Monday, February 12, 2007

Positif

Kakak ipar menyewa novel dan saya berjaya menghabiskan dalam masa sehari. Dalam membaca saya sempat berfikir urutan dari ayat-ayat di dalam novel, "Setiap kejadian telah Tuhan aturkan sebabnya, mengapa dan kenapa tidak perlu kita pertikaikan".

Tuhan itu Maha Adil dan Maha Mengetahui,
Sewaktu saya habis belajar, saya menolak untuk bekerja kerana memikirkan saya perlu meluangkan masa yang lama untuk famili.
Tapi Dia sudah mengatur,
Ayah saya sakit dan selaku si bongsu yang masih tiada komitmen, saya harus menjalankan fungsi sebagai anak.

Tuhan itu Maha Adil dan Maha Mengetahui,
Abang yang disulung ditukarkan dari Cyberjaya ke Kuala Lumpur. Masalah transport untuk kakak ipar.
Tapi Dia sudah mengatur,
Saya mendapat kerja di Kuala Lumpur dan mengambil alih tugas mengambil anak buah dari Nursery.

Tuhan itu Maha Adil dan Maha Mengetahui,
Sesuatu berlaku di dalam family saya.
Tapi Dia sudah mengatur,
Sesuatu itu diganti dengan yang bagus.

Tuhan itu memang Maha Adil dan Maha Mengetahui,
Saya percaya, bila saya berfikiran positif, hati saya akan senang.
Tapi bila umur semakin meningkat,
Saya banyak berfikir negatif dari positif.
Emosi tidak dapat mengawal pemikiran.

Saya harus berusaha untuk menjadi orang yang positif.
Chaiyok..Chaiyok..(Cakap dengan diri sendiri)

No comments: