Tuesday, March 20, 2007

Mukhsin

Agak busy kebelakangan ini, jadi tiada masa untuk entry baru.
Percayalah, saya tidak berdusta.
Bukan alasan semata-mata.

Bermula dengan tontonan Mukhsin di hari Sabtu.

Basmallah...

Seperti saya tonton cinta, seperti itu Mukhsin meresap dalam jiwa.
Kampung yang cantik.
Galah panjang permainan semasa kecil.
Pokok besar yang senang dipanjat.
Basikal tua yang jadi kenangan.
Bermain dengan kucing.
Lebih senang bermain dengan budak lelaki.
Tidak suka duduk di bahagian tengah palang basikal. (Sakit montot oo..)
Dan tidaklah duduk dengan cara sopan.

Semua itu ada dalam lipatan kenangan kecil saya.

Kawan saya bilang,
jika dia berumur 12 tahun,
pada saat Mukhsin ditayangkan,
Dia boleh jatuh cinta dengan Mukhsin,
kerana Mukhsin ada ciri-ciri lelaki idaman yang dia suka.
Tapi itu jika dia berumur 12 tahun.
Malangnya dia sudah 24 tahun dan bakal menjangkau 25 tahun.
Jadi, lupakan saja.

Bahagian yang menyentuh jiwa,
Apabila Mukhsin memanggil Orked dengan panggilan yang sayu.
Jika saya adalah Orked,
cukup dua kali dipanggil begitu,
saya sudah menjengukkan diri.
Bukan kerana saya cepat cair mahupun lemah dengan pujukan lelaki,
tetapi perasaan simpati lebih kuat dari hati yang keras.
Itu jika Orked adalah saya.
Lalu hati saya terbuai dengan babak itu.
Mujur..mujur tidak ada air lain di mata.

Maka saya menonton Mukhsin dengan tenang.
Setenang jiwa saya tanpa ada tisu di tangan.

Dan watak yang paling saya suka, tentunya Ayu yang kecil-kecil cili boh.
Bukan sebarang laser.

Yang paling penting, saya suka perli kiasan dalam cerita ini.
Cantik.tersirat tapi makann dalammmmm...

No comments: