Walaupun semalam tidur lambat,
Saya tetap bersemangat mau pergi kerja awal.
Untuk memulakan kembali proses menghitamkan kad kedatangan ke pejabat.
Setelah beberapa minggu, hanya warna merah yang kelihatan.
Pada mulanya mau memakai baju bewarna pink.
Tudung bewarna pink.
Tapi saya bukan penggemar warna pink.
Mungkin dulu mau membuktikan saya bukan lesbian atau tomboy,
Maka saya memilih warna yang selalu dipilih oleh gadis-gadis.
Lagipun emak bilang, "asik warna biru je."
Jadi cuba mewarnakan hidup dengan warna-warna berlainan di baju.
Tapi jika pilih baju bewarna pink,
Saya harus menghilangkan kedut-kedut di baju.
Kerana semangat yang membara mau menghitamkan kad kedatangan hari ini,
Mengubah niat memakai baju yang tidak perlu digosok.
Dan baju itu masih biru. Hiks..
Keluar rumah dengan waktu yang awal.
Sampai di suatu simpang, jammed yang sangat teruk di situ.
Mengambil keputusan menggunakan jalan altenatif yang kali terakhir diguna,
3 tahun yang lepas.
Saya berpendapat,
Ikut sahaja ke mana hala tuju yang mana ada banyak kereta menggunakan jalan itu.
Saya memandu dan terus memandu.
Sampai saya sedar,
Kapasiti memori tidaklah sebesar mana.
Perkara 3 tahun yang lepas telah terhapus dari memori.
Buntu ke manakah hala tuju.
Sampai nampak suatu simpang, ada papan tanda menghala plaza phoenix.
Lega.
Tapi lega tidak hilang.
Berderet-deret kereta sedang menunggu.
Lebih teruk dari jammed yang cuba dilari sebelum melalui jalan ini.
Saya berpatah balik.
Sesekali terasa macam mau menyekeh diri sendiri.
Orang tua-tua kata,
Kalau sudah sesat jalan,
Baliklah ke pangkal jalan.
Mengaplikasikan pesanan orang tua dalam kehidupan.
Tiba-tiba rembesan memori yang lepas meresap masuk dalam kapasiti memori yang sedia ada.
Sudah jumpa jalan 3 tahun yang lepas.
Walaupun tidaklah yakin, tapi saya mengikut kata hati.
Selalunya kata hati adalah kata yang betul.
Akhirnya selamat tiba di pejabat,
Walaupun akhirnya,
Kad kedatangan masih lagi merah.
Tak mengapa,
Esok masih ada untukmu.
Saya tidak berputus asa.
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago