untuk jumlah yang agak besar selama sebulan dan berbulan-bulan.

~ SIGH ~

Monday, September 01, 2008

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa untuk semua.
Semoga kita menjalani ibadah dengan aman dan sentosa.
Hari ini,
Untuk hari pertama berpuasa,
Saya berbuka di dalam bas.
Oh, syahdunya.
Ditemani lauk dari kampung.

Sekali lagi,
Syahdunya gue...
hukkss..