Friday, March 30, 2007

Perasaan Ditinggalkan

Sekali lagi ditag. Topiknya, Perasaan Ditinggalkan.

Saya agak keliru sedikit dengan tag ini. Mau bercerita bagaimana perasaan ditinggalkan atau mengapa ditinggalkan.
Disebabkan selalunya saya lebih senang melanggar peraturan, jadi saya kaitkan ke dua-duanya.
Bolehkan diya?hiks..

Saya,
Lebih banyak ditinggalkan dari meninggalkan. (saya rasa)

Yang paling meremukkan hati, bila ditinggalkan sidia walaupun ditinggalkan kucing juga buat saya mengalir air mata.

Saya,
Mesra, Sekepala (mungkin), Perasaan senang bersama dengannya.
Tiada rasa curiga. (kalau ada pun saya buang jauh-jauh).
Dan seikhlasnya saya memang senang bersama dengannya walaupun kadang-kadang ribut melanda jugak.

Dan tidak ada lelaki sebelum ini yang buat saya selesa bersembang, bergelak dan bergurau kecuali dia. (Itu perasaan dahulu, semasa pertama kali berjumpa dia).

Ditinggalkan,
Mungkin selalunya lebih senang disebut tiada jodoh.
Itulah ketentuan dariNya.
Tapi sebabnya bermacam-macam.
Sebab untuk saya,
Ibunya lebih suka perhubungan dijarakkan.
Mungkin ibunya betul,
Percintaaan jarak jauh selalunya mengecewakan.
Ibunya mungkin tidak mahu ada yang terluka. (saya cuba mengambil sudut positif walaupun terlintas juga fikiran negatif)

Saya dan dia setuju.(walaupun sebenarnya saya tidak bersetuju)
*saya ada sifat suka menyembunyikan perasaan sendiri.*
Kerana fikiran saya, isteri di sisi suami.
Di mana suami berada, walau taknak, walau tak senang,
Saya wajib bersama si suami jika itu permintaannya kecuali pergi ke tempat yang di larang Tuhan.
Jadi, tiada masalah untuk percintaaan jarak jauh. (itu fikiran dahulu. sekarang, saya tidak percaya)

Masa berganti masa,
Selang 3 minggu ditinggalkan,
Dia sudah tiada.
Tiada selama-lamanya.
Ibunya memang betul.
Dia tidak mahu ada yang terluka.
Kerana anaknya cuma menunggu hari.
Yang tinggal cuma batu nisan.

Perasaan,
Mendengar permintaan ibunya,
Seperti batu dihempap ke kepala.
Sepanjang hari saya menangis dan menangis.
(Ya, saya tipu kawan-kawan bila saya bilang saya tidak menangis).
*Kan saya ni ada sifat suka menyembunyikan perasaan sendiri*
Selepas itu saya tidak menangis sepanjang hari,
tapi bertukar sebelum tidur di malam hari.

Ada masa berpikir,(bila fikiran negatif datang)
Mungkin saya tidak cukup baik untuk dia lalu alasan itu yang paling sesuai diguna.
Dan saya cuba untuk membenci dia.
Saya memang benci.
Benci kenapa saya masih teringat walaupun saya sudah membenci dia.

Dan selepas 3 minggu ditinggalkan,
Saya menjadi semakin benci kenapa saya tiada di sisi dia.
Saya marah pada diri sendiri kerana ada fikiran negatif.
Saya kutuk diri sendiri kerana menyembunyikan perasaan saya,yang saya tidak pernah setuju untuk berpisah.
Saya tidak mampu lagi menangis.
Air mata sudah buntu waktu mana harus mengalir.

Dan kerana itulah saya masih sendiri sekarang.
Kerana kesan ditinggalkan itu amat mendalam.
Saya masih bimbang, sekali lagi ditinggalkan.
Dan waktu itu, saya tidak dapat lagi menahan emosi saya.
(Alasan, sebenarnya xde orang nak..hikss..)


P/S: Saya tidaklah bermaksud untuk merayakan 1 April sebagai hari penipuan.
Tapi memandangkan semuanya kebetulan dan kebetulan juga hari sabtu dan ahad, blog tidak akan diupdate. (takde internet sebenarnye).
Maka secara kebetulanlah saya menipu sesiapa yang membaca entry ini bahawasanya cerita di atas hanya rekaan tuan blog. Tuan punya blog ada imaginasi yang terlalu tinggi maka bila ditag oleh diya, tuan blog memanipulasikan imaginasi hasil tontonan drama korea untuk diadaptasikan dalam entry Perasaan Ditinggalkan.

Mungkin perkataan menipu itu nampak jahat, jadi saya gunakan bahasa nakal,
"Maaf kerana mempermainkan sesiapa yang membaca".
Ye, saya sedang dilanda sindrom kerja berturu-turut, rehat. Kerja berturut-turut, rehat.

Nota:
Perasaan ditinggalkan memang sakit. Sakit sangat.
Tapi meninggalkan lebih kejam.

Antara ditinggal dan meninggal,
Ditinggal lebih sakit.

Tapi,
Lebih baik ditinggalkan dari meninggalkan,
Kerana,
Menyakitkan hati orang, sakitnya akan terasa di hati sendiri.
Mungkin bukan sekarang,
Mungkin bukan tahun depan,
Tapi suatu hari nanti nanti.

Thursday, March 29, 2007

CD Korea

Ghairah melayan cd korea mengakibatkan,
tidur tak lena kerana berjaga sehingga lewat malam demi menghabiskan drama sebanyak 16 episode.

Saya ada hobi baru sekarang.
Sewa Cd drama korea dan habiskan masa dirumah dengan menonton cd, cd dan cd.
Saya sudah mengira keuntungan dan kerugian yang didapati hasil dari hobi yang baru ini.
Jika saya menghabiskan duit sebanyak RM16 ringgit, saya dapat menonton 2 drama korea berbanding jika membeli di Kotayara, hanya 1 drama yang dapat ditonton dengan pengeluaran sebanyak RM100++.
Cuma keistimewaan jika dibeli sendiri, dapat ditonton berulang kali.
Tapi sepanjang membeli cd dan dvd sendiri, tontonan hanya sekali ataupun tidak menonton lansung.
Jadi, siapa yang untung dan siapa yang rugi?
Ini dipanggil win-win situation.

Entry hari ini cukup sampai disini.
Minggu ini memang minggu meletihkan,
dengan kerja, dengan melayan cd korea lagi.
hikss..^_^
Ada separuh lagi cd mau dihabiskan, dan 1 drama lagi menunggu.
Pinau mataku.

Tuesday, March 27, 2007

Tiket Bas

Kalau sekali lagi saya cakap alasan tidak berblog adalah kerana busy dengan kerja yang menimbun,
mungkin ada yang menempelak saya hanya beralasan, berpura-pura busy atau apa sahaja yang jika selalu didengar boleh meninggalkan jelak di dalam hati saya.

Entah kenapa, saya semakin cepat jelak sekarang.
Semakin umur meningkat, saya semakin senang untuk menjauhkan diri jika terasa tidak dihargai.
Jika saya berhubung dan berhubung tapi balasannya nan ado, saya mula menjauhkan diri.
Eh, saya bukan mau bercerita hubung dan jelak.
Saya mau bercerita satu hari yang malang untuk saya.

Seperti biasa, Jumaat yang lepas adalah hari untuk saya balik ke kg halaman.
Tiket bas yang diambil pukul 8.30 malam.
Walaupun kerja sedang menimbun, saya tekad untuk balik awal jugak jumaat itu.
Jam tepat pukul 4.30, saya menyusup keluar dari bilik.
Sampai rumah, siap-siap mayang, mandi dan menyidai baju. ( Saya menyidai baju di ptg hari, senang sikit dh nampak matahari memang naik). *alasan x sempat sidai baju diwaktu pagi*...^_^
Saya menunggu abang saya pulang dari Melaka untuk menghantar saya ke "TUT"..(saya terpaksa tapis ayat ini untuk mengelakkan dari orang tertentu mengetahui di mana saya berada sekarang).*saya mmg psycho..hahaha.*
Tunggu punya tunggu, jarum jam sudah menganjak ke 6.35 ptg.
Abang saya bilang dia sudah berhampiran cuma lewat sedikit mengambil anaknya di rumah baby sitter.
Abang saya memberi idea, pandu sahaja kereta saya ke stesen berkenaan, dia akan ambil kereta saya kemudian.
Saya setuju.

Memandu dengan had laju yang boleh menyebabkan disaman.
Dengan minyak yang jarumnya sudah diparas E,
tiba-tiba saya tersalah masuk lorong.
Saya termasuk lorong menghala ke "TUT"..
Saya menjerit, tapi hanya di dalam kereta saja la..
Sudahlah lambat, saya sesat pula.
Mengambil masa untuk berpatah balik.
Juga mengambil baki minyak yang sudah diparas E.

Sampai di "TUT", bergegas membeli tiket.
Sebelum sampai ke puduraya, saya perlu menggunakan 3 kenderaan. (termasuk kereta yang saya pandu).
Setelah sampai di sebuah stesen yang membolehkan saya terus ke plaza rakyat,
Saya berlari dengan seberapa pantas yang ada.
Bimbang jika keretapi terlepas lagi.
Saya boleh bayangkan kenapa orang boleh mendapat sakit jantung tiba-tiba jika berada di dalam keadaan yang panik.

Saya merengus-rengus sepanjang perjalanan kerana jarum jam sudah menginjak ke 8.20 malam.
Risaunya saya.
Bimbangnya saya.
Saya rasa keretapi ini terlalu lambat.
Jika saya adalah seorang superwoman, itu adalah jika...
Saya tolak keretapi ini sampai puduraya.
Selepas itu, pandai-pandai le bawak sendiri.

Sampai di puduraya tepat 8.25 malam.
Itupun hasil larian pantas saya.
Tiada istilah lari-lari anak lagi.
Mungkin orang disekeliling paham kenapa saya tercungap-cungap.
Nasib baik tiada yang memberi bantuan CPR.

Sampai-sampai, bas sudah sampai.
Masuk sahaja di dalam bas,
saya terus tidur.
Lantak le pakcik di sebelah nak cakap apa.
Saya tak peduli..
Yang penting saya sudah selamat sampai.
Saya takkan sanggup buat begini lagi.
Boleh buat saya diserang sakit jantung..

Friday, March 23, 2007

Tag Desktop

En Sham telah mentag saya dengan tajuknya Tag Desktop. Saya rasakan ini peluang keemasan kerana saya buntu apa yang mau diceritakan hari ini. Biase le, pagi-pagi memang begini. Ada sedikit kebluran terjadi pada cik zura ini.


Resolution : 1440 x 900 pixel
(right clik/properties/setting) ->Windows OS
(apple->About this Mac->More Info) ->Mac OS

Laptop, LCD or CRT monitor : LCD

Kaedah (bagi yang blur) :
Hit "Print Scrn" button (sblh F12) > paste kat paint/adobe photoshop..:) ->Windows OS
Command+Shift+3 (Nanti dah ada kat desktop jadi file) ->Mac OS

Rasenya kalo orang-orang tertentu mesti tau dari mana saya amik wallpaper ni. Hiks..
Saya sebarkan virus ini kepada rakan-rakan yang blognya berada dalam list blog saya. Yang xde dalam list pun dialu-alukan.

Thursday, March 22, 2007

Sukan

Hari ni ada yang ajak main tennis.
Ada jugak yang ajak main squash.
Seolah-olah tuan punya blog selaku ahli sukan gayanya.
Sering cergas sepanjang masa.

Walhal fizikalnya saja tiada ciri-ciri ahli sukan.
Skillnya lansung haprak.
Cuma tahu main belasah.
Suka-suka tu kan best.

Tapi pagi ini, kerana semangat mau menghabiskan kerja di pejabat.
Lalu boleh bermain tennis dengan selesa.
Tuan punya blog bangun dengan awal. (6.40 pg tu dikira awal)
Kocoh-kocoh mandi walaupun air sejuk.
Tiada konsep termenung dalam bilik air hari ni kerana semangat mau habiskan kerja.
Bagus ye budak tu. (ehehehe..sape lg nk puji kalo bukan diri senirik)

Enjin kereta sudah panas.
Semua sudah sedia.
Maka kereta bergerak dengan sendiridipandu oleh tuan punya blog.

Bila sampai di pertengahan jalan, baru dia sedar,
Raket tennis tak bawak.
Baju sukan tak masukkan dalam kereta.
Segala pergerakan adalah sia-sia belaka.
Hari ini sudah cancel Tennis.
Jangan pulak cancel Squash.
Bukan kerana dia seorang Atlet tapi dia adalah seorang yang suka bermain-main.

Dan untuk berita terbaru,
tuan punya blog sekali lagi hampa.
Semangat habiskan kerja tapi dibalas dengan tuba.
Tuan punya blog terpaksa reprint sekali lagi kerana terdapat error script disitu.
(Anggap sahaja paham bila membaca kerana tuan punya blog payah mau menerangkan kerja apa sedang dilakukan).

Jika jadi bermain squash,
mungkin tuan punya blog akan gunakan kesempatan yang ada untuk membelasah bola squash.
(Jika tuan punya blog sangat kuat menghentam bola)
*Anggap mimpi sahaja ek...

Wednesday, March 21, 2007

Since I Don't Have You

Ada orang tujukan lagu ini.
Sebagai janji, saya letakkan di blog.
Walaupun dia sebenarnya taktau pun blog saya..hikss..
(ataupun die tau purak-purak taktau)
Apa-ape pun, mekasey tujukan lagu ini.
Saya menghargainya.

Terima Kaseh.
Tapi saya belum dengar lagu ini.
Atau mungkin juga pernah dengar tapi saya kurang peka.
Kerana tajuk lagu sangat familiar dengan telinga saya.
Saya akan dengar juga dan dengar sorang-sorang seperti permintaan.


I don't have plans and schemes
And I don't have hopes and dreams
I, I, I don't have anything
Since I don't have you

And I don't have fond desires
And I don't have happy hours
I don't have anything
Since I don't have you

Happiness and I guess
I never will again
When you walked out on me
In walked ol' misery
And she's been here since then

[spoken] Yeah, we're f**ked!

I don't have love to share
And I don't have one who cares
I don't have anything
Since I don't have you

You, you, you, oh, oh!
You, you, you, oh, oh!
You, you, you, oh, oh!
You, you, you, oh, oh!
You, you, you, oh yeah!

Tuesday, March 20, 2007

Mukhsin

Agak busy kebelakangan ini, jadi tiada masa untuk entry baru.
Percayalah, saya tidak berdusta.
Bukan alasan semata-mata.

Bermula dengan tontonan Mukhsin di hari Sabtu.

Basmallah...

Seperti saya tonton cinta, seperti itu Mukhsin meresap dalam jiwa.
Kampung yang cantik.
Galah panjang permainan semasa kecil.
Pokok besar yang senang dipanjat.
Basikal tua yang jadi kenangan.
Bermain dengan kucing.
Lebih senang bermain dengan budak lelaki.
Tidak suka duduk di bahagian tengah palang basikal. (Sakit montot oo..)
Dan tidaklah duduk dengan cara sopan.

Semua itu ada dalam lipatan kenangan kecil saya.

Kawan saya bilang,
jika dia berumur 12 tahun,
pada saat Mukhsin ditayangkan,
Dia boleh jatuh cinta dengan Mukhsin,
kerana Mukhsin ada ciri-ciri lelaki idaman yang dia suka.
Tapi itu jika dia berumur 12 tahun.
Malangnya dia sudah 24 tahun dan bakal menjangkau 25 tahun.
Jadi, lupakan saja.

Bahagian yang menyentuh jiwa,
Apabila Mukhsin memanggil Orked dengan panggilan yang sayu.
Jika saya adalah Orked,
cukup dua kali dipanggil begitu,
saya sudah menjengukkan diri.
Bukan kerana saya cepat cair mahupun lemah dengan pujukan lelaki,
tetapi perasaan simpati lebih kuat dari hati yang keras.
Itu jika Orked adalah saya.
Lalu hati saya terbuai dengan babak itu.
Mujur..mujur tidak ada air lain di mata.

Maka saya menonton Mukhsin dengan tenang.
Setenang jiwa saya tanpa ada tisu di tangan.

Dan watak yang paling saya suka, tentunya Ayu yang kecil-kecil cili boh.
Bukan sebarang laser.

Yang paling penting, saya suka perli kiasan dalam cerita ini.
Cantik.tersirat tapi makann dalammmmm...

Friday, March 09, 2007

-

GERAMMM!!!!!!!!
GERAMMM!!!!!!!
GERAMMM!!!!!!!

*Tak boleh nk update, tengah di landa kegeraman. (Boleh dapat darah tinggi kalau selalu macam ni)*

Friday, March 02, 2007

Percaya

Terima Kasih, terima kasih.. pada yang masih mengingati hari kelahiran saya.
Saya bahagia.
Tanda diingati itu sangat bernilai untuk saya.
Saya simpan dilubuk hati untuk mereka-mereka yang mengingati.
Lubuk hati yang sangat istimewa.

Cuma SMS pagi tadi buat saya terkasima.
Susahkah saya mau mempercayai orang?
Saya percaya kami adalah kawan yang rapat.
Kawan yang rapat adalah kawan yang saling percaya.
Bila dikhianati terasa sakit sangat.

Dia tidak pernah khianat saya.
Saya pun tidak pernah khianat dia.
Kenapa dia bilang saya tidak pernah percaya dia.
Apa guna kawan kalau saya tidak pernah percaya.

Mungkin saya perlu lihat dari diri sendiri.
Saya kira saya ini orang yang mudah percaya orang.
Tapi kawan pandang saya ini sukar percaya orang.
Tidak hairan ada yang kata, saya ini misteri.
Yang misteri itu mungkin yang tidak kenal saya.
Kalau kenal bukan misteri lagi.

Tapi yang sakit, bila yang paling rapat adalah orang yang anggap saya tidak pernah percaya dia.
Berat tuduhan itu.
Ya, saya terasa.
Terasa jauh hati.
Walaupun hati saya masih di dalam anggota badan saya.

Saya perlu muhasabah diri.
Mungkin benar apa yang dicakap.
Saya tidak sedar kerana terlalu berhati-hati menjaga perasaan sendiri.
Takut hati sakit kerana percaya.