Tuesday, February 27, 2007

6 Yang Aneh

Dapat tag dari Ms Boo=Hajar (begitukah namanya) hiks...
Saya patut bercerita 6 yang aneh tentang saya secara jujur. Tapi saya mau letakkan lebih dari 6, kalo saya ada perangai pelik melebihi kuota. Jika kurang, maka kuranglah ia bergantung pada tahap pemikiran sekarang.

1. Saya tidak makan telur
Saya tidak makan walau sebarang telur. Hatta telur yang di dalam mee goreng juga tidak saya makan. Jika ada yang meletakkan telur jika saya datang berkunjung, saya akan kuis telur-telur itu atau letakkan di dalam pinggan orang lain. Bila orang kata kenapa tidak makan? Saya speechless. Saya hanya mampu bercerita, "makcik saya bilang dari kecil saya tidak berminat dengan telur. Jika telur diletakkan bersama bihun, saya akan kurang makan hari itu walaupun badan saya debab kerana tidak pandai bercakap untuk mengatakan taknak. Bila sudah pandai bercakap, dengan sendirinya saya menolak untuk makan telur."kata makcik saya kepada mak saya. Kata mak kepada saya.


2.Saya banyak kehilangan nikmat dunia
Jujur saya katakan, terlalu banyak makanan saya tidak makan. Disini saya senaraikan antara makanan yang saya tidak makan.

-Durian
-Sayur
-Epal Hijau (Epal merah makan)
-Strawberry ( tak boleh nak cicah dengan coklat)
-Nenas
-Betik
-Ciku
-Makanan laut selain ketam, sotong dan udang.
-jem
-dll


3.Saya hanya makan dengan 1 lauk sahaja.
Saya orang yang tidak tahu bagaimana mahu mengambil banyak-banyak lauk. Jika saya di rumah, ada 3 hidangan yang sedap-sedap seperti sambal tumis, ikan goreng, ayam dan udang. Saya akan mengulang makan nasi sehingga 3 kali. Sambal tumis dan ikan goreng dikira satu lauk kerana saya hanya mengambil sambal sahaja sebagai kuah tetapi tidak ikan bilisnya. Jika saya di kedai makan, hanya 1 lauk sahaja yang saya ambil. Alasan saya, jika saya ambil banyak-banyak lauk, saya tidak tahu mana yang perlu dimakan dahulu. Jika ada yang lambat dimakan, saya akan jatuh kasihan pada lauk itu kerana kurang perhatian. Jadi kepada orang-orang yang mahu membelanja saya, jika hanya ada RM3 di dalam dompet, anda masih boleh membelanja saya. ^_^.


4. Banyak Perkara saya buat dengan bahagian kanan
Saya ada jam, pakai di tangan kanan.
Saya ada gelang, pakai di tangan kanan.
Saya ada cincin, pakai di jari tangan kanan.(itu dulu sebelum cincin hilang)
Saya ada gelang kaki, pakai di kaki kanan.(itu dulu sebelum gelang putus digigit kucing).
Saya tidur mengereng ke kanan.
Saya sepak bola dengan kaki kanan.
Walaupun saya dihadiahkan dengan 3 bentuk cincin atau 2 utas gelang, semuanya akan saya pakai di tangan kanan.
Cuma satu sahaja saya tidak guna tangan kanan.
Bila melunaskan "hajat" yang terpendam.
Saya akan basuh dengan tangan kiri.
Tidak sekali-kali tangan kanan akan digunakan. ^_^.


5.Saya pantang nampak tisu, kertas atau plastik di meja makan kedai.
Bila saya order makanan, sementara menunggu makanan tiba, saya akan mengoyak cebisan tisu menjadi kecil-kecil. Jika tiada tisu, saya akan mengopek-ngopek plastik meja makan sedikit demi sedikit. Jika ada kertas, turut menjadi mangsa untuk saya koyakkan menjadi kecil-kecil. Jujurnya, saya tidak sedar perbuatan ini. Apabila cebisan sudah menjadi sampah atau ada rakan yang menegur, barulah perbuatan ini terhenti sementara. Oleh itu, pekerja kedai makan patut menjalankan kerja dengan cepat sebelum anda ditambah dengan kerja untuk menyapu sampah di sekeliling meja yang saya duduk.


6. Suka simpan kertas yang tak berguna di dalam beg.
Bila saya beli barang, saya dapat resit dan simpan di dalam purse atau beg tangan.
Bila saya isi minyak, resit minyak akan saya simpan di dalam dashboard kereta.
Bila saya keluarkan duit menggunakan ATM, saya akan simpan resit di dalam purse atau beg.
Bila saya memegang suatu kertas dan kertas itu sudah tidak digunakan, saya akan simpan di dalam purse atau beg tangan.
Bila saya dapat name card, saya akan simpan di dalam purse atau beg tangan.
Hasilnya, selepas 1 bulan, beg tangan dan purse saya akan menjadi bakul sampah yang penuh dengan kertas.
Selepas melakukan proses pembersihan, keadaan ini akan berulang kembali. Mungkin tabiat buruk ini akan terhenti jika ada orang yang tolong mengingatkan saya untuk membuang terus kertas dari tangan selepas tidak digunakan. ^_^.


7. Gelak tak boleh nk brek.
Jika ada perkara yang sangat kelakar, saya boleh gelak sehingga semua orang sudah berhenti gelak dan konpius kenapa saya masih gelak. Mungkin deria saya sudah berkurangan mengakibatkan daya gelak saya tidak boleh ditahan. Tapi tolong jangan buat lawak bodoh kerana saya akan buat muka yang menjengkilkan jika saya tidak dapat gelak.

Dan untuk akhirnya, saya akan tag 6 orang yang aneh, eh..silap. Saya akan tag 6 org untuk tag 6 Yang aneh.

adah
kuza
suen
Izah
Diya aka kupu-kupu(buat lepas exam ek)
sham

Memang sepatutnya hanya 6 yang aneh. Tapi dari sekolah saya suka melanggar peraturan, jadi tabiat ini tidak dapat dibendung. Ini jugak termasuk dalam perangai aneh. Hiks..

2 comments:

diya said...

huhu diya pun termasuk gak ye... insya allah, nnt diya bls balik virus2 aneh itew... ngeh3... erk, tp kak, diya xbape paham ngan tagged akak nih... 6 yang aneh tu ttg diri kite ke kak?

zura lias said...

haah, lebey kurang camtue le..6 yg aneh tentang kite yg xde kat org lain..kalo nak bubuh banyak pun buley kalo dh biase langgar rules...ahhaha