Friday, February 23, 2007

Aktiviti semasa CNY

Orang cina menyambut tetamu, alang menyambut tetamu juga iaitu saya dan ayang.
Orang cina bermain asap mercun, kami juga bermain asap; asap ayam yang dibakar.
Disini saya beri cara-cara bagaimana menyelenggarakan BBQ.



1. Harus ada tempat membakar, arang satu guni, minyak
gas setengah botol, penyepit arang, surat khabar lama, sabut
kelapa, ayam, sos perap, dan paling penting tentunya orang
yang mahir menghidupkan api atau boleh juga orang yang tidak
mudah putus asa atau orang yang penyabar. Tidak lupa orang
memberi kata-kata semangat.





2. Jangan menggunakan kipas ini kerana kipas ini hanya sesuai untuk menutup muka dari panahan matahari. Sila gunakan tutup periuk untuk menghidupkan bara.





3. Jika api malu-malu mahu menonjolkan diri, anda perlu ada keyakinan menuang minyak gas dengan kuantiti yang banyak supaya bara dapat segera dihidupkan. Ini wajib jika anda membuat BBQ di musim panas.









4. Jika api masih berdegil, anda boleh melepaskan geram anda pada arang dengan memukul arang menjadi kepingan-kepingan kecil supaya api senang meratah arang yg nipis.







5. Ini bukan aksi memotong jari sendiri. Ini adalah petua untuk menyedapkan ayam BBQ, kita harus merenjis-renjis ayam BBQ dengan air serai yang telah ditumbuk dengan pinggan-pinggan yang berdekatan supaya hancur sedikit hujungnya lalu celupkan dengan air peraman ayam.










6. ayam yang sudah dimasak. Terasa tak mcm dah lapar?ehehhe..kalau rasa tak lalu nak tengok, sila tutup mata. Orang kata, hitam-hitam si tampuk manis. Walaupun hitam terasa lazat dan enak.







7. Ayam sebelum dibakar. Sejuk mata memandang.












8. Wajah-wajah pembakar ayam. ^_^.






Besoknya juga ada aktiviti melepak di kedai mamak beramai-ramai. Malangnya gambar tidak dapat disisipkan kerana pekerja-pekerja di kedai mamak telah menghalau dengan cara tersirat kerana terlalu lama bergebang sehingga air setitis pun tiada di dalam gelas.
*alasan, sebenarnya takde kamera untuk di ambil gambar. ^_^*

1 comment:

Anonymous said...

Badut di Bukit Bintang

http://jamilkucingpondan.blogspot.com