Semalam menonton korean movie di Astro Kirana bertajuk ING..Saya menonton sambil makan biskut. Bila ada part sedih, saya akan tukar channel ke Amazing Race Asia. Bila iklan di channel 17, saya kembali menonton ING..Itu aktiviti yang saya lakukan sepanjang menonton tv semalam sehinggalah pada babak si hero baru mengetahui si heroin tidak lama hidupnya. Ini skrips-skripnya.
"Lelaki itu bernasib malang dalam percintaan"
"Lelaki itu menjadi gila kerana cinta yang mendalam"
"Sekurang-kurangnya lelaki itu bernasib baik kerana dapat merasai cinta."
"Sekurang-kurangnya cinta lelaki itu masih utuh di sanubari kerana hanya itu yang dia pikirkan"
Tiba-tiba saya jadi jelak. Naik muntah menonton movienya. Filem adalah fantasi indah. Realiti jauh sekali. Saya terus menukar channel, menonton amazing race sampai habis. Pastinya saya menyokong team Malaysia. Tiada penyingkiran. Pasangan lembut itu terselamat. Tapi saya lebih suka jika pasangan model India itu yang tersingkir. Kenapa?Tiada sebab. Cuma agak kurang gemar.
Kawan saya kata, bila kita tidak suka seseorang, apa sahaja dia buat, kita tidak suka. Kenapa tidak suka juga tiada sebab kerana bila kita menyukai orang juga tiada sebab. Mungkin chemistry memainkan peranan.
Tamat amazing race, saya kembali menukar channel 43. Yang tinggal hanya skrin hitam beserta nama-nama pelakon, pengarah dll. Saya tidak tahu apa hujungnya. Saya tidak tahu apa kesudahannya.
Untuk masa sekarang, saya sudah muak mau menonton cerita-cerita yang sedih. Saya rasa sakit hati bila melihat pelakon-pelakon menitiskan air mata. Hipo-hipo belaka. Psikonye saya.
Point saya ialah, hapuskan airmatamu kerana masih ada orang-orang tersayang di sekeliling saya. Untuk yang tidak sayang, biar saja dia menyayangi orang lain dan hidup dengan dunianya sendiri.
Nota: Buat baik berpada-pada, buat jahat banyak-banyak kali..(devil)
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment