Saya bercuti, blog bercuti. Blog bercuti, belum tentu saya bercuti. Sama jugak intipati di dalam Eragon, Penunggang mati, naga mati. Naga mati, belum tentu penunggang mati. Di dalam kes saya ini, Ya, sememangnya saya mengaku bersalah kerana udah lame tidak mengapdet. Saya bercuti, menghabiskan masa di kg, Melaka.
Dan saya perlu memberitahu awal-awal, minggu depan jugak saya bercuti. Blog belum tentu bercuti kerana saya bercuti di Kg Halaman saya sendiri. Jadi, ini sudah jadi kes yang berbeza dengan cerita Eragon.
Saya tengok Eragon bersama rakan matrix yang udah lama belum ketemu sampai pada hari sabtu itu maka kami ketemuan.
Dia semakin cantik, kecil, comel dan cun. Cuma saya hairan, matanya sudah menjadi besar. Mungkin sebesar mata saya. Atau lebih lagi. Adakah ini yang dinamakan tulah? Jadi untuk rakan-rakan yang membaca blog saya, hati-hati jika mau mengutuk saya. Takut-takut kutukan berbalik pada anda semula. Hahahah. Gelak orang jahat. Selepas ini sila pastikan mata anda tidak menjadi besar atau badan anda tidak menjadi kecik.
Saya gembira. Untuk jangka masa yang lama, dalam masa 5 atau 6 tahun, baru ada pertemuan semula. Kemesraan masih sama. Imbasan kisah lama, kisah-kisah yang terjadi selepas habis matrix sehinggalah saya berjumpa kembali dibuka semula. Betapa budak-budaknya saya masa itu. *sekarang pun mcm budak-budak gak*.hikss..
Oh ye, saya kira orang yang menemani saya berjalan-jalan semalam tidak membaca blog ini. Tapi saya mau memberitahu jugak, kot-kot dia menyinggah tapi purak-purak taktau apa. Nama panggilan saya ada 8 sebenarnya. Semalam saya beritahu 7.
Mama, panggilan rakan-rakan matrix. Heh, tapi saya tiada sipat-sipat seorang mama yer. Jangan nanti ada yang mau menghantar anak mereka untuk saya jaga sementara ibu bapanya pergi bershopping. Memang jadi mangsa deraan saya sahaja. Kecuali jika ada ongkos yang lebat.^_^...
Ongkos saya untuk bulan ini sangat menyedihkan. Belum lagi mendengar Bapak menteri JKR membuat pengumuman tol akan dinaikkan. Memang sangat-sangat menyedihkan. Minyak naik, api naik, air naik, barang naik, tol naik. Gaji jugak yang tak naik-naik. Tol naik di bandingkan dengan negara sebelah. Minyak naik dibandingkan dengan negara sebelah. Minyak dah mula turun, taknak bandingkan jugak ke?
Harga minyak dunia naik, dengan seberapa pantas, minyak di Malaysia naik. Harga minyak dunia jatuh, dengan seberapa pantas mau senyapkan aja.
Tahun baru dah nak sampai. Kalau dulu, fobia sebab umur meningkat, sekarang fobia, apa plak lagi kat malaysia ni yang naik harga.
Yang miskin terus miskin. Yang kaya bertambah kaya.
Bersamamu banyakkan lagi menjelajah ceruk-ceruk Malaysia ye.
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment